Resepi Labu Kuning Masak Lemak Putih

Resepi Masak Lemak Labu antara resepi pembuka selera ala kampung ni antara makanan kegemaran saya yang cukup mudah dan ringkas tapi sedap dan bertambah sedap kalau dipadankan dengan sambal belacan dan ikan kering mahupun ikan goreng. 

Resepi Labu Kuning Masak Lemak Putih

Masa penyediaan :
10 minit   Masa Memasak : 15 minit     Hidangan : 4 - 5 orang

Bahan-bahan
500 gram labu, dalam 3 - 4 ruas labu
seikat pucuk labu kuning, dibersihkan dan dibasuh
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 batang serai, dititik
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai cili kering, dikerat
1 helai daun kunyit dipotong lebar (jika suka)
1½ cawan air
garam secukup rasa


Nota :

  • sayur pucuk labu kuning tu hanya sampingan dan kalau kurang suka boleh masak tanpa tambahan sayuran.
  • Kebanyakan orang menggunakan udang kering tapi saya lebih suka gula telur
  • Kalau suka bawang merah, bawang putih ditumbuk pun boleh

Resepi Labu Kuning Masak Lemak Putih
Lauk hari ni yang cukup ringkas
Cara penyediaan

  • Kupas kulit labu kuning, dipotong kepada bentuk kiub yang besar. Basuh bersih dan toskan
  • Masukkan labu, bawang merah, bawang putih, serai, cili kering di dalam periuk dengan 1½ cawan air ke dalam periuk dan direnih hingga labu menjadi empuk dalam anggaran 5 - 10 minit
  • Kemudian masukkan daun labu kuning dan direnih dalam 5 minit hingga pucuk menjadi lembut
  • Masukkan santan cair dan dikacau dengan perlahan supaya ketulan labu tidak hancur
  • Bila kuah agak mendidih, masukkan telur dan dikacau perlahan sebelum dimasukkan santan pekat.
  • Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.


Tips :
Kalau korang bimbang buah labu tu hancur kerana di kacau, boleh je angkat periuk dan goyangkan beberapa ketika supaya kuah serasi dengan buah labu dan diulang beberapa kali.

Post a Comment

8 Comments

  1. kami suka hidangan makanan ni..isteri ada menanam labu kuning ni

    ReplyDelete
  2. Labu masak lemak...selalu gak masak. Suami suka...saya makan kuah je...

    ReplyDelete
  3. Bila labu masak lemak ni PC biasanya makan labunya dulu..hahahaha..kuahnya baru makan dengan nasi ikan kering dan sambal belacan..nikmat lain macam.

    ReplyDelete
  4. dana suka masak labu gini kak, suka bila kuah lemak putih tu jadi kuning-kuning gini dari labu tu... rasa lemak manis dia tu aduhai layan betul

    ReplyDelete
  5. sedapnya makan pulak dgn sambal belacan, ikan kering sedapnya!!

    ReplyDelete
  6. uiisskkkk mmg ngam la kalau makan dengan ikan masin ni..terliur la pulak

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!