Berlibur Di Pulau Redang Terengganu | Negeri Terengganu Darul Iman. Salah satu negeri yang boleh dikatakan banyak memberi sumbangan kepada sektor pelancongan Malaysia. Sangat dikenali dengan tempat-tempat percutian yang menarik dan mempunyai daya tarikan pelancong yang datang dari luar dan dalam negara. Dengan kelebihan yang ada pada keindahan pulau dan pantainya, ia mampu menarik lebih ramai pelancong saban tahun.
Berlibur Di Pulau Redang Terengganu credit Nadzley Amn |
Pulau Redang antara salah satu tarikan yang menyumbang pendapatan dalam sector pelancongan di Malaysia dan terutamanya di Negeri Terengganu Darul Iman. Keindahan dan aktiviti menjadi tarikan mengalu-alu kedatangan para pelancong dalam dan luar negara.
Terdapat pelbagai cara untuk ke sana dan bagi yang malas memandu mahupun malas untuk naik bas sampai hampir 8 jam nak ke Terengganu jadi saya syorkan korang naik flight yang terus ke Pulau Redang ni, benda mudah kan ada kenapa nak bersusah kan?
Perjalanan untuk ke KLIA bermula dengan menaiki KLIA Express yang mana tiketnya saya beli lebih awal di KLIA Ekespres online booking dari aplikasi Traveloka. Sewaktu nak check it out tu, tekan pada link yang saya sertakan tu. Hanya dengan perjalanan 30 minit…tadaaaa dah sampai aiport dan bersedia untuk menaiki Air Asia ke Terengganu. Sesampai di airport Kuala Terengganu, korang boleh dapatkan cheap airport limo sebagai pengangkutan terus ke jeti dan dari situ korang akan menaiki feri ke Pulau Redang. Konsep perjalanan mudah dan pantas tanpa perlu membuang banyak masa ni la yang saya praktikan sepanjang ke Terengganu, menarik kan!
Percutian yang saya rancangkan selama 4H3M di Pulau Redang ni sememangnya sangat berbaloi buat korang yang nak bercuti beramai-ramai bersama keluarga mahupun dengan teman-teman baik. Okay, saya nak ringkaskan info untuk dikongsi dengan korang semua.
Tahu tak yang Pulau Redang ni adalah antara pulau yang paling banyak menerima pelancong kalau nak dibandingkan dengan Pulau Perhentian walau bagaimanapun kedua-dua pulau ini punya tarikan dan keunikannya yang tersendiri.
Perjalanan dari airport ke Jeti Syahbandar mengambil masa dalam 20 minit. Bila sampai di jeti, korang boleh beli tiket untuk menaiki bot berharga RM110 untuk dua hala dan perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Jadi tu adalah antara sebab ramai ke Pulau Redang yang mudah untuk dilawati. Untuk penginapan 4H3M ni saya menempah pakej lengkap dengan salah satu resort yang termasuk makan, pengangkutan dari jeti ke resort dan aktiviti sepanjang berada di Pulau Redang ni supaya tak payah nak pening pilih kekonon untuk berjimat tapi akhirnya akan menelan belanja lebih dan buang masa bila nak suai padan masa dan aktiviti. Serahkan pada yang lebih berpengalaman dan kita boleh bercuti dengan tenang dan selesa.
Berlibur Di Pulau Redang Terengganu credit Nadzley Amn |
Bagi sesiapa yang hendak ke Pulau Redang atau pulau-pulau di sebelah Pantai Timur ni waktu yang cukup baik untuk ke sini adalah di waktu musim panas iaitu diantara bulan Mac hingga bulan September. Di antar bulan ni la keadaan cuaca sangat cantik, pemandangan yang cantik dan keadaan air laut pun sangat memukau bagi mereka yang akan bersnorkeling mahupun bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai.
Bagi mereka yang suka snorkeling atau berminat, lokasi untuk snorkeling semestinya di Pasir Panjang yang mana korang akan dapat melihat pelbagai spesis ikan cantik berenang-renang dan ada yang tampak seakan manja dan terumbu karang pasti turut menjadi tumpuan. Selain di Pasir Panjang, pakej bot yang saya ambil juga membawa saya dan rakan-rakan ke lokasi snorkeling yang tak kurang menariknya antaranya Pasir Mat Simpan dan Pasir Mat Kepit dan sesungguhnya lokasi snorkeling yang terdapat di Pulau Redang adalah yang terbaik di Malaysia selain dari Sabah ya.
Berlibur Di Pulau Redang Terengganu The Taaras Beach and Spa Resort |
Berlibur Di Pulau Redang Terengganu The Taaras Beach and Spa Resort |
Memang tak sah kalau tak makan makanan special di Redang dan pastilah BBQ di malam akhir yang termasuk didalam pakej yang saya dan rakan-rakan ambil. Waktu ni la kita boleh berkenalan dan mendapat kenalan dari dalam dan luar negara sesambil kita makan dan bersantai bertukar-tukar cerita menarik sepanjang berada di Pulau Redang dan mungkin boleh berjumpa lagi di percutian akan datang di pulau yang sama ataupun di lokasi yang berbeza. Perut dah kenyang, mata dan mengantuk dan esok pagi dah kena bangun awal untuk berkemas dan esok pulak harus berangkat pulang dan kembali dengan kesibukan diri dan mengadap kesibukan kota.
Lega dan puashati dengan segala perancangan dan percutian di Pulau Redang ni dan percutian selepas ni semestinya ke Pulau Perhentian yang pastinya menarik seperti pengalaman di sini. Okay, stay tune ok bila saya kongsi pengalaman menarik di sana nanti.
3 Comments
tak pernah lagi dana jalan ke pulau-pulau di terengganu walaupun selalu jugak balik sana...
ReplyDeletecantik betul pantai dan hidupan dalam air kat situ... airnya pun cantik biru je
cantiknya pulau redang, teringin nak pergi sana. ♕ Tiara Sapphire ♕
ReplyDeletetak pernah sampai lagi Redang.. actually ada plan nak pergi April ni tapi apakah daya.. kena tunggu tahun depan bila anak dah besar sikit
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!