150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai RM500 #NestleGajiSeumurHidup | Nestlé Malaysia hari ini mengumumkan 150 pemenang pertama bagi peraduan terbaharu dan terbesar di seluruh negara, Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup!
Dengan waktu mencabar yang telah menimpa Malaysia dan seluruh dunia, Nestlé dengan rasa besar hati ingin berkongsi berita baik dengan rakyat Malaysia menerusi peraduan ini. Para pemenang dari seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang yang berbeza serta berumur dari 22 hingga 70 tahun akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemenang sebanyak RM75,000.
Setakat ini, lebih 220,000 penyertaan telah diterima, dan rakyat Malaysia masih berpeluang untuk mencapai impian serta meringankan beban mereka.
Nurdiana Binti Haji Bakri, pengatur cara komputer berumur 37 tahun dari Ipoh, Perak, teruja kerana telah memenangi bukan satu, tetapi dua hadiah mingguan! Ujar beliau, “Saya telah menghantar hampir 100 borang penyertaan jadi bertambahlah peluang saya untuk menang. Sekiranya saya
memenangi Gaji Seumur Hidup, saya sudah ia pasti dapat membantu pendidikan anak-anak kami kerana tidak ada yang lebih penting daripada melihat anak-anak kami berjaya. Di samping itu, ia akan membantu membolehkan saya mengerjakan Haji bersama keluarga saya.”
Seorang lagi pemenang mingguan, Encik Ravi Kumar A/L Govindaroju, seorang akauntan berumur 34 tahun dari Rawang, berkata, “Oleh kerana saya hanya menghantar satu borang penyertaan untuk pertandingan ini, berita kemenangan saya sebagai salah seorang pemenang mingguan adalah agak mengejutkan! Saya benar-benar bersyukur kerana telah memenangi hadiah wang tunai yang sudah tentu akan membantu perbelanjaan bulanan saya, termasuk penjagaan ibu saya yang menghidap kencing manis. Impian saya adalah untuk membeli rumah saya sendiri pada suatu hari nanti dan saya pasti akan menghantar lebih banyak penyertaan untuk membolehkan saya untuk memenangi ‘Gaji Seumur Hidup!’”
Encik Teng Wei Kiong, pemilik kedai berumur 40 tahun, dari Sarikei, Sarawak, berkata, “Selepas mendapat tahu mengenai peraduan ini, saya telah menghantar kira-kira 20 penyertaan dengan membeli produk KIT KAT, MILO dan NESCAFÉ, yang merupakan antara produk kegemaran keluarga saya. Saya amat berpuas hati dengan kemenangan ini dan saya harap saya akan dapat memenangi hadiah utama dan menggunakannya untuk pendidikan anak-anak saya.”
Harun Bin Wahab, 57 tahun, dari Negeri Sembilan, berkata, “Anak perempuan saya telah membantu seisi keluarga kami untuk menghantar borang penyertaan untuk peraduan ini, dan kami juga menikmati MILO hampir setiap hari di rumah. Kemenangan ini benar-benar tidak diduga. Memandangkan buat masa ini saya tidak mempunyai pekerjaan tetap, pendapatan saya adalah terhad. Jadi, wang hadiah ini akan dapat membantu saya. Saya merancang untuk menghantar lebih banyak borang penyertaan dengan harapan untuk memenangi hadiah utama dan menyimpan wang untuk
keluarga saya.”
Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan hadiah wang tunai bernilai hingga RM4 juta, dan membolehkan dua pemenang Hadiah Utama untuk menerima ‘Gaji Seumur Hidup’ RM3,000 setiap bulan, dan 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk membawa pulang ‘Gaji Untuk Setahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Manakala, hadiah wang tunai RM500 akan diberi kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan berlangsung.
Dengan 150 pemenang pertama ini, impian akan mula menjadi kenyataan sebelum pengumuman 10 Pemenang Gaji Setahun dan acara terakhir pada bulan Jun 2020 bagi menentukan pemenang-pemenang hadiah Gaji Seumur Hidup!
Sepanjang tempoh peraduan, pengguna di rumah yang ingin menyertai peraduan ini boleh membeli produk Nestlé dengan mudah menerusi laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee, dan menghantar borang penyertaan menerusi Whatsapp. Pengguna juga boleh menyimpan resit mereka dan mengemukakan borang penyertaan melalui pos. Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli produk Nestlé yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila ke laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup
9 Comments
rezeki sungguh kalau menang kan Fuzy
ReplyDeleteTahniah pada semua pemenang :)
ReplyDeleteTahniah pada semua pemenang :)
ReplyDeleteBestnya..siapalah yg bertuah dpt RM3K seumur hidup tu..
ReplyDeleteTahniah pemenang. Hari tu nak join juga tapi lupa hantar form. hahaha
ReplyDeletewow... rezeki tu.. even hantar satu penyertaan boleh menang.. tahniahh
ReplyDeletetahniah kepada pemenang..murah rezeki.. ummi pn tak hantar lagi borang dekat nestle memandangkn tempoh pkp xselesai lagi..hihih
ReplyDeleteTumpang gembira buat mereka. Ada masa lagi ini untuk sertai. ;)
ReplyDeletethey're so lucky !
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!