7 Langkah Tampilkan Keceriaan Diri Setiap
Hari |Hidup yang ceria bermula dari kita melelapkan mata hinggalah bila kita
bangun pagi. Hati yang ceria pasti
membuat kita bersemangat dengan mengemas katil, menyelak langsir atau bidai
supaya memberi ruang untuk pengudaraan bagi menyegarkan bilik dan memberikan
cahaya matahari memasuki bagi menambahkan keceriaan pada bilik kita
Banyak perkara yang boleh kita buat supaya
keceriaan itu berlanjutan dan apa yang pasti keceriaan itu sememangnya akan
mengawal emosi kita supaya terus ceria dan tenang dalam menghadapi apa jua
cabaran setiap hari.
Mungkin langkah-langkah yang dikongsi di
bawah ini dapat membantu atau dapat memberi idea untuk korang dapatkan
keceriaan untuk kebaikan diri sendiri.
1. Ceriakan Dengan Warna
Memilih warna yang sesuai pasti akan
menambahkan keceriaan pada diri kita kerana warna meninggalkan pelbagai kesan
kepada tubuh, jiwa mahu pun dalam minda setiap orang. Sekiranya kita sering berasa letih di permulaan hari, mungkin penggunaan perabut berwarna
merah atau mungkin warna ungu dapat merangsang tenaga. Kalau inginkan suasana yang segar dan
bahagia, pilihan warna kuning mungkin dapat membantu. Bagi membantu menenangkan fikiran, pilihan
warna biru sememangnya dapat membantu. Pemilihan warna-warna ini ke atas
perabut mahupun langsir di dalam bilik tidur atau di ruangan lain di dalam
rumah pasti dapat menambahkan keceriaan buat empunya rumah dan mungkin mereka
yang datang berkunjung.
2. Manafaatkan ruang
Mengikut kajian The World Wide Sleep Index
yang dikendalikan ISOPUBLIC Switzerland, ada hubungan antara emosi dan ruang
bilik yang tidak teratur menandakan emosi kita akan kurang tenang dan tertekan. Panduan mudah ialah menggunakan ruang
penyimpanan khusus bagi mengurangkan persekitaran kurang menarik. Biasanya bilik tidur didatangkan dengan bilik
air yang ringkas, jadi ruang penyimpanan ringkas di bilik air juga penting untuk
menempatkan barangan atau keperluan.
Gunakan ruang tambahan untuk melakukan sedikit senaman ringkas antara 10
hingga 15 minit setiap hari. Senaman
mudah seperti regangan otot tegang menggalakkan kesan emosi kita menjadi lebih
baik.
3. Pastikan ruang penyimpanan yang mudah
untuk dicapai
Mungkin bagi sesetengah orang ini adalah
perkara remeh tapi sebenarnya permulaan hari yang ceria juga bermula bila kita
mempunyai ruang penyimpanan yang mudah untuk dicapai, terbuka dengan label untuk
memudahkan kita mendapatkan apa yang diperlukan.
4. Imbas Kembali Perkara Penting Dan Indah
Adalah disyorkan kalau kita dapat luangkan
masa antara lima hingga sepuluh minit di waktu pagi dengan berada di depan
cermin untuk menggayakan tudung yang bersesuaian atau menggayakan rambut disamping
mengenakan teknik solekan bersesuaian.
Perkara ini dapat dilakukan sekiranya kita punya masa yang cukup dan
tidak terlewat hingga membuatkan kita tergopoh gapah dan seterusnya
mengakibatkan permulaan hari yang mengecewakan dan serba tidak kena.
5. Ruangan khas untuk membaca
Selain mendengar muzik kegemaran, membaca buku
atau suratkhabar atau novel adalah perkara terbaik bagi membuat jiwa kita
tenang dan ceria dan sebaiknya kalau ada ruang khas didalam bilik tidur untuk
tujuan ini..memang awesome
6. Pakaian yang selesa dan favorite
Bagi saya pakaian yang saya pakai pun
memainkan peranan untuk membuat saya kekal ceria terutama pakaian yang menjadi
favorite yang akan membuatkan saya merasa cantik dan menawa walaupun hanya
berada di dalam rumah.
7. Gambar atau dekorasi menghiasi ruangan
santai
Letak beberapa dekoratif seni pada dinding
atau di ruangan yang kita suka untuk bersantai.
Gambar atau dekorasi ini pastinya untuk tatapan mata kita sebelum keluar
rumah atau sepanjang berada di rumah. Sebaiknya gantung gambar atau lukisan
yang boleh membuat kita rasa tenang atau memberikan motivasi pada diri atau yang
boleh mengimbau kenangan terindah
Mungkin korang ada cara tersendiri untuk
membuat diri ceria di permulaan hari atau di sepanjang hari boleh la share di komen yang mungkin dapat membantu mereka yang masih tercari-cari bagaimana untuk kekal ceria atau untuk menjadi ceria sepanjang hari.
10 Comments
sesakali bergaya atau ubag suai rumah boleh buat hati gembira.. i ni tgg bersalin then pasang badan.. boleh pakai baju cantik2.. kalauuuuuu la
ReplyDeleteİnteresting post 😊
ReplyDeletehope the article helps my readers to have joyful day
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks for visiting my blog
DeleteIngat perkara-perkara indah dan lucu terutama awal pagi sangat penting untuk mempengaruhi aktiviti sepanjang hari PC..hehehehe.
ReplyDeletekan waktu akak bekerja dulu mmg bangun mesti ingat yg indah sbb tu terapi diri sebelum melangkah ke luar rumah utk cari rezeki sambil tersenyum..hehe
Deletedana selalu akan pilih baju dan color yang buat dana bersemangat, kadang seminggu dana akan pakai baju warna purple je... heheheh
ReplyDeletewahh mesti Dana punya koleksi purple yg banyak kan...betul Dana kalau kita pakai baju fav dan bila pasangan komen kata kita cantik lagi bertambah semangat kan..hehe
DeleteYeah... Info menarik.. LeYa akan menceriakan diri dengan suka nak mengubah ruang rumah ni.. Kalau rasa tak puas hati memang mengemas dan akan berubahlah kedudukan. Hihihi... Otomen dah faham sangat dah wife nya..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!