Resepi Bonda : Laksa Perak Berempah Istimewa Dan Sedap Luar Biasa | Laksa Utara memang kegemaran saya dan keluarga bahkan laksa utara pun antara antara makanan kesukaan rakyat Malaysia dengan pelbagai versi. Kuah laksa umumnya menggunakan ikan kembung, ikan tongkol, ikan sardin dan paling sedap laksa ikan parang tapi jenuh sebab banyak tulang.. Tak perlu cakap banyak, pasti dah ramai yang terliur tapi ada juga antara kita yang tak makan kan.
Kalau en suami dia cukup suka laksa utara versi laksa Kedah atau laksa Perlis yang menggunakan lebih dari 1 jenis daun ulaman yang menambahkan kelazatan laksa tu sendiri dan kalau laksa Penang ni kalau tak bagi pun en suami tak kisah. Laksa yang lebih sedap pastinya laksa yang diperbuat dari tepung beras...ahhh terliur sampai rasa nak pernah panaskan kuah dan makan lagi..hehe
Berbalik pasal laksa berempah ni adalah resepi bonda turun temurun yang bonda pelajari dari Allahyarhamah Tok Mak malah adik bonda Allahyarham Pak Uda (adik bonda) memang meniaga laksa di Pekan Selasa (Kuala Kurau) puluhan tahun dulu. Tak dapat dipastikan kalau ni resepi laksa orang Perak utara terutama yang menetap di Kuala Kurau atau hanya resepi Allahyarhamah Tok Mak yang menjadi favorite kami.
Resepi Laksa Utara Berempah Yang Sedap Luar Biasa |
Resepi Bonda : Laksa Perak Berempah Istimewa Dan Sedap Luar Biasa
Dah lama tak makan laksa berempah ni yang selalu menggiurkan dengan rasa masam asam keping ditambah dengan hirisan limau nipis diperah sebelum dimakan, memang tak angkat kepala bila mengadap semangkuk laksa ni. Walau tak cukup bahan hiasan seperti daun selom atau daun salad memandangkan PKP akibat pandemik Covid-19 ni hasrat untuk buat tu tetap tak luntur
Tak pernah cuba, tak pernah rasa? jom saya kongsi resepi laksa berempah yang cukup sedap luar biasa dari biasa. Memang nampak seakan sama tapi rasanya agak berbeza bagi yang pandai membezakan rasa kuahnya.
Ada yang alergi tak boleh makan belacan, jadi boleh la
Ada yang alergi tak boleh makan belacan, jadi boleh la
Resepi Bonda : Laksa Perak Berempah Istimewa Dan Sedap Luar Biasa
Bahan-bahan1 bungkus laksa kasar (besar), direndam dan rebus hingga lembut
1 kg ikan kembung atau pelaling
2-3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan - dibelah
3 batang serai, dititik
2 sudu ajinomoto (kalau tak suka tak perlu)
Bahan tambahan untuk laksa berempah
5 ulas bawang merah, dikisar halus
10 tangkai cili kering, dikisar halus
15 biji cili padi, dikisar halus (kalau suka pedas boleh tambah)
2 inci belacan, dikisar halus
1 sudu kecil jintan manis, dikisar halus
1 sudu kecil jintan putih, dikisar halus
½ sudu kecil lada hitam, dikisar halus
5 ulas bawang merah, dikisar halus
10 tangkai cili kering, dikisar halus
15 biji cili padi, dikisar halus (kalau suka pedas boleh tambah)
2 inci belacan, dikisar halus
1 sudu kecil jintan manis, dikisar halus
1 sudu kecil jintan putih, dikisar halus
½ sudu kecil lada hitam, dikisar halus
Bahan hiasan/ulaman penyedap
Daun selom, dihiris halus
Daun salad, dihiris (optional)
timun
bawang besar
Telur rebus secukupnya
cili api/cili mask di hiris
limau nipis - dibelah
Cara membuatnya
Cara menghidang
Letakkan laksa yang direbus dalam mangkuk dan dituang kuah diatasnya. Tabur ulaman yang telah dipotong halus beserta cili padi, cili masak dan telur rebus. Perahkan sedikit limau untuk menambah kemasamannya. Ada yang suka letak kicap peat dan ada yang suka letak petis, tapi tidak bagi saya.
Selamat mencuba
Daun selom, dihiris halus
Daun salad, dihiris (optional)
timun
bawang besar
Telur rebus secukupnya
cili api/cili mask di hiris
limau nipis - dibelah
Cara membuatnya
- Ikan yang sudah disiang dan dibersihkan, di rebus bersama asam keping hingga lembut. Angkat dan toskan.
- Bila sudah sejuk, perisi dengan mengasingkan isi dan tulang. Isi ditumbuk halus atau dikisar. Tulang dikisar bersama air rebusan dan ditapis untuk airnya. Tapis 2 atau 3 kali sampai tulang hancur dan nampak putih.
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dengan secawan air serta serai dan direnih hingga agak kering. Tuangkan isi ikan yang ditumbuk dengan sedikit air, dikacau supaya sebati dan dimasak dalam 5 minit, kemudian masukkan air tapisan rebusan tulang ikan
- Bila kuah sudah mendidih masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan dimasak dengan api sederhana hingga mendidih.
- Masukkan aji-no-moto, dikacau dan biar kuah direnih lebih lama supaya menjadi lebih mesra dan tidak mudah basi. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa
Cara menghidang
Letakkan laksa yang direbus dalam mangkuk dan dituang kuah diatasnya. Tabur ulaman yang telah dipotong halus beserta cili padi, cili masak dan telur rebus. Perahkan sedikit limau untuk menambah kemasamannya. Ada yang suka letak kicap peat dan ada yang suka letak petis, tapi tidak bagi saya.
Selamat mencuba
14 Comments
Thanks for your recipe 😊
ReplyDeletethanks dear
DeleteLaksaaaaa... aduh my fav niiii
ReplyDeletedh dalam pantang kena tunggu ler setahun kann
DeleteSedapnya.. Tengok resepi boleh bayang. InsyaaAllah, kalau teringin sangat nak cuba! Terima kasih dusi share ☺️
ReplyDeletekalau cuba nanti boleh la tag kan...selamat mencuba
DeleteTak pernah buat lagi kak letak rempah, selalu makan resepi utara tu je.
ReplyDeletehehe...ni rare tau dan sedap tapi tak ramai yang tahu kot kecuali orang keluarga kami
Deletethank you for the recipe kak..
ReplyDeleteselamat mencuba
Deletewalaupun orang utara tapi cheq tak makan laksa.. hewhe..
ReplyDeleteeeyh makan tapi kurang gemar. kalo makan suka amek air lapisan atas
yang ceroi tu =P
ni lagi rare...orang utara tak makan laksa hehehe
DeleteSedapnya.. tq kak.sharing resepi
ReplyDeletesila la cuba tau Adda..hehe
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!