Ketahui Apakah Hak Seorang Wanita Apabila Bercerai

Ketahui Apakah Hak Seorang Wanita Apabila Bercerai | Tiada antara kita yang berkahwin untuk bercerai apatah lagi bercinta dengan niat untuk berkahwin  dan tua bersama-sama tapi tiada siapa yang dapat menduga ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta menuju titik perpisahan. Oleh itu ketahuilah hak dan macam mana untuk mendapatkan hak apabila perceraian berlaku.





Perceraian bermakna tamatnya ikatan perkahwinan samada melalui talak dijatuhkan oleh suami atau taklik yang dibuat oleh si isteri atau dengan keputusan kadi. Penceraian bermaksud berpisah dengan pembubuaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma' ulama.

Seperti diketahui umum, perceraian terjadi dalam pelbagai cara antaranya melalui lafaz yang diucapkan oleh suami kepada isteri atau melalui perbuatan dan niat yang menunjukkan hasrat suami untuk berpisah samada secara lisan ataupun dengan isyarat yang tertentu.

Hukum perceraian adalah seperti berikut:

  • Wajib - Apabila perselisihan suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua belah pihak telah bersetuju untuk bercerai.
  • SunatApabila suami menjatuhkan talaq ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.
  • MakruhApabila suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang berkelakuan baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
  • HaramApabila suami menjatuhkan talak dalam keadaan isterinya sedang dalam haid atau nifas.
  • HarusWaktu tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri

Ketahui Apakah hak seorang wanita apabila bercerai

Umum tahu dan patut tahu apabila berlaku perceriaan, bekas suami dan bekas isteri masih boleh berhubung dengan batas pergaulan yang telah ditetapkan ianya untuk memastikan bekas suami menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak (sekiranya ada) dengan memberi nafkah selaras dengan firman Allah dalam Surah At-Talak ayat 6
"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika anda menghadapi kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"

Beberapa kategori perceraian antaraya


1. Isteri Diceraikan Dengan Talak Bain - menurut pendapat Jumhur Fuqaha, isteri yang tidak hamil yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal.  Ini seprti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw tentang talak tiga.
"Tidak ada hak untuknya bagi tempt kediaman dan nafkah" (Riwayat Ahmad & Muslim)
2. Isteri Kematian Suami - isteri yang bercerai mati atau yang kematian suami tidak berhak mendapat nafkah iddah walaupun mereka sedang hamil sepertimana dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw seperti dibawah

"Tidak mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami" (Riwayat Darul-Qutni)

Persoalannya kenapa isteri kematian suami tidak berhak mendapat nafkah?

  1. Kematian suami menjadikan tanggungjawab seorang suami kepada keluarganya gugur secara automatik.  
  2. Si isteri boleh atau berhak untuk membuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami demi kelangsungan hidup mereka anak-beranak.

Hak dan tuntutan yang dibolehkan oleh si isteri di Mahkamah Syariah




1. Harta Sepencarian bermaksud bermaksud harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa masih dalam ikatan perkahwinan sama ada harta alih contohnya wang simpanan dan kenderaan atau harta tak alih seperti rumah

Awalnya tuntutan harta berdasarkan undang-undang adat Melayu namun prinsip tersebut tidak berlawana dengan keehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia.
"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pulla aa bahagian dari apa yang mereka usahakan" (Surah An-Nisaa' 32)
Ini menjelaskan bahawa hak wanita di dalam harta benda yang dituntut adalah bergantung dari apa yang diusahakan.  

Terdapat 2 jenis sumbangan yang ditentukan dalam Mahkamah Syariah dalam pemerolehan harta-harta tersebut.
  • Sumbangan Secara Langsung adalah merujuk kepada sumbangan bersama suami dan isteri dalam usaha memperolehi harta dan aset.

  • Sumbangan Tidak Langsung pula adalah sumbangan dalam bentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak.  Sumbangan ini lebih merujuk kepada surirumah tangga sepenuh masa yang mengurus dan mengawal rumahtangga ketia suami bekerja.  Syarak meluluskan atas dasar khidmat dan perkongsian hidup seseoang sri rumahtangga juga berhak menuntuk harta seperncarian dari suami yang bekerja.


2. Muta'ah - merupakan sejumlah harta yang yang wajib diberikan oleh si suami kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi apabila berlaku perceraian bukan berpunca dari isteri dan bukan kerana kematian suami.

Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyentuh tentang Mutaah seperti berikut
"Dan isteri-isteriyang diceraikan berhak mendapat Mut'ah (pemberian saguhati dengan cara yang patuh, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa" (Surah Al-Baqarah ayat 241)
"Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka menenai sebaran idah yang kamu boleh hitungkan masanya.  Oleh itu berilah'muta'ah (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya"                        (Surah Al-Ahzab: 49)
Mutaah boleh diberikan dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan kewangan suami dan tiada kadar ditetapkan dalam pemberian mutaah sebaliknya lebih kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Namun jika ada pertikaian mengenai kadar, Mahkamah Syariah akan menetapkan kadar bayaran mutaah tersebut.

Pemberian mutaah menunjukkan bahawa Islam sangat menghormati wanita dan bagi membuktikan perceraian yang berlaku bukan berpunca dari si isteri sekaligus menepis rasa malu dan buruk sangka masyarakat setempat.  Pemberian ini juga sebagai penghargaan dari bekas suami ke atas sumbangan dan tanggungjawab bekas isteri sepanjang ikatan perkahwinan.  Bagi bekas isteri pula mereka boleh menggunakan harta yang dihadiahkan sebagai modal atau bagi memulakan kehidupan baru.



Nafkah Iddah
Nafkah Iddah adalah nafkah yang wajib dibayar kepada isteri yang telah disetubuhi.  Ianya berupa nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu disediakan sepanjang tempoh Idddah Raji'e mengikut hukum syarak.  Dalam tempoh iddah Raji'e baik suami ataupun isteri dapat menggunakan tempoh untuk berfikir panjang dan berbaik semula

  • Isteri Diceraikan Dengan Talak Raji'e - Menurut sepakat dari 4 mazhab, isteri yang telah diceraikan dengan talak Raji'e iaitu talak yang boleh dirujuk berhak mendapat nafkah iddah seperti dalil Nabi Muhammad saw

"Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya" (Riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)
  • Isteri Hamil Diceraikan Dengan Talak Bain - Talak Bain ialah talak yang tidak boleh dirujuk semula juga berhak mendapat nafkah sehingga anka tersebut lahir sejajar dengan firman Allah swt yang berbunyi

"Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya" (Surah At-Talaq : 6)
Indahnya Islam yang tetap menjaga wanita bila berlaku perceraian.  Walau wanita hamil diceraikan dengan Talak Bain, bekas suami wajib menyediakan nafkah iddah dengan sempurna demi menjaga kebajikan dan kesihatan si biu dan anak dalam kandungan.
  • Isteri Yang Tidak Nusyuz - Isteri yang diceraikan dalam keaadan dia taat dan patuh serta tidak berbuat nusyuz adalah berhak ke atas nafkah iddah dari suami mengikut hukum syarak seperti mana yang tercatat dalam kitab Kifayah Al-Akyar Juz 29 halaman 48

“Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran”
Walaubagaimanapun terdapat situasi di mana bekas isteri tidak berhak ke atas nafkah iddah dari bekas suami 


4. Nafkah Isteri Terunggak
Nafkah isteri tertunggak atau tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami semasa dalam ikatn perkahwinan antaranya tidak membayar mas kahwin, tidak memberi nafkah hidup, tunggakan nafkah anak dan sebagainya.  Ketahuilah si suami tunggakan ini adalah hutang yang wajib dibayar malah bekas isteri boleh menuntun tunggakan tersebut di Mahkamah Syariah

Sekiranya terjadi tunggakan, kedua-dua pihak adalah disaran menggunakan perkhidmatan peguam atau boleh membuah permohonan kepaa Biro Bantuan Guaman.

Kesimpulan

Islam sememangnya agama yang adil dan saksama kepada kaum wanita kerana terdapat banyak kelebiha dan hak yang diberi bagi memastikan kedudukan wanita yang diceraikan terjaga malah tidak dipandang serong.

Jadi, para wanita harus tahu apakah hak seorang wanita apabila bercerai dengan mengambil tahu tentang hak-hak mereka dan bijak dalam membuat tuntutan sepertimana yang ditetapkan syarak demi kelangsungan hidup selepas bercerai.

Sumber :
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang
Peguam Syarie Fas

Post a Comment

2 Comments

  1. Dibolehkan namun tidak disukai oleh Allah swt..itulah talak.Terima kasih kak atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Thanks for your informative article 😊

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!