Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah Dengan Santan Ayam Brand

Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah Dengan Santan Ayam Brand | 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.

Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.

Rendang Bagi Yang Baru Mencuba
Bagi mereka yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang korang gunakan untuk menghasilkan rendang yang pati digemari keluarga dan rakan taulan?

Sebenarnya apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.

Bagi membantu untuk menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipat tradisi rendang korang sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu reseipi rendang khas bagi yang baru mencuba.  Resepi ini boleh diubah suai dengan peningkatan skill korang membuat rendang.  Jadikan resipi korang tu unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegermaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza.  Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik

Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resei Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di www.ayambrand.com.my/raya2020




Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah Dengan Santan Ayam Brand

Rendang Daging
Tempoh memasak : 2 jam
Hidangan : 8

Bahan-bahan
Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 keping asam jawa
4 keping daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu bear gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa


Pes (kisar halus)
2.5 sm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5 m halia, dihiris
12 cili kering dibuang biji dan dihiris


Daging
1 kg daging lembu, dipotong kiub


Santan Kelapa
1 liter Santan kelapa Ayam brand pilihan
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air


Cara membuatnya:-
  1. Kisar bahan pes mengungakan pengisar
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.  Tumis pes rempah, kayu manis, bunga cengih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah
  4. Tuangan santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih
  5. Kecilkan api sehingga sederhana.  Masukkan air asam jaa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.  
  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.  
  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa.  Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup.  Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.  Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.
  9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.
Apakah Resepi istimewa Rendang korang?
Hadiah-hadiah menarik menanti bila korang memasak rendang menggunakan mana-mana Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook.  Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hastag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ' Apa Rahsia Rendang Anda' 

Peraduan ini bermula pada 5 April dan akan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan adn dua hadiah utama untuk dimenangi!


Post a Comment

6 Comments

  1. Berbuka hari ke 3 puasa, Cikyah buat rendang. Next time boleh try pakai santan ayam brand pulak.

    ReplyDelete
  2. duduk tengah hutan batu ni memang santan kotak je selalu guna

    ReplyDelete
  3. aduh sedapnya lahai..saya tak pandai masak rendang..tak pernah mencuba lagi..sebab takot tak menjadi haha

    ReplyDelete
  4. thanks sharing hihi..hari ni sy tolong mak masak siakap tiga rasa..dah siap tugas sy,apa lgi on blog..

    ReplyDelete
  5. Menu wajib awal puasa dan masa raya ni kak. Makan dgn lontong sure kenyang teruk. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!