Resepi Asli Turun Temurun Bufet Ramadan Di KLCC | Kenangan indah dan keseronokan ‘Balik Kampung’ keghairahan
menantikan album terbaru istimewa untuk musim Raya serta kegembiraan keluarga
berkumpul membuat kuih Raya menjadi pendorong kepada Kuala Lumpur Convention Centre
untuk menghidupkan semula kemesraan dengan Memoir Ramadan yang pastinya akan membuat pengunjung yang datang berbuka puasa pada tahun ini Menggamit Kenangan
Zaman Silam
Bersempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi pelanggan yang berbuka di sini akan dapat merasai dan menikmati Reseipi Asli Turun Temurun yang disediakan khas
dengan sentuhan pasukan cef Pusat Konvensyen yang telah memenangi berbilang
anugerah. Sajian yang diilhamkan kebanyakannya diwarisi turun-temurun dalam keluarga mereka dengan tujuan untuk membawa
pelanggan mengimbau kenangan masa lampau.
Menu berbuka puasa Ramadan bagi tahun ini meliputi campuran sajian tradisional dan moden serta juadah kegemaran
bulan puasa antaranya sup tulang rawan kicap bersama sambal cili
padi hasil sentuhan Cef Bahar, gulai pedas cili api udang bersama nangka muda dari Cef Asri, daging gulai kawah oleh Cef Rezal dan daging masak
hitam daripada Cef Imran
Pasukan kulinari Pusat Konvensyen telah menciptat 20 sajian kegemaran ramai berasaskan resepi tradisional yang diwarisi sejak turun termurun bagi memberi makna kepada Memori Ramadan, kata Cef Eksekutif, Hisham Bin Jaafar"Kami benar-benar teruja untuk memperlihatkan Resepi Asli Turun Temurun barisan cef kami kepada pelanggan. Sebagai contoh gulai pedas cili padi udang bersama nangka muda oleh Chef Asri berasal daripada neneknya yang akan menghidangkan sajian isitimewa ini pada hari pertama Ramadan. Beliau telah membantu nenek dan ibunya sejak di usia 10 tahun dan menyediakan sajian menggunakan udang yang ditangkap sendiri oleh bapanya berhampiran kampong mereka. Kenangan manis inilah yang membakar semangat Asri untuk menjadi cef and memberi pengkhususan kepada masakan Melayu" Chef Hisham
Mereka yang berbuka puasa di Pusat Konvensyen pasti akan
tertarik dan teruja dengan suasana perayaan serba santai dibawakan oleh Chef
Action Stations yang menyediakan dan menghidangkan segala sajian masakan
mengikut permintaan.
Chef Hisham menambah pengunjung tidak perlu risau dan boleh berbuka puasa dengan tenang kerana kesemua lima dapur Pusat
Konvensyen telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sepanjang Ramadan tahun ini pihak Kuala Lumpur Convention Center akan meneruskan
dan membulatkan komitmen kepada kelestarian dengan mendapatkan 70%
daripada bahan masakan dari sumber dan pengeluar tempatan. Baru-baru telah terjalin bekerjasama dengan Yayasan
Bantuan Makanan (Food Air Foundation) dalam usaha untuk menhadkan pembaziran
makanan dan pengagihan lebihan makanan daripada buffet Ramadan kepada mereka yang disokong oleh pertubuhan ini.
Pusat Konvesnyen secara khusus menyediakan bilik solat
sejadah selipar tempat mengambil wuduk dan Imam untuk mengimamkan solat Maghrib
Isyak dan Taawih bagi membolehkan pelanggan beragama Islam menunaikan
kewajipan mereka selepas berbuka puasa.
Pada harga bersih RM155 seorang orang ramai yang berbuka
puasa di Pusat Konvensyen dijamin mendapat layanan baik dan sajian makanan yang
lazat dan bertarif 5 bintang.
Tempahan
boleh dibuat pada hari biasa (kecuali hari cuti umum) antara 27 April dan 20
Mei 2020. Pusat Konvensyen juga
menawarkan potongan harga 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal
sebelum 31 Mac 2020. Jadi pastikan anda
membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.
Organisisasi korporat boleh mendapat kadar promosi istimewa
daripada RM132 bersih seorang bagi min 100 orang. Selain dua pilihan
menu khusus – Ramadan Al Mubarak dan Ramdan Al Kareem – pelanggan diberi pilihan
untuk menambah pelbagai ‘Chef Action Station
Menjelaskan tentang menu Cef Hisham berkata disamping
pelbagai sajian kegemaran bulan Ramadan, menu majlis berbuka korporat dan juga
orang ramai menawarkan sajian kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang
mahu menikmati kepelbagaian dan sesuatu yang berlainan. Sajian ini termasuk makanan laut panggang
daun pisang ala Portugis, Teriyaki Jepun dan aneka pilihna sushi, Tikka ikan panggang, nasi ayam Hainan dan kambing
golek bakar Harissa yang termasyhur akan dihidangkan dengan sos pudina dan aneka sos lain.
Disebabkan tempat duduk adalah terhad tempahan awal diperlukan untuk acara korporat, sila hubungi 03 2333 2866 untuk pertanyaan berkatina buka pasa orang ramai atau 032333 2877 untuk tempahan korporat.
4 Comments
Thanks for your sharing 😊
ReplyDeleteRamainya makanan
ReplyDeleteKambing golek mesti ada..terliuq dah pepagi ni...semoga sampai kita di bulan Ramadan yg penuh berkat..
ReplyDeleteMenarik juga makanan kat sini kan. Beruntung kalau bulan puasa ni kita dapat try buffet ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!