19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak | Ada antara kita panggil sayur lemak putih, masak lemak putih atau masak putih sayur sekian sekian dan cara memasaknya selalunya tidak perlu ditumis tapi ada juga yang ditumis mengikut citarasa kita. Antara sayur yang paling popular untuk buat masak lemak putih ni antaranya masak lemak kobis suhun, masak lemak putih taugeh, sawi bunga masak lemak yang selalu ada di gerai makanan.
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak
Walaupun apa juga dipanggil, masak lemak putih ni antara sajian kegemaran orang Melayu yang paling simple dan sedap. Selalunya kalau buat masak lemak putih ni harus ada sambal belacan, ikan kering atau ikan pekasam.
Buat mereka yang mungkin baru belajar nak memasak, masak lemak ni memang mudah dan cepat untuk dimasak tapi kalau silap masukkan mau jadi bubur tak pun pecah minyak. Saya sendiri pun dulu waktu awal berkahwin pun tak pandai tu yang bagi peringatan buat yang baru nak mencubaSaya lebih gemar menggunakan telur tapi kebanyakan masakan sayur lemak ni ramai yang menggunakan ikan bilis, udang kering dan udang basah. apa pun ikut selera masing-masing ya.
1. Resepi Masak Putih Pucuk Meranti
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak |
Bagi yang tak pernah tengok macam mana daun meranti ni boleh tengok kat SINI. Rasa pucuk meranti ni ada pahit-pahit sikit.
bahan-bahan:
1 ikat pucuk meranti, dibuang batang dan ambil yang muda
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih dihiris,
1 biji cili masak, dihiris
3 biji cili api dihiris
1 biji telur
1 cawan santan
Cara penyediaan:-
- Pucuk meranti yang telah diambil daunnya dibasuh dan direndam dengan garam dalam 10 min
- Basuh sayur meranti dan masukkan ke dalam periuk dengan air, direbus sekejap.
- Buang air rebusan (untuk kurangkan rasa pahit daun meranti) atau biarkan. Masukkan santan, bawang serta cili dan dimasak dengan api sederhana. Jangan masak sampai pecah minyak ya
- Masukkan telur dan kacau perlahan. Tutup api dan letak garam secukupnya
2. Resepi Masak Lemak Putih Rebung
bahan-bahan:
Rebung segar dicincang dan dicelur hingga masak
11/2 mangkuk santa
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit udang atau ikan bilis
sedikit lada hitam (ditumbuk, sekiranya suka)
Gula
Rebung segar dicincang dan dicelur hingga masak
11/2 mangkuk santa
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit udang atau ikan bilis
sedikit lada hitam (ditumbuk, sekiranya suka)
Gula
Cara penyediaan:-
- Rebung yang telah dicelur kemudian ditoskan. Masukkan rebung, udang dan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau supaya tidak pecah minyak, bila kelihatan kuah agak mendidih tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.
3. Resepi Masak Lemak Jantung Pisang
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak |
bahan-bahan:
1 biji jantung pisang-belah dua, dan potong halus melintang-rendam dalam air garam.
4 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
2 tangkai cili kering di potong kasar
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk
1 biji telur atau 1/2 gengam ikan bilis
1 mangkuk santan (1 biji kelapa)
Garam secukupnya
Cara penyediaan:-
- Masukkan santan bersama semua bahan kecuali telur dan jantung pisang. Kacau dengan kerap supaya tidak pecah minyak. Bila kuah nampak hampir mendidih masukkan jantung pisang dan kacau hingga nampak jantung agak layu/masak. Pecahkan telur, kacau dan tutup api. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.
Jantung pisang yang telah disiapkan boleh dicelur tapi saya lebih suka tidak celur supaya bila dimakan tetap rasa rangup. Apa yang penting pisang yang tidak pahit dan sedap dibuat masak lemak putih adalah jantung pisang hutan
4. Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak |
bahan-bahan:
2 ikat daun belinjau, disiang dan dibuang tulang tengah
2 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
2 tangkai cili kering, dikerat dalam 1 inci
sedikit suhun, direndam supaya lembut (kalau tak letak pun ok)
1 biji telur
1 cawan air
2 cawan santan pekat
Cara penyediaan:-
Nota :
2 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
2 tangkai cili kering, dikerat dalam 1 inci
sedikit suhun, direndam supaya lembut (kalau tak letak pun ok)
1 biji telur
1 cawan air
2 cawan santan pekat
Cara penyediaan:-
- Masukkan air, bawang merah, bawang putih, cili kering bersama daun belinjau di dalam periuk dan direnih hingga daun nampak lembut dalam anggaran 5 - 7 minit kerana pucuk belinjau ni memang lembut.
- Masukkan santan dan suhun dan kemudian pecahkan telur. Biar ia merenih tapi jangan sampai pecah minyak. Anggaran dalam 10 minit dengan api sederhana.
- Tutup api dan masukkan garam.
Nota :
Kalau makan dengan nasi panas jangan lupa buat sambal belacan pastu dicicah pulak dengan keropok belinjau goreng, pasti bertambah-tambah nasi pulak.
Untuk resepi masak lemak daun pucuk belinjau ni ada yang meletakkan ikan bilis bukan telur jadi kita boleh memasak mengikut selera masing-masing
Banyak kegunaan pucuk belinjau ni selain pucuknya dibuat sayuran masak lemak, buahnya dibuat gulai lemak dan bijinya pula dibuat emping, boleh baca di SINI
5. Resepi Masak Lemak Putih Pucuk Labu
bahan-bahan:
500 gm sayur pucuk labu kuning
1 biji cili merah, dihiris kasar
5 ulas bawang merah, ditumbuk kasar atau dihiris halus
1 ulas bawang putih, diketuk
11/2 mangkuk santan
1 biji telur / udang atau ikan bilis (ikut kesukaan)
garam
Cara penyediaan:-
500 gm sayur pucuk labu kuning
1 biji cili merah, dihiris kasar
5 ulas bawang merah, ditumbuk kasar atau dihiris halus
1 ulas bawang putih, diketuk
11/2 mangkuk santan
1 biji telur / udang atau ikan bilis (ikut kesukaan)
garam
Cara penyediaan:-
- Sayur pucuk diambil bahagian pucuk yang lembut dan bahagian batangnya yang seakan berbulu disiat. Daunnya yang agak berbulu digesek sedikit agar menjadi lembut sedikit. Basuh dan toskan.
- Masukkan daun pucuk labu, bawang merah bawang putih serta cili merah han tumbuk serta santan cair ke dalam periul, masak hingga mendidih. Masukkan santan pekat dan pecahkan telur, kacau dan biar kuah mendidih tapi jangan sampai pecah minyak. Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.
Artikel berkaitan
6. Resepi Masak Lemak Petola
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
2 biji buah petola
3 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
sedikit campuran suhun dan fucuk
1/2 gengam udang kering/ikan bilis
2 cawan santan pekat
Garam
Cara penyediaan:-
- Perisikan petola, potong bahan yang keras. Belah dua dan potong dengan saiz kecil. Rendam suhun dan pucuk
- Masukkan kesemua bahan kecuali petola dan didihkan dengan api sederhana. Bila kuah seakan mendidih masukkan sayur petola dan kacau hingga petola nampak lembut. Akhir sekali masukkan suhun dan fucuk (kalau ada). Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.
7. Resepi Masak Putih Kangkung
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
1 ikat kangkung (potong pendek)
4 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
segenggam ikan bilis, ditumbuk kasar
1 biji cili merah, dihiris
santan secukupnya
Garam
Cara penyediaan:-
- Masukkan bahan tumbuk bersama santan ke dalam periuk . Masak hingga mendidih, kemudian masukkan sayur kangkung dan garam. Apabila kangkung sedikit layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
8. Resepi Terung Masak Lemak Asam
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
3 biji terung
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1 tangkai cili kering, dipotong panjang
1 cawan santan cair
1 cawan pati santan
1/2 cawan air asam jawa
1 biji telur
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:-
- Terung dibasuh dan dipotong menyerong dan kemudian dimasukkan didalam periuk berisi air. Renih hingga terus kelihatan lembut. Masukkan santan cair, bawang merah, bawang putih dan cili kering serta air asam jawa. Biarkan kuah mendidih, masukkan telur dan santan pekat. Kacau rata dan masak hingga mendidih dengan api sederhana. Tutup api dan perasakan dengan garam secukup rasa.
9. Resepi Masak Putih Kacang Panjang Dan Suhun
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
6 batang kacang panjang, potong pendek, cuci and toskan
1 batang lobak merah, dihiris kasar
1 biji bawang merah besar (belah 4)
1 cili merah (potong serong)
2 mangkuk santan
segengam ikan bilis, ditumbuk kasar
sedikit suhun (kalau ada)
garam
Cara penyediaan:-
- Masukkan ke semua bahan kecuali kacang panjang. Bila lobak merah dah lembut masukkan kacang panjang, cili merah dan suhun serta santan. Kacau dan pastikan tidak pecah minyak. Bila dah layu, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
10. Resepi Masak Putih Pucuk Manis Keledek
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak |
300 gm pucuk manis
200 gm keledek
11/2 mangkuk santan
2 batang cili api/cili masak dipotong kasar
garam
Bahan tumbuk/kisar :
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
ikan bilis
Cara penyediaan:-
- Pucuk manis dilurutkan daun-daunnya, direndam dalam air campur garam dalam 10 minit untuk memastikan ulat daun tidak melekat.
- Masukkan bahan yang ditumbuk, keledek dan air, direnih sehingga keledek empuk kemudian masukkan daun pucuk manis. Bila daun nampak layu., masukkan santan dan cili api/cili masak serta santan. Bila santan nampak mendidih, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
11. Resepi Masak Putih Taugeh Dengan Tauhu
3 ulas biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 mangkuk santan
1 biji tauhu, dipotong kecil
sebiji cili merah
garam secukupnya
Cara penyediaan:-
bahan-bahan:
1 batang lobak putih buang kulit dan dipotong
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
1 tangkai cili merah, dihiris kasar
2 cawan santan
Garam
Cara penyediaan:-
1 ulas bawang putih, dihiris
1 mangkuk santan
1 biji tauhu, dipotong kecil
sebiji cili merah
garam secukupnya
Cara penyediaan:-
- Masukkan kesemua bahan serta santan ke dalam periuk kecuali taugeh. Masak dengan api sederhana dan dikacau kerap hingga kuah kelihatan mendidih kemudian masukkan taugeh (masak dalam 3 min bergantung kuantiti taugeh). Tutup api dan masukkan garam.
Nota : taugeh ni cepat layu jadi dimasukkan di waktu akhir malah dengan kuah yang masih panas taugeh akan segera masak.
12. Resepi Masak Putih Lobak Putih
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak |
1 batang lobak putih buang kulit dan dipotong
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
1 tangkai cili merah, dihiris kasar
2 cawan santan
Garam
Cara penyediaan:-
- Campurkankan kesemua bahan bersama santan ke dalam periuk dengan api sederhana. Kacau dan bila kuah hampir mendidih, pecahkan telur. Kacau seketika dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya.
13. Resepi Kobis Masak Lemak Putih
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
bahan-bahan:
Sayur kobis bulat, dihiris kecil dan dibasuh
- Satu mangkuk kecil santan
- 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis)
- 1 biji cili merah (hiris nipis)
- Sedikit carrot (hiris nipis)
- Segenggam ikan bilis (cuci bersih)
*kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering
Cara penyediaan:-
Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering.
Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan.
Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye.
Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Dah siap boleh la tutup api dan hidang.
bahan-bahan:
1 ikat pucuk geti, pisahkan ranting dari pucuk dahan, cuci, ambil beberapa ranting dan simpulkan.
1 biji bawang besar - mayang nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili kering, dipotong kasar
1 biji telur
11/2 mangkuk santan
2 cawan air
Garam
Cara penyediaan:-
bahan-bahan:
1 ikat bayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 gengam ikan bilis
2 cawan santan
Garam
Cara penyediaan:-
bahan-bahan:
1/2 pokok sawi putih
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, dihiris kasar
1/2 gengam ikan bilis
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
Garam
Cara penyediaan:-
Sayur kobis bulat, dihiris kecil dan dibasuh
- Satu mangkuk kecil santan
- 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis)
- 1 biji cili merah (hiris nipis)
- Sedikit carrot (hiris nipis)
- Segenggam ikan bilis (cuci bersih)
*kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering
Cara penyediaan:-
Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering.
Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan.
Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye.
Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Dah siap boleh la tutup api dan hidang.
14. Resepi Kobis Bunga Masak Lemak Putih
bahan-bahan:
1/2 biji kobis bunga, dipotong kasar
1/2 batang karot, hiris nipis
1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 ketul fish cake (kalau suka)
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:-
Tips:
Tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.
1/2 biji kobis bunga, dipotong kasar
1/2 batang karot, hiris nipis
1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 ketul fish cake (kalau suka)
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:-
- Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, tauhu dan karot.
- Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
- Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Pastikan api sederhana. Bila dah mendidih, tutup api dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Tips:
Tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.
15. Resepi Masak Lemak Putih Pucuk Turi/Geti
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak |
bahan-bahan:
1 ikat pucuk geti, pisahkan ranting dari pucuk dahan, cuci, ambil beberapa ranting dan simpulkan.
1 biji bawang besar - mayang nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili kering, dipotong kasar
1 biji telur
11/2 mangkuk santan
2 cawan air
Garam
Cara penyediaan:-
- Masukkan daun turi (kalau ada keledek boleh masukkan sekali) di dalam periuk berisi air bersama bahan-bahan yang lain kecuali telur dan santan. Bila daun turi sudah nampak layu, masukkkan santan dan dikacau kerap supaya tidak berketul dan pecah minyak. Masukkan telur dan biar kuah mendidih seketika dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya.
16. Resepi Masak Lemak Putih Bayam
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
1 ikat bayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 gengam ikan bilis
2 cawan santan
Garam
Cara penyediaan:-
- Bersih kan sayur bayam dan potong , kupas semua bawang dan dimayang halus .
- Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan bawang yang di mayang halus tadi. Masak dengan api sederhana dan bila kelihatan mendidih, masukkan sayur bayam.
- Kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan bila bayam sudah layu serta masak boleh la ditutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.
Nota : Rendam bayam yang telah diperisi dengan air dan garam kerana selalunya bayam ni melekat selut dan pasir. Proses membasuh bayam ni kena beberapa kali kalau tidak bila sudah masak dan dimakan asyik kunyahh bersama pasir.
17. Resepi Masak Lemak Putih Sawi
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
1/2 pokok sawi putih
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, dihiris kasar
1/2 gengam ikan bilis
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
Garam
Cara penyediaan:-
- Sawi dibersihkan dan dipotong kasar. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk bersama santan cair kecuali sawi dan cili merah. Bila kuah nampak mendidih masukkan batang sawi dan masak sehingga batang sawi lembut. Masukkan bahagian daun sawi, cili merah dan masukkan santan pekat. Kacau hingga kuah mendidih dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya
18. Resepi Masak Lemak Putih Labu Air
bahan-bahan:
1 biji labu air
1 biji labu air
3 ulas bawang merah, dihiris atau ditumbuk
3 ulas bawang putih, dihiris atau ditumbuk
1 1/2 mangkuk santan
1 1/2 mangkuk santan
5 ekor udang
secubit lada hitam, ditumbuk kasar
1 tangkai cili merah, dihiris kasar
Garam
1 tangkai cili merah, dihiris kasar
Garam
Cara penyediaan:-
- Buang kulit luar labu air, dibelah dua dan dipotong kecil. Tumis bahan yang ditumbuk, bila naik bau, masukkan udang serta labu air dan kacau. Bila nampak labu agak layu, masukkan santan dan cili merah. Masak seketika dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya.
19. Resepi Sayur Campur Lemak Putih
19 Resepi Sayur Masak Lemak Putih Yang Sedap Dan Mudah Dimasak Pix sumber Google |
bahan-bahan:
Sawi, Kobis, Lobak Merah, Terung, Petola, jagung muda, tomato, kacang panjang atau sayuran lain ikut kesukaan
1 labu bawang besar, dihiris
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
1 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk santan pekat
garam
bahan untuk ditumbuk:-
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
ikan kukus yang diambil isi
Cara penyediaan:-
Sawi, Kobis, Lobak Merah, Terung, Petola, jagung muda, tomato, kacang panjang atau sayuran lain ikut kesukaan
1 labu bawang besar, dihiris
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
1 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk santan pekat
garam
bahan untuk ditumbuk:-
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
ikan kukus yang diambil isi
Cara penyediaan:-
- Satukan kesemua lobak merah bersama serai dan bahan yang telah dihiris kecuali cili merah dan cili hijau), bila lobak nampak lembut masukkan terung kemudian n petola serta sayuran yang lain hingga kuah mendidih. Lobak merah ambil masa untuk lembut
- Masukkan cili merah dan cili hijau dan dikacau hingga sebati dan masukkan santan pekat, biar ianya masak seketika tapi jangan sampai mendidih. Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.
Nota kaki:
Memandangkan banyak gambar persendirian telah hilang, saya gantikan gambar yang diambil dari Google. Kalau ada kelapangan dan saya menjumpai gambar masakan sendiri, saya akan gantikan.
2 Comments
Saya suka lemak jantung pisang! Uit, banyaknya menu masak lemak ek! Hehee
ReplyDeleteApakah ada saran tambahan atau variasi yang bisa diberikan untuk memperkaya cita rasa masakan sawi ini? Visit Us Telkom University
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!