Ni sebahagian dari kisah percutian singkat kami di Kuantan baru-baru ni, boleh baca kat
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Agak banyak juadah yang terdapat di sini antaranya Sambal tempoyak ikan bilis petai bersama terung pipit, kerabu sotong, patin tempoyak, patin goreng, rendang daging dendeng dan banyak lagi
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Ni je lauk yang saya ambil, penuh sayur-sayuran kan dengan masak lemak cili api pucuk ubi kayu, kerabu kacang botol, budu dan paling menarik perhatian pastinya pecal tu. Eh saya sorang je ke yang makan? idok ler..cuma tak sempat nak ambil gambar yang hat suami dan anak-anak sebab semua dah kelaparan gituu dan pastinya lauk patin yang dikongsi terlepas pulak dari tangkapan kamera saya ni..huhu
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Ni yang menambat hati en suami sebab dia makan pulut ni dengan kelapa dan ikan masin. Susah nak jumpa kedai yang jual pulut gini kecuali kat Restoran Diva di Jalan Bukit Setiawangsa..ahh tetiba rindu nak sarapan kat situ la pulak hehee
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Lempeng dengan kelapa
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Kuih cara manis ni memang kesukaan KC Iman sampai 2 kali dibelinya...mana taknya bukan dia sorang yang dok mengunyah tapi KY, Meya dan cikapplepie pun termasuklah si ayah...tu yang muncung jer KC Iman tu...mujur harga murah..hehe
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Cantik kan hiasan dinding kedai ni tu yang buat tertarik untuk saya rakam untuk kenangan. Saya rasa sama seperti orang lain, selain hidangan yang sedap, persekitaran dan susun atur kedai makan tu pun penting, nak nak zaman sekarang ni...makanan sampai ke meja pasti kita sibuk ambil gambar dulu pastu update di social media...siapa tak gitu? payah la nak percaya...hahaah
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Pelanggan singgah makan kat sini terdiri dari selebriti, artis dan tokoh politik termasuk la mantan PM kita yang terdahulu yang sememangnya orang Pahang malah JJCM pun pernah berkunjung kat sini.
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
Gambar bangunan lama antaranya Istana Mangga Tunggal dalam warna hitam putih turut dipamerkan di sini.
|
Makan Tengahhari Di Warung Pekan Lama |
No 18, Jalan Sultan Abu Bakar, Kampung Pancur, Pekan, Pahang Darul Makmur
5 Comments
Allahu, sungguh tergoda tengok menu makanan 😍
ReplyDeletemenariknya tengok semua menu tu kak, pulut dengan kelapa, pulut dengan sambal serunding pedas, macam-macam makanan utk sarapan juadah tgri pun banyak jugak... mesti best makan situ
ReplyDeletebanyaknya menu dia
ReplyDeletechoices lauk banyak.. tengah2 hari mmg pekena nasi campur baru best. kedai pun cantik dan kemas..
ReplyDeleteSambal tempoyak ikan bilis petai dan masak tempoyak ikan patin paling PADU setakat la ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!