5 Versi Resepi Kuih Gegetas Yang Mudah Dan Sedap | Siapa pernah makan kuih ni? kalau tak pernah boleh cuba buat sendiri sebabnya kuih ni payah nak nampak dijual kat mana-mana gerai dan rasanya pernah tengok dua tahun sudah kat bazar Ramadan.
Banyak juga nama kuih ni selain dipanggail kuih getas ianya jugak dikenali sebagai kuih gegetas, juga dipanggil sebagai kuih kemplang dan ada orang Kelantan panggil kuih ni kuih badak.
Pertama kali saya mencuba membuat kuih ni pada 26 Mac lalu menggunakan tepung beras dan disira dengan gula merah/kabung tapi kurang menepati citarasa dan tak kenyal macam yang saya pernah makan. Jadi hari ni saya buat lagi bila berjaya mendapatkan 2 bungkus tepung pulut semalam dengan versi pandan yang lebih wangi dan sedap.
Okay saya kongsi 5 versi resepi kuih gegetas yang mudah dan sedap yang korang boleh cuba ok. Selamat mencuba
1. Resepi Kuih Getas Pandan
5 Versi Resepi Kuih Gegetas Yang Mudah Dan Sedap |
2 cawan tepung pulut
½ cawan kelapa parut putih
1 tsp garam halus
1 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan, dikisar dan ditapis
Bahan Sira
1/4 cawan air
1 cawan gula pasir
Cara membuatnya:
- Gaul sebati bahan dan tuangkan air pandan sedikit demi sedikit.
- Uli sebati hingga tak melekat di tapak tangan. Bulatkan doh dan kemudian leperkan seakan nuget atau terpulang tapi pastikan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Alaskan dengan minyak supaya tak melekat pada bekas. Rehat kan di dalam peti ais lebih kurang setengah jam.
- Panaskan minyak. Goreng kuih paras tenggelam dengan api sederhana. Angkat bila kedua belah telah masak kekuningan dan toskan hingga ianya sejuk.
2. Resepi Kuih Getas Sira Gula Putih
5 Versi Resepi Kuih Gegetas Yang Mudah Dan Sedap Pix FB Dorime Bakery |
Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut
½ kelapa parut yang putih dan muda
sedikit garam
1 cawan air
minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan sira gula :
¼ cawan air
¼ cawan gula putih
Cara membuatnya:
- Gaulkan tepung pulut dan kelapa parut kemudian masukkan garam dan air. Uli sehingga sebati dan menjadi doh. Pastikan tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan. Goreng dengan api sederhana dan toskan hingga ianya sejuk.
- Cara untuk buat sira, campurkan air dan gula di dalam kuali. dimasak sehingga berbuih dan pekat baru masukkan kuih tadi dan gaul rata. Gula akan kering dan bertukar menjadi keputihan sepert kita memasak sira untuk kuih keria. Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang.
3. Resepi Kuih Getas Sira Gula Merah
5 Versi Resepi Kuih Gegetas Yang Mudah Dan Sedap |
Bahan:
2½ cawan beras
¼ cawan tepung gandum
½ biji kelapa parut
1 cawan air
1 sedikit garam
Bahan sira gula:
½ cawan gula merah/gula kabung
½ cawan air
Cara membuatnya:
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. Goreng kuih sehingga nampak kekuningan.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biarkan ia berbuih yang menandakan gula telah mula pekat kemudian baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
4. Resepi Kuih Getas Ain Mardiah
5 Versi Resepi Kuih Gegetas Yang Mudah Dan Sedap pix Sedapnya Resepi |
Bahan:
2 cawan tepung pulut
½ cawan tepung ubi (saya gemar guna tepung ubi)
2 cawan kelapa parut (terpulang..tiada sukatan wajib utk bahan tambahan ini)
1 sudu teh garam
santan SUAM secukupnya
minyak utk menggoreng
Bahan sira
1 cawan gula pasir
½ cawan air panas
Cara membuatnya:
- Campurkan tepung pulut, tepung ubi, garam, kelapa parut dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan santan suam sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Bentukkan doh bulat lonjong dan leperkan sedikit.
- Panaskan minyak dalam kuali dgn api kecil sahaja... goreng kuih getas dengan jumlah minyak diatas paras kuih..biar kuih tenggelam dalam minyak..biar dulu kuih tu sedikit perang baru terbalikkan.. tunggu sehingga kuih getas timbul dipernukaan minyak baru angkat..itu tandanya dah masak...angkat dan toskan.... jangan risau adunan ini tidak akan meletup mcm bom
- Seterusnya kita terus buatkan siranya pula... gaul air panas dn gula didalam kuali dgn api kecil..jangan kuatkan api nanti gula tak cantik..akan jadi keperangan tak putih bening.. masak gula hingga berbuih-buah..mak saya cakap masak gula tu hingga tua..matikan api...tuang kuih getas tadi ke dalam kuali air gula tadi...gaul hingga rata dan gula bertukar jadi kering macam kristal...angkat dan hidangkan..siap
Sumber : FB Sedapnya Resepi / kredit: ain mardiah
5. Resepi Kuih Getas Nasi
5 Versi Resepi Kuih Gegetas Yang Mudah Dan Sedap pix cookpad |
Bahan:
½ cawan nasi semalam
¼ cawan air
1 cawan Tepung Pulut
½ cawan kelapa parut
sedikit garam pink (garam bukit)
Gula Organic yang dikisar
Cara membuatnya:
- Rendam sekejap nasi dan air, kemudian kisar halus. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk, masukkan tepung dan kelapa parut. Masukkan air sehingga boleh kepal.
- Kepal dan bentukkan seperti nuget. Kemudian boleh di goreng dengan api yang perlahan sehingga kuih getas rangup diluar, lembut di dalam.
- Golekkan di atas gula organic yang telah dikisar halus.
resepi : cookpad.com / kredit Iman Hasanah Musa
5 Comments
oh macam2 versi rupanya kuih ni.
ReplyDeletekuih getas nasi tu mcm sedap, nak cuba lah nnt...
ReplyDeletePernah nmpk ada org jual tapi tk pernah beli..rasa pernah mkn, liat2 kuihnya..
ReplyDeleteoo, rupanya kuih getas dengan kuih badak ni sama.
ReplyDeleteDah lamanya tak makan...rasa list list pulak kat tekak ni..hehe..nanti nak cari la...tak pernah buat..huhuu
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!