Minum Kopi Terbalik Di Kopi Dan Teh Kuantan | Tempoh hari saya dan KY serta cikapplepie ke Kedai Kopi & Teh layan diri sambil menikmati teh bunga dan roti bakar tapi kali ni kami berjaya memujuk hubby untuk ke sini. Waktu kami sampai tu kedai ni dah penuh dengan pengunjung di bahagian depan jadinya kami terpaksa duduk di bahagian belakang kedai.
Kedai Kopi & Teh beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga tengah malam kecuali hari Selasa dan menyediakan menu ala carte sepanjang hari. Antara menu signature di sini ialah kopi terbalik Aceh, nasi geprek ayam krispy dan juga roti bakar. Selain dari tu terdapat menu tambahan seperti nasi lemak, nasi dagang dan bihun goreng untuk sarapan.
Minum Kopi Terbalik Di Kopi Dan Teh Kuantan |
Memula tu agak kekok la jugak hubby nak minum kopi ni sebab tak jumpa tune lagi dan mujur jugak dia ni penyabar (kekadang tu la) dan akhirnya berhasil minum kopi terbalik dengan jayanya. Kata hubby kopi ni memang sedap so ada chance la kami ke sini lagi hehe
Kalau korang ke sini, baca betul-betul cara Minum Kopi Terbalik
1. Tarik straw yang disediakan
2. Tiup dengan perlahan dalam gelas cukup sekadar untuk angin masuk ke dalam cawan
3. Tiup sampai kopi keluar di piring
4. Hirup kopi & nikmati kesedapan kopinya
Bercerita pasal kopi terbalik Aceh ni, korang memang kena minum secara terbalik dan selain dari tu ada kopi tenom dan kopi in-house antara menu kopi yang popular kat sini.
Kopi terbalik atau disebut sebagai kupi khop adalah salah satu jenis minuman kopi yang berasal dari Aceh dan sangat terkenal kerana cara unik penyediaannya masih dihidang dengan cawan tapi secara terbalik.
Minum Kopi Terbalik Di Kopi Dan Teh Kuantan |
Terdapat pelbagai jenis minuman teh bunga dan herba yang ada disini dan menariknya teh yang disediakan bukan sekadar teh uncang tapi dimasukkan bunga dan daun herba turut direndam di dalam teh jadinya teh tu terasa lain dari kebiasaan yang kita minum di kedai lain
Minum Kopi Terbalik Di Kopi Dan Teh Kuantan |
Minum Kopi Terbalik Di Kopi Dan Teh Kuantan |
Seperti kedai kopi hipster, roti bakar dengan telur goyang, roti stim dengan kaya tu sesuatu yang biasa cuma antara sedap dengan tidak. So far makan di sini memang puas hati.
Harga
Kopi Terbalik Aceh RM5.00
Kopi Tenom RM4.50
Kopi In-House RM4.50
Teh Bunga/Herba RM4.90
Bun Bakar RM4.00
Telur ayam kampung (2 biji) RM5.00
Burnt Cheesecake RM9.90
Minum Kopi Terbalik Di Kopi Dan Teh Kuantan |
dekorasi kat sini agak minimal dan kami duduk dibahagian belakang yang tertutup so kind of exhausted bagi saya. Kedai ni sebenarnya dalam deretan yang sama dengan Kuantan Pickers & Kedai Kopi yang lebih berkonsepkan terbuka di bahagian belakang kedai
Minum Kopi Terbalik Di Kopi Dan Teh Kuantan |
12 Comments
Allahu. Macam menguji kesabaran ja 😅
ReplyDeletewah ala2 kopitiam..unit sgt.. kalau bawak anak2 ni mmg xboleh .nt di tarik ny cawan tu..heher
ReplyDeletewow... rindu lak nak ngeteh mcm ni kan..? cepat lah covid-19 hilang..
ReplyDeleteBestnya tempat ini
ReplyDeleteBom dia tudo bem? Estou te seguindo no seu blogspot. Vc pode me seguir no meu Blog? https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1
ReplyDeleteAdooi buat saya rindu nak ke rumah anak lah macam gitu tu..kreatif kan terbalik..adooi
ReplyDeleteunik stail kopi ni dihidangkan. nampak sedap juga
ReplyDeleteKuantan memang banyak kafe macam ni, walaupun study kat sana, tak habis explore lagi cafe ni. Selalu tengok kawan2 pergi. Konsep dia menarik.
ReplyDeletewahh nmpk cozy je dlm pokitiam nih., ;p
ReplyDeletewahh menariknya, boleh pergi ni foodhunting ngan kawan-kawan
ReplyDeletewow menariknya kopi terbalik :D
ReplyDeletesalam singgah hihi
Unik betul cara minum kopi tu..Agak-agak kalau order tp taknak minum terbalik boleh kot kan..hihi
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!