My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam | Berakhir sudah cuti selama seminggu cik Meya sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni dan tiba masa untuk balik menyambung kuliah. Lega! Ada sebab banyak untuk lega antaranya mungkin Uminya dah boleh mula balik mendietkan diri hehee. Rindu? yeaaa pasti rindu pada tukang masak yang rajin dengan suka memasak ni.
Dipendekkan cerita hari minggu lalu, kami menghantar dia balik ke Sabak Bernam dan singgah di Pasaraya Mustafa untuk barangan keperluan serta bekalan untuk dia memasak di rumah sewa nanti. Memandangkan semua masih kekenyangan dengan sarapan nasi lemak sambal sotong sedap tu, jadi kami tak berhenti kat mana-mana kedai makan pun malah cik Meya sendiri dah bawa bekal nasi lemak.
Lepas menghantar cik Meya dan DH tolong betulkan di bahagian dapur rumah sewa, terus kami bertolak balik dan bercadang nak makan malam awal di Batu 24 Sg Nibong tapi hasrat tak kesampaian sebab cikapplepie dah mula lapar. Almaklumlah dah hampir jam 5 petang dan pastinya aiskrim dan donut yang dibeli kat Pasaraya Mustafa tu dah mencair dalam usus..hehe
Dari kejauhan DH nampak seakan ada kerusi dan mencuba nasib kot ada kedai makan dan wallahh..memang ada kedai makan tepi pantai!
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam | Pandangan dari atas pondok di sebelah kiri ni boleh nampak pengunjung dari arah jalan besar memasukki kawasan tempat makan. Terdapat ruang meletakkan kenderaan lebih kurang dalam 20m untuk keselesaan pengunjung ke sini.
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
Sungai yang terdapat bersebelahan kedai makan dan ada juga orang memancing kat sini tapi kalau tanya dapat ikan ke tidak, entah la tapi kalau tak de ikan tak mungkin diaorang nak memancing kan?
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
Ni entrance ke ruang makan yang turut menempatkan kaunter bayaran, dapur, musollah, tandas tapi kami pilih untuk duduk di bahagian atas
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam | Ruang makan yang agak terhad yang menempatkan lebih kurang 6 meja kalau tak silap tapi tak recommend pada berat lebih 80kg kot sebab lantai tu rasanya plywood..diingatkan sebagai langkah keselamatan tapi tak de pulak papan tanda yang menghalang.
Jom tengok apa yang kami makan...orang tengah lapar kan dan tengok pada menu pun harganya memang agak murah dan berpatutan tapi rasa tu...setiap orang punya citarasa yang berbeza jadi tak salah untuk suarakan untuk kebaikan dan pembaikan.
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
Nasi Goreng Petai? Haishh..apa la you ni nak makan nasi goreng petai dah la perjalanan kita jauh...kata saya tapi rupanya petai belalang..haha. Okay fine! kat rumah hanya DH dan Cik Meya jer yang makan petai tapi kalau petai belalang ni saya pun makan juga sebab dia macam kuaci tapi kalau makan banyak bau tu memang ada tau.
Rasa nasi gorengnya yang berharga RM5.50 yang tak mengecewakan, sedap kata DH cuma kalau saya akan suka letak lada sulah untuk bagi lebih pedas. Recommended!
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
Nasi Goreng Cendawan berharga RM5.50 menjadi pilihan hati dan boleh berpuas hati dengan rasanya seakan rasa nasi goreng buatan sendiri.
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
cikapplepie dengan Chicken Chop Fried Rice (RM14.00), ada kentang goreng, coleslaw dan ayam yang agak besar. Walau bagi saya sos lada hitam tu sedap sebab lada hitam dia kasar tapi agak masin.
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
Ruang makan di kawasan terbuka mengadap laut tapi masa ni air surut cuma nampak selut jer tapi kalau duduk disini boleh makan sambil melihat matahari jatuh..pasti cantik tapi kami harus pulang sebaik kenyang sebab esoknya ada orang masuk kerja dan sekolah kan.
My Place Cafe Sg Besar Lokasi Menarik Matahari Terbenam |
Nota :
Lokasi yang cukup menarik untuk melihat matahari terbenam dengan laut terbentang luas. Ada yang komen makanan tidak menepati citarasa tapi selera kita semua berbeza kan dan bagi saya makanan tu ok dan saya sendiri tak expect terlalu tinggi dengan harga yang perlu dibayar tapi apa yang pasti diharap pelayan yang mengambil pesanan dan menghantar makanan perlu belajar senyum dan maniskan muka jadi sesiapa sebagai pelanggan pun akan rasa dihargai dan pasti kami akan kembali.
Untuk gambar-gambar yang saya dan suami dan menu makanan boleh la jengah ke Facebook page saya https://www.facebook.com/iamfuzydotcom/
Face book | Alamat : Jalan Kunci Air 3 Tebuk Rasidin, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar Selangor
8 Comments
menarik Fuzy, harga pun sangat berbaloi lah kan untuk menu macam tu :)
ReplyDeleteCantiknya cafe dia.. Ohsem betul makan sambil ditemani bayu laut..
ReplyDeletecantik tempat ni :)
ReplyDeletesubhanallah sangat menarik tempatnya ^_^
ReplyDeleteThanks for your sharing 😊
ReplyDeletecantik la port makan ni.. tepi sawah lagi memang ada angin2 sepoi bahasa tu
ReplyDeletecantik tempat makan nya tu, sepoi-sepoi angin je situ....
ReplyDeleteTak sangka ada tempat macam ni dekat sungai besar..Selalu main lalu je kalau nak balik kampung mentua
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!