Koleksi 10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah Dibuat| Hari tu saya kongsikan resepi puding hasil air tangan KC Iman yang korang boleh baca kat SINI dan kalau nak resepi dessert lain boleh baca kat SINI tau
Koleksi 10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah Dibuat |
Memandangkan tak berapa hari lagi kita nak menyambut Ramadan, pastinya kita pun sibuk nak pastikan juadah untuk berbuka walau hari ni PM8 mengumumkan lanjutan PKP . Apa yang pasti Pasar Ramadan pun tak mungkin diadakan bagi memutuskan rantaian COVID-19 tu. Semoga kita terus tabah dan kita semua selamat dari virus yang cukup menakutkan.
1. Resepi Puding Permaisuri
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:-
300 g kek, di potong dadu
300 ml fruit jelly
1 biji kulit tart yang telah dibakar
4 sudu besar inti blueberry
Bahan untuk Kastard Jagung
250 ml susu segar
70 g gula kastor
30 g tepung kastard
3 sudu besar krim jagung
2 biji telur
Cara membuatnya:-
Satukan bahan kastard jagung dalam periuk. Masak hingga pekaat dan berkilat. Ratakan inti blueberry dalam kulit tart dan kemudian susunkan potongan kek. Seterusnya, tuangkan kastard jagung yang masih panas. Setelah kastard sejuk tuangkan fruit jelly diatasnya hingga rata. Simpan dalam peti sejuk dna hidang ketika sejuk
2. Resepi Puding Yogurt Berkrim
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:-
125ml susu cair
30 g krim putar
25 g gula pasir
1 paket agar-agar
3 sudu besar yogurt
2 sudu kecil pes oren
Cara membuatnya:-
Rendam agar-agar hingga lembut. didihkan susu cair gula dan agar-agar hingga larut. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas. Pukul krim putar hingga kembang. Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi. Kemudian masukkan yogurt dan pes oren, kacau hingga sebati. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan hingga ianya keras
3. Resepi Puding Mangga
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Puding Mangga
Bahan-bahan:-
1 liter puri mangga
250 g gula pasir
100 g susu tepung
45 g gelatin halal
Cara membuatnya:-
Didihkan puri mangga dan gual pasir hingga larut
Masukkan susu tepung dan gelatin. Kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan simpan di dalam peti sejuk
4. Resepi Puding Zebra
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:-
500 ml air
100 g serbuk santan
130 g gula kastor
100 g tepung kastard
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar coklat emulco
Cara membuatnya:-
Satukan santan, tepung jagung, tepung kastard, air dan gula kastor dalam periuk. Kacau di atas api hingga pekat dan berkilat. Bahagi adunan pada dua. Satu bahagian dibiarkan warna asal manakal satu bahagian lagi dibubuh coklat emulco. Tuangkan dua adunan ini ke dalam acuan secara berselang warna. Biarkan sejuk.
5. Resepi Puding Santan
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Puding Santan
Bahan-bahan:-
1 biji kelapa ambil pati
1/2 cawan air nira
150 g gula pasir
1 paket agar-agar
Air secukupnya
Cara membuatnya:-
Masak agar-agar dan air hingga larut. Masukkan gula pasir, santan dan maa hingga mendidih. Tapiskan. tuangkan agar-agar ini ke dalam acuan. Sejukkan hingga keas. Apabila menghidang, bubuh puding dalam bekas dan tuangkan air nira.
6. Resepi Puding Triffle
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Puding Triffle
Bahan-bahan:-
1 tin susu cair
½ tin air
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
Kek biasa atau kek mentega
Badam, kismis, coklat dan buah-buahan koktel
Cara membuatnya:-
Satukan susu cair, air, gula pasir dan dan tepung kastard dalam periuk. Kacau di atas api hingga pekat. Sejukkan. Potong kek bentuk kiub dan susun dalam mangkuk triffle. Tuangkan buah-buahan koktel di atasnya. Kemudian, tuangkan kastard hingga rata. Taburkan kismis, coklat dan badam. Sejukkan pudding sebelum dihidangkan.
7. Resepi Puding Nata De Cocoa
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Pudding Nata De Cocoa
Bahan-bahan:-
1 paket agar-agar
2 gelas air
200ml ml santan
2 biji telur
4 sudu besar gula hangus
1 sudu kecil esen vanilla
500 gram nata de cocoa
Cara membuatnya:-
Masak agar-agar dan air hingga larut. Masukkan gula hangus dan masak hingga mendidih. Tapiskan. Pukul telur dan santan hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan dikacau rata. Seterusnya, masukkan adunan telur ke dalam agar-agar. Masak hingga pekat. Kemudian masukkan nata de cocoa. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan hingga keras.
8. Resepi Puding Nestum
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Pudding Nestum
Bahan-bahan:-
250 ml santan
150 gram gula pasir
20 gram serbuk agar-agar
3 cawan air
Nestum secukupnya
Pewarna merah, biru dan kuning
Cara membuatnya:-
Masak agar –agar, gula pasir dan air hingga mendidih. Setengah daripada agar-agar ini dicampurkan dengan santan dan kacau hingga sebati. Agar-agar yang selebihnya dibahagi tiga dan dibubuh pewarna biru, merah dan kuning secara berasingan. Tuangkan separuh agar-agar kuning dan masukkan dalam acuan. Setelah separuh keras, tuangkan pula agar-agar yang lain dengan proses yang sama. Akhir sekali, tuangkan lebihan agar-agar kuning dan nestum. Sejukkan hingga keras.
9. Resepi Puding Limau Nipis
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Puding Limau Nipis
Bahan-bahan:- (a)
1 liter air
300 gram gula pasir
150 gram mentega
Bahan-bahan:-(b)
240 gram tepung jagung
Sedikit air
60ml jus limau nipis
3 biji limau nipis
2 biji telur kuning
Sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya:-
1. Masak bahan (a) hingga mendidih.
2. Masukkan bahan (b) dan kacau hingga sebati
3. Sejukkan sekejap dan tuangkan ke dalam acuan kecil. Biarkan keras
10. Resepi Agar-Agar Pudina
10 Resepi Puding Tanpa Bakar Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:-(a)
800 ml air
200 g gula pasir
20 g serbuk agar-agar
sedikit esen pudina
Bahan-bahan:- (b)
250 g gula pasir
20 g agar-agar
1 liter air
1 liter santan
Cara membuatnya:-
Bahan (a) : satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan hingga keras. Kemudian, potong bentuk kiub kecil. Masukkan ke dalam acuan bentuk kubah
Bahan (b) : masak air, gula pasier dan agar-agar hingga mendidih. Masukkan santan dan masak lagi sambil dikacau. Tuangkan agar-agar ini ke dalam acuan kubah tadi. Biarkan sejuk hingga keras.
credit : resepi MW hasil simpanan bertahun yang hampir lunyai kertasnya
12 Comments
nicee saya suka puding2 jelly2 agar2 ni..
ReplyDeletelagi2 time sejuk makan nikmat betul..
ni dah masuk bulan puasa ni memang sedap dibuat dan boleh bagi ilham pada SYM untuk buat kan
DeleteSedap-sedap nampak. Nanti boleh buat ni..tq
ReplyDeleteyang pasti bila bulan puasa ni yang best puding limau nipis tu...sejuk dan masam2 ahhh sedapp tuu
DeleteWah wah wah... lama xbuat puding2 ni.. igt nak try la nnt
ReplyDeletebuat2...sila pilih resepi mana menjadi pilihan hehee
DeletePuding limau nipis..suka..masam2 manis..
ReplyDeleteyeaa kita geng...dah terliur dan terbayang masam manis tu kan
Deleteni makan sejuk-sejuk sedap ni
ReplyDeletenak2 bila waktu berbuka nanti kan
DeleteYa Allah semua nampak cantik. Tertarik puding limau nipis tu.
ReplyDeleteWah bagi semua resipi. Boleh rujuk balik.
Tq dah follow balik #570. Insya Allah akan datang melawat blog ini.
sedapkan..mmg fav yg puding limau nipis tu...sejuk masam manis terasa kat tekak dah ni hehe
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!