Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Terlajak Sedap

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Terlajak Sedap | Menu ni yang paling diminati Cik Meya dan bila dia balik untuk bercuti antara permintaan dia pastinya ikan cencaru sumbat sambal kelapa terlajak sedap ni atau pun sumbat dengan cili pun dia tak banyak hal.  

Amat disyorkan kalau sumbat sambal kelapa dan resepi ni diceduk dari resepi bonda saya yang suka improvice segala jenis masakan dia. Memang serius sedap sebab dah la ikan cencaru ni macam lemak terutama di bahagian yang hitam tu tapi dengan letak kelapa ni rasa dia lebih ummph!

Jom tengok apa yang diperlukan kot korang boleh buat hari ni atau boleh jengah kat SINI untuk pelbagai resepi untuk ikan.


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Terlajak Sedap

Bahan-bahan:-
2 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut*
6 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
2 biji cili merah*
6 biji cili padi* (boleh ditambah jika suka pedas)
2 sudu besar cili kering* (yang telah dikisar halus)
3 sudu besar air asam jawa*
Sedikit belacan*
Garam
Gula
Sedikit minyak


Cara membuatnya:-
  • Ikan cencaru dibelah belakang, bersih dan toskan.
  • Tumbuk atau kisar bahan-bahan yang bertanda *
  • Bahan-bahan yang dah ditumbuk tu disumbat kedalam ikan hingga padat
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, goreng ikan cencaru dengan api yang sederhana
  • Goreng hingga garing dan terbalikkan ikan tersebut setiap 5 minit 
  • Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Tips : Ikan yang telah disumbat tu boleh jugak dipanggang dalam oven atau dibalut dengan daun pisang dan dipanggang menggunakan pemanggang ajaib pun sodap.

Selamat mencuba

Post a Comment

7 Comments

  1. Memang mengancam sedap tu sesekali makan ikan sumbat ni.. Adududu...sedapnyaa...

    ReplyDelete
  2. senang je rupanya resipi ni, boleh buat ni nanti hihi

    ReplyDelete
  3. sedap ni fuzy.. masakan kampung mmg xpernah membosankn

    ReplyDelete
  4. saya singgah and follow ya^^

    ReplyDelete
  5. nampak dasyat tapi senang je resepinya. terima kasih share ^_^

    ReplyDelete
  6. Salah satu menu mak ana yg jadi kegilaan org2 dkt rumah ni. Sambal cili wajib ada juga. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!