Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak

Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak   | Dah lama sangat nak buat sambal sotong kering dan kali terakhir buat sambal sotong pada tahun 2018 kot. Nak buat sambal ni kena ada korum yang ramai sebab DH kurang gemar dan kalau beli pun kena fikir dua, tiga kali sebab harganya RM80 sekilo ok! Tapi baru-baru ni budak yang meniaga kat Pasar Keramat beritahu..ala kak, beli yang ni baru RM40 sekilo dan jenis ni yang orang-orang meniaga tu guna dan dicekaunya sotong kering, ditimbang dan huluran wang bertukar tangan..hahaha.  



    Kalau tak silap ada la kot dalam 15 ekor sotong kering dalam plastik tu dan dimasukkan juga seketul pelembut sotong macam kapur tapi keras sesangat sambil tu sempat budak peniaga tu pesan supaya merendam sotong dengan kapur tu semalaman.


    sambal sotong kering
    Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 


    Memang sedap sangat! ehh puji masakan sendiri nampak..hehe.  Ok kalau bukan kita kredit diri kita siapa lagi kan


    Cara Basuh Sotong Kering 

    Memandangkan nak makan nasi lemak hari Ahad, jadinya malam Sabtu tu dah direndam sotong kering dengan ketulan putih tu dengan air menutupi seluruh sotong tu.  Esok paginya waktu keluarkan sotong tu ada bau yang sangat hancing..serius hancing giler sampai rasa nak buang je tapi ambil keputusan untuk rendam dengan garam kasar pulak kemudian basuh satu-satu sotong tu dan akhirnya masukkan dalam air panas selama 10 - 15 minit.  Alhamdulillah bau dah hilang dan lebih lembut tapi kelembutan sotong tu memang tak sesuper lembut sotong nasi lemak cik kak abang kat Taman Melawati tu hehe. 

    • Sotong yang telah dibasuh dan direndam dengan bahan pelembut sotong (penjual akan bagi seketul seakan kapur yang keras untuk melembutkan sotong. Rendam selama 8 jam (sebelah malam) supaya esok pagi boleh dibasuh. 
    • Buangkan air rendaman sotong, basuh dan rebus rebus sotong dalam 15 minit hingga sotong lembut, toskan dan kemudian di cuci bersih dengan membuang tulang, gigi dan lendir. Potong ikut saiz yang diingini.

    Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak



    Baca Juga :


    Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 

    Bahan-bahan :

    10 keping sotong kering
    2 keping asam gelugur / air asam jawa
    1 sudu gula atau 1 keping gula melaka 
    garam secukup rasa

    Bahan Dikisar:

    10 tangkai cili kering 
    2 labu bawang besar 
    3 ulas bawang putih 
    1 inci halia 
    1 mangkuk air


    Cara Penyediaan :

    • Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga naik wangi dan kekuningan. Masukkan cili yang dikisar,  kacau dan tambah air sekiranya perlu supaya sambal masak sempurna. Bila sambal pecah minyak, masukkan bawang besar yang dipotong dadu serta asam keping.
    • Masukkan sedikit gula/gula merah (kalau suka dan untuk mengurangkan rasa pedas)
    • Akhir sekali masukkan sotong yang telah dipotong, kacau supaya sotong mesra dengan sambal.  Biarkan ia masak dalam 15 - 20 minit dengan api sederhana
    • Akhir sekali, tutup api dan perasakan dengan garam secukup rasa.

    Lauk Pauk Regu Nasi Lemak Homeamade

    Kat rumah ni kalau buat nasi lemak, paling kurang 2 sambal kena ada, sambal tumis dan sambal mentah dan kadang-kadang ada extra iaitu sambal kelapa kalau ada ada kelapa parut yang fresh.

    Selain dari tu kangkung atau kacang panjang goreng, telur mata, ikan bilis dan paling wajib ada ikan tenggiri jeruk atau ikan gelama jeruk, favorite DH. Kalau tak ada, tak bersemangatlah DH, kalau ada memang bertambah nasi lemak di pinggan.


    Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 





    Selamat mencuba!

    Post a Comment

    11 Comments

    1. Sedapnyaaa! Lama tak makan sambal sotong kering.

      ReplyDelete
    2. Lama tak makan nasi lemak ngan sambal sotong

      ReplyDelete
    3. Tak pernah try masak sotong ni untuk sambal nasi lemak. boleh la try pasni

      ReplyDelete
    4. Sedapnya sambal sotong kering tu..

      ReplyDelete
    5. nyummmm sambal sotong makan dengan nasi lemak. perghhh sedap ^_^

      ReplyDelete
    6. kaella tak pernah makan sotong kering ni, hehe nanti ada masa kena try ni.

      ReplyDelete
    7. mmg terus teringat sambal sotong kakak abang tu.. perghh lembuittttt org perlis kata

      ReplyDelete
    8. Sedapnya nasi lemak.

      Ouhh bau hancing. Akak basuh dengan garam kasar. Ruby tak pandai masak sotong kering ni

      ReplyDelete
    9. Dulu x pandai nak masak sotong kering so takde la rendam lama..SA rendam guna air biasa je sekejap..lepas tu masak...erm...hahah...apo kering dan liat sotong tu...

      ReplyDelete

    Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!