Drama Seindah 7 Warna Pelangi

Drama Seindah 7 Warna Pelangi | Drama adaptasi novel naskah dari E-Man Sufi dan novel ni baru sampai di tangan. Pasti ramai kawan-kawan dah tonton tapi saya belum lagi sebab saya lebih suka membaca novel lepas tu baru maraton back to back kat youtube walaupun sangat meminati lakonan Aeril Zafreil tapi kepuasan membaca novel tu sanggup saya ketepikan drama apatah lagi waktu siaran tu waktu Maghrib kan

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini ada 28 episod dan ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.


Nanti dah selesai baca novel ni, kita cerita pula kat blog ya. Jom baca sinopsis

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!

“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?” – Andika

“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira

Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.

"Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika
"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira

Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.




Pelakon Seindah Tujuh Warna Pelangi
Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman

Post a Comment

4 Comments

  1. Adakah mereka bersatu membina semula sebuah ikatan dan keluarga..jeng..jeng..jeng.

    ReplyDelete
  2. berat gak nampaknya cite ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!