Makan Tengahhari Di Akob Patin House 3 Kuantan | Selesai appointment di Hospital Kuantan, perut dah mula berkeroncong walau separuh hati nak daftar masuk hotel dulu dan separuh lagi suruh cari kedai makan dulu hehee. Pastinya kena ikut kata hari yang separuh minta perut diisi bukan?
Jadinya en suami pun berkira-kira nak bawa kami makan di kedai yang pernah dia pergi dulu sewaktu bertugas..sedap dan banyak lauk pauknya tapi hampa bila kedai tu tutup la pulak mungkin sebab hari Jumaat dan sebab cuti sekolah diaorang pun ambil kesempatan bercuti..InsyaAllah lain kali la kot
Akhirnya kami ke Akob Patin House 3 yang terletak di Putra Square 6, Kuantan atas syor kawan Kak Yang. Apa yang pasti Cik Meya dan Cikapplepie memang tersengih la sebab memang diaorang nak makan ikan patin. En suami? hehe dah jemu sampai tak lalu dah sebab terlalu kerap makan.
Makan Tengahhari Di Akob Patin House 3 Kuantan |
Pada saya rasa ikan patin tempoyak ni sedap tapi saya lebih menyukai patin tempoyak di Patin Kancil sebab lebih pedas dan pekat atau lebih sedap yang saya pernah makan di Temerloh dulu.
Terdapat dua jenis patin yang disajikan iaitu patin buah (RM25 seketul) dan patin sangkar sungai (RM15 seketul) untuk dipilih dan harga memang tertera di sajian.
Makan Tengahhari Di Akob Patin House 3 Kuantan |
Dah menjadi kesukaan sejak umur makin meningkat ni untuk makan banyak sayuran dan bila ternampak sayur kayu masak lemak ni memang saya tak pandang yang lain. Sedap tapi kurang pedas seperti mana yang saya pernah rasa sajian yang sama di Negeri Sembilan dan oleh kakak saya sendiri. Tapi kalau korang ke sini memang saya recommend korang cuba sayur ni. Selain itu saya ada ambil sayur bendi goreng dan kentang ikan bilis yang sebenarnya kombinasi yang tidak serasi..hehehe sebab kentang tu manis
Seperti di kedai biasa pelbagai jenis sajian terdapat kat sini termasuk ulam-ulaman dengan sambal belacan, sambal tempoyak, sambal kicap, sambal budu dan banyak lagi.
Makan Tengahhari Di Akob Patin House 3 Kuantan |
Rupanya Akob Patin House ada dua lagi cawangan iaitu di Indera Mahkota dan Jalan Besar yang rupanya cukup berdekatan dengan Hotel Season View. Mungkin next trip kami boleh cuba sajian di sini la kot.
Mengikut sumber Berita Harian Akob Patin House ini menyajikan patin sangkar sungai dan patin buah seperti yang saya tengok di ruangan sajian. Selain patin tempoyak, Akob Patin House 3 ni turut menyajikan ikan patin goreng dan ikan kerai goreng tapi sewaktu saya sampai tak de la pulak mungkin dah habis atau saya yang tak kenal ikan kerai tu..hehe
Akob Patin House 3 | No 24, Lot 150, End Lot, Contraction Town, Jalan Putra Square 6, Kuantan, Pahang (berhampiran East Coast Mall dan The Zenith Hotel Kuantan) | Waktu operasi : 08:30 pagi hingga 5:30 petang, setiap hari kecuali Isnin
4 Comments
Nampak menyelerakan
ReplyDeleteLooks delicious foods 😊 thanks for your sharing 😊
ReplyDeleteSedapnya patin tempoyak kak fuzy. Aduhhh, teringat kedai patin kat pantai dalam. Dah lama tak pergi. Patin tempoyak sini kuahnya versi lebih manis & pekat. Yg versi pedas tak pernah jumpa lagi yg sedap.Tapi murah tau patin bunga RM25. KL x dapat harga tu 😅
ReplyDeleteya Allah sedap nyer!!!
ReplyDeleteaida ni pantang tgk gambar ikan patin masak gini.
terliur! nak masak, tak reti plak :) ha ha ha...
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!