Tonton Drama Adaptasi Novel Aku Yang Kau Tinggalkan Oleh Alina Haizar | Dah lama tak buat review tentang novel yang dibaca samada dibeli secara fizikal mahupun secara online ni sebabnya bila membaca back to back ni mood menghurai serta memberi komen tu terus kelaut. Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ni dah lama dibaca sebelum tamat drama dan tersadai dalam draf bukan sebab writer's block hee.
Apa pun saya dah aktifkan blog Gerobok Novel yang selama ini disimpan dan blog Gerobok Novel hanya meletakkan koleksi novel yang saya baca berserta sinopsis serta link drama (ikut kesempatan) dan ada entri yang membolehkan pembaca menonton drama yang diadaptasi dari novel. Selain ada IG akaun khas yang menempatkan novel-novel, boleh ikuti SINI, jadi sudilah menjengah ya.
Memang gagah mencari novel Aku Yang Kau Tinggalkan sebab dah sold out tapi Alhamdulillah dapat juga beli walau preloved. Kegigihan tu sebab drama ni menggandingan 2 pelakon favorite iaitu Ungku Ismail dan Siti Elizad.
Bagi saya setiap novel yang diadaptasi ni memang kurang best sebab mana mungkin babak romantis ditengahkan, mana mungkin lokasi dalam novel direalisasikan kerana kos dan sebagainya sebab tu membaca novel tu lebih feeling habis berbanding menonton di kaca televisyen.
Tajuk : Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis : Alina Haizar
Bil mukasurat : 726
Rating : 4.5/5
Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?
Review / Komen / Pendapat
Kisah Nia yang membawa diri dan menjadi pemandu pelancong di Turin bertemu kembali si suami yang ditinggalkan, dilupakan 4 tahun lalu. Pertemuan yang mendebarkan Nia, berharap si suami tidak mengenali dirinya. Mana mungkin si suami yang dulunya lumpuh boleh lupa walau perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, diatur oleh si nenek supaya Zaril dapat dijaga. Sebenarnya yang dipinang adalah Ani, si adik tapi Nia pula bersetuju mengambil tempat adiknya yang lari bersama kekasihnya dan demi menjaga nama baik keluarga dan membantu mengurangkan beban kewangan keluarga.
Sebenarnya ciri pilihan nenek Zaril adalah gadis kampung tanpa pendidikan tinggi kerana bakal isteri akan menjadi seakan pengasuh yang mengurus si suami yang lumpuh dan tidak dapat mengawal emosi diri kerana dulunya seorang yang segak, berharta dan bergaya.
Perkahwinan yang dirancang berjalan lancar dan Nia tabah menjaga sisuami yang cukup menduga jiwa namun terpisah bila Zaril diambil kedua orang tuanya untuk berubat memulihkan ingatan akibat kemalangan di Paris. Nia kemudian ke Paris untuk bersama suami tapi kemudian disogok dengan cek bernilai 50k Euro tanpa ada pilihan. Tanpa Zaril mahupun Nia sedar, memang menjadi matlamat mama Zaril untuk memisahkan mereka. Nia meninggalkan Paris dan kembara ke Turin tanpa pulang ke tanahair dan melahirkan seorang putera tanpa pengetahuan suami mahupun keluarga.
Bertemu kembali di Turin mengundang pelbagai salah faham dan penghinaan dari Zaril kerana menyangka Nia bersekedudukan dengan lelaki lain walhal dia masih belum diceraikan. Maximo, lelaki Itali yang juga rakan sekerja Nia yang cukup meminati Nia, caring dan memang baik tapi Nia tak pernah menganggapnya lebih dari seorang kawan.
Perasaan cinta yang masih tersemai membuatkan Zaril cemburu dengan keakraban Nia dan Maximo dan juga Nia dengan pembantunya Nizam. Walau dituduh Nia terus berdiam kerana tidak mahu rahsia tentang Hazeril diketahui apatah lagi kontrak perkahwinan mereka memihak kepada Zaril.
Rahsia terbongkar bila Zaril mengupah penyiasat untuk menyiasat perihal Hazeril dan terbukti Hazeril adalah anaknya maka bermulalah kegusaran Nia akan tindakan selanjutnya dari Zaril.
Pendapat
Bagi saya novel ni memang best cuma yang kurang best sebab terlalu banyak penceritaan tentang sejarah dan bangunan yang terlalu panjang sebabnya novel ni bukan bukan sejarah hehee. Bagi saya penceritaan yang terlalu meleret tentang sejarah Turin dan fesyen ni boleh diolah lebih pendek dan padat malah susuk tubuh Maximo pun dinyatakan tu memang kurang saya minat. Pada pendapat saya olahan si penulis ni agak exaggerate untuk novel ni.
Babak Zaril dan Nia bersatu di apartment Nia tu mengingatkan saya pada babak novel Semusim Rindu yang juga tidak dilakonkan diluar negara seperti mana dalam novel.
Keseluruhan cerita sangat menarik namun olahan bahasa dan grammar dalam bahasa Inggeris tu ada yang kurang tepat.
Antara penulis novel yang saya sangat suka gaya penulisan dan susun atur bahasa yang selalu berkait pastilah Lynn Dayana, Aisya Sofea juga antaranya yang membuat kita tak potong stim hehe. Nak baca review lain boleh baca kat SINI
Tonton Drama Aku Yang Kau Tinggalkan episod 1 hingga episod 30.
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 1
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 2
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 3
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 4
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 5
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 6
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 7
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 8
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 9
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 10
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 11
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 12
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 13
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 14
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 15
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 16
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 17
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 18
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 19
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 20
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 21
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 22
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 23
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 24
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 25
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 26
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 27
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 28
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 29
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - episod 30
3 Comments
Thanks for your review 😊
ReplyDeleteni yang rasa tak best nak tengok drama adaptasi novel.
ReplyDeleteselalu memang tak reach expectation, so betterlah layan novel sahaja kan...
Macam menarik kak fuzy review nanti ekin layan drama dia.. Suka gak lakonan dua org ni ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!