Resepi Mandai Goreng Bercili Dari Jeruk Kulit Cempedak | Selalunya bila tiba musim durian, pasti tiba musim cempedak jugak. Entah lah apa yang sinonimnya kedua-dua buah ni tapi saya bukan peminat durian malah tak tahan bau durian tapi saya peminat tempoyak jadi kalau en suami beli durian pasti suruh dia simpan yang lebih.
Bila musim durian saya lebih teruja dengan cempedak dan pasti kena beli sekurang-kurangnya sekali sebab cempedak sedap dibuat serawa ataupun buat cucur. Nak beli cucur cempedak? buat sakit hati jer kalau 3 ulas cucur cempedak goreng paling murah berharga RM2.50 tapi kalau semua ahli keluarga suka makan cempedak cukup ke 3 ulas? jadi sebaiknya beli jer 1 biji cempedak walau harga sebiji buah cempedak yang dibeli berharga RM15.
Mahal? sesekali apa salahnya sebab sebiji buah cempedak ada paling kurang 15 ulas kan dan empulur cempedak pulak boleh dibuat jeruk yang pasti tak ramai yang tahu dan pandai makan!
Bagaimana nak membuat mandai ?
Empulur pada kulit cempedak dihiris dan dibasuh. Rendam empulur cempedak didalam bekas, masukkan air dan masukkan sedikit garam. Pastikan air menutupi empulur kalau tidak nanti kulat akan timbul dan jeruk menjadi busuk. Tutup bekas dan selepas 1 minggu balik-balikan empulur jadi bahagian atas terendam sekali. Empulur ni ringan jadi ianya akan terapung
Selepas dua minggu, empulur boleh ditoskan untuk dimasak atau boleh simpan.
Resepi Mandai Dari Jeruk Kulit Cempedak |
Resepi Mandai Goreng Bercili Dari Jeruk Kulit Cempedak
Antara cara memasak mandai yang menjadi kesukaan saya pastinya Mandai Goreng Berlada tapi ada juga yang suka buat goreng dengan bawang dan potong cili api atau cili merah.Bahan-bahan :
- Jeruk Cempedak
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- Sedikit minyak untuk menumis
Bahan untuk ditumbuk
- 5 batang cili kering
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
Cara menyediakan dan memasak:
- Jeruk cempedak, dibuang air rendaman, dibasuh dan ditoskan.
- Tumis bahan yang ditumbuk hingga masak, masukkan jeruk cempedak serta secawan air. Kacau dan biarkan sehingga air kering dan jeruk cempedak akan jadi lebih lembut
- Masukkan telur dan digaul hingga mandai bersalut telur. Tutup api dan mandai boleh dihidangkan dengan nasi panas.
Nota : tak perlu letak garam sebab jeruk cempedak dah sedia masin semasa proses pemasaman awal.
7 Comments
Pertama kali dgr yg empulur cempedak boleh dibuat sayur..empulur cempedak ni pun manis jg..
ReplyDeleteSaje je mendatangkan kemarahan 😋
ReplyDeleteWah... Tak pernah cuba lagi.. Bagus ni. Thanks for sharing, Kak Fuzy. Nanti nak cuba buat laa..
ReplyDeletedana pernah dengar pasal mandai ni tapi tak pernah jumpa atau beli kak...
ReplyDeleteakak tak makan durian tapi tempoyak makan, bukan ke baunya kuat jugak kak
tak pernah makan.. macam menarik je..
ReplyDeleteoh tak pernah tahu pasal ni sebelum ni. yg tau boleh dimakan isi cempedak muda ja. huhu
ReplyDeletetak pernah mkn, tp nampak sedap
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!