Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Dan Terlajak Sedap

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Dan Terlajak Sedap | Kuih bakar pandan atau kuih bingka atau kuih bengkang dipanggil oleh orang sebelah utara ni dah lama saya nak buat tapi asyik tak kesampaian.  Teringat dulu Allahyarhamah bonda mertua pernah buat dengan cara yang cukup legend, tak guna oven elektrik tapi cuma dimasak dengan api atas bawah macam oven.  Sedap dan wangi dari sabut kelapa yang digunakan tu dan pandai sungguh Allahyarhamah bonda mertua jaga api supaya bengkang tu tak terbakar, cantik cara dimasak, lembut dan sedap sangat. 

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 kotak santan kotak
1 cawan jus pandan*
2 biji telur
sedikit garam
2 sudu minyak kelapa
mentega
bijian sebagai hiasan

* Daun pandan dibersihkan, dipotong pendek dan dikisar di dalam pengisar dengan 1 cawan air, tapis dan ambil jusnya

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Dan Sedap

Cara membuatnya:-

  • Panaskan oven pada suhu 200C. Leserkan mentega pada loyang dengan rata dan masukkan loyang kedalam oven dan biar ia dipanaskan dalam 5 minit.
  • Pukul telur, garam dan gula pasir hingga larut menggunakan hand mixer atau pengisar pun boleh. Masukkan jus pandan dan santan.  Kisar lagi hingga nampak rata.  Tambah tepung gandum, pukul hingga rata dan tidak nampak berbintil-bintal. Akhir sekali masukkan minyak kelapa.
  • Keluarkan loyang dari oven (berhati-hati kerana loyang panas).  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur bijan sebagai hiasan.  Bakar dalam 1 jam atau hingga nampak kuih dah masak dan bertukar warna.  Gunakan pencungkil lidi dan cucuk untuk pastikan bahagian dalam kuih tidak melekat, menandakan kuih tu dah masak
  • Sejukkan kuih sekejap dan kemudian boleh keluarkan dari loyang untuk dihidangkan untuk minum petang.


Selamat mencuba.


Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!