Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap | Sejak hari Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, masing-masing giat mencari idea untuk memasak antaranya pastilah resepi untuk minum petang sebab masakan tengahhari tu tugasan rasmi umi diaorang dan Cik Meya yang rajin improvice lauk-pauk seperti yang dia inginkan. Mujur anak-anak sempat balik sebelum PKP dikuatkuasakan, kalau tidak memang.
Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap |
Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan untuk karamel:-
4 - 5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Bahan-bahan untuk puding:-
5 biji telur B (kalau saiz A, 4 biji dah cukup)
400ml @ 1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air
Cara membuatnya:-
Langkah 1 - masak gula hangus
Bahan-bahan untuk karamel:-
4 - 5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Bahan-bahan untuk puding:-
5 biji telur B (kalau saiz A, 4 biji dah cukup)
400ml @ 1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air
Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap |
Cara membuatnya:-
Langkah 1 - masak gula hangus
- Tuang gula ke dalam pan atau periuk dan hanguskan dengan api sederhana. Bila gula dah bertukar keperangan masukkan 1/2 cawan air dan kacau laju-laju supaya tidak berketul. Padamkan api.
- Tuang gula hangus tu ke dalam loyang, bergantung loyang atau saiz bekas ya. Kalau guna bekas kecil, guna 1 sudu jer gula hangus tu. Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik.
Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap |
Langkah 2 - sediakan puding
- Pecahkan 5 biji telur dan pukul hingga sebati dan letak tepi sekejap
- Panaskan susu cair dengan api sederhana tapi jangan sampai mendidih
- Masukkan 3 sudu besar gula, 1 cawan air dan dikacau hingga gula larut dan padamkan api
- Campurkan telur dan susu cair yang dipanaskan tu dan di tapis supaya tiada benda asing dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tu.
- Kukus selama 30 - 45 minit dan sekiranya adunan masih cair, tambah masa kukusan sebab tiada tepung yang digunakan jadinya ia akan mengambil masa
- Ambil pencungkil gigi dan cucuk ditengah puding untuk memastikan ianya masak dengan sempurna. Padamkan api dan biar sejuk sebelum diterbalikkan
Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap px sumber google |
Kalau tiada pengukus, boleh kukus didalam oven dengan cara waterbath/bain marie dengan meletakkan air di dalam loyang. Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45 - 50 min dengan suhu 180.
10 Comments
bahan nak buat puding ni tak banyak nampak simple je kan. saya tak pernah try buat puding lagi.
ReplyDeleteDuduk depan tv...makan senyap-senyap..kalau PC tak mustahil boleh selesai satu hari...
ReplyDeletedapnya menu minum petang..nak buat sendiri, malas..hehe
ReplyDeleteAlahai terliur pulak tengok petang-petang ni 😍
ReplyDeleteThanks for your recipe 😊
ReplyDeleteSuka tapi malas buat
ReplyDeleteTu la pasai
Deletesukaaa gila air caramel tu..
ReplyDeletekalo orang buat kena mntak tu extra.
a ah orang buatkan sbb kite x reti kekeke..
da lama nk try..tapi kali nie memang nk buat..terliur tengok��
ReplyDeleteterima kasih untuk resepi puding paling ringkas pernah saya tngok sebelum..mudah difahami cara membuatnya..dan moga trus success dengan blog menu mudah dan ringkas akan datang , aminnn
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!