6 Makanan Eksotik Boleh Membunuh Tapi Yang Ada Di Malaysia Turut Merbahaya !

6 Makanan Eksotik Boleh Membunuh Tapi Yang Ada Di Malaysia Turut Merbahaya !| Sejak beberapa tahun bila hampir semua orang punya facebook ni makin ramai yang berkongsi banyak perkara baik yang baik mahupun yang buruk, cerita pasal tempat dilawati dan termasuk gambar-gambar makan sedap, unik mahupun yang eksotik. Antara negara yang kita tahu sangat pasal makanan eksotik yang buat melugai (bak kata orang Kedah) adalah Thailand, Cambodia dan China.  Iskk memang tak lalu tengok cengkerik goreng, kala jengking la, ular buat jadi sate tak ketinggalan kat Malaysia pun bagi masyarakat Cina makan ular dan katak.  Ni memang kisah benar sebab saya sendiri pernah nampak bagaimana penjual katak ni koyak kulit katak dihadapan orang ramai yang lalu lalang di pasar malam Taman Sri Rampai dan bagai kaum India pula dikatakan mereka menyukai biawak dan Melayu pun tak ketinggalan makan isi dan telur belangkas...eksotik jugak kan.

Kini, kita dan seluruh dunia resah akibat pandemik COVID-19 disebabkan oleh virus korona baharu yang dikatakan berpunca dari pemakanan eksotik seperti kelawar, ular dan tenggiling dan virus korona ini bermula di Wuhan dimana penduduknya gemar memakan makan eksotik tapi macam dikatakan tadi kat Malaysia pun ada yang suka makan makanan eksotik ni kan. Ahh sungguh mengerikan! 

7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!
Tahu tak apa makanan eksotik yang bahaya dan boleh membunuh anda di dunia ini?  Persoalannya, yang mana satu adalah punca sebenar virus korona baharu ni?

Setelah disiasat, para saintis telah mengecilkan skop kajian kepada 3 haiwan liar sahaja. Antara suspek utama adalah kelawar, ular dan tenggiling.

Setelah dikaji dengan lebih mendalam, para saintis mendapati punca COVID-19 ini berkemungkinan besar datang dari kelawar!

Untuk tidak mengulangi kesilapan besar segelintir individu yang gemar memakan makanan yang tidak sepatutnya dimakan, di sini disenaraikan beberapa makanan eksotik yang bahaya dan boleh membunuh anda:

1. Ikan Buntal

7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!
Manusia memang gemarkan cabaran yang bukan-bukan.

Disebabkan itu, ramai orang terutamanya masyarakat Jepun gemar memakan ikan buntal walaupun mengetahui ia adalah salah satu dari makanan paling beracun di dunia.

Jika begitu, mengapa orang masih boleh memakannya?

Ini kerana racun di dalam badannya ini boleh dibuang. Jika tukang masak gagal membuangnya dengan baik, ia dikatakan 1,200 kali ganda lebih berbahaya berbanding sianida.

2. Katak Afrika

7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!

Di Namibia, Afrika Selatan, wujud masyarakat yang gemar memakan katak bersaiz seakan seekor kucing!

Ya, jangan terlalu terkejut kerana haiwan itu memang wujud dan dinamakan sebagai Katak Afrika.

Apa yang menakutkan, katak ini dikatakan mempunyai racun di dalam badannya yang akan mengakibatkan masalah buah pinggang kepada manusia.

Malahan, memakannya juga boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan dengan cepat.

3. Cendawan
7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!

Mungkin ramai dari kita yang sudah tahu mengenai perkara ini. Persoalannya, cendawan yang mana?

Ini kerana terdapat banyak jenis cendawan dan ada antaranya selamat untuk dimakan dan ada yang tidak dan boleh membawa maut.

Antara jenis cendawan yang anda wajib berhati-hati adalah Death Cap, Destroying Angels and Deadly Webcap yang mempunyai racun.

Disebabkan itu, anda disarankan untuk tidak membeli dan memakan cendawan yang tidak berlabel di pasar raya.

4. Kerang Darah

7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!

Ketika kita asyik memandang serong masyarakat negara luar kerana gemar makan makanan eksotik yang pelik-pelik, tahukah anda, kita juga melakukannya dengan memakan kerang darah?

Mungkin ramai yang kata tidak salah untuk memakan makanan berdarah.

Pun begitu, ia adalah satu kesilapan kerana darah yang terdapat dalam haiwan laut ini pernah menjadi punca penularan Hepatitis A dan E.

Pada tahun 1988, ia telah diharamkan di negara China. Bagaimana pula dengan Malaysia?

5. Bayi Sotong Kurita

7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!

Siapa ni yang sanggup memakan bayi binatang?  Di Korea, wujud satu makanan eksotik bernama ‘san nak ji’ yang merupakan kaki bayi sotong kurita.

Haiwan laut ini bukanlah berbahaya kerana ia beracun atau berdakwat tapi kaki bayi sotong kurita ini boleh melekat pada tekak atau kerongkong pemakannya.

Kesannya, ia akan mengakibatkan sesak nafas serta kematian jika lambat dirawat.

6. Keju Busuk

7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!

Anda penggemar keju? Jika ya, anda dinasihatkan untuk jangan sesekali memakan keju busuk yang bernama ‘casu marzu’.

Jika dilihat dari luaran sekalipun, selera anda pasti akan hilang kerana jelas kelihatan berenga yang masih bergerak-gerak!

Ia dicipta dari susu kambing biri-biri dan dibiarkan terdedah kepada lalat.

Lalat ini kemudiannya akan bertelur dan meninggalkan larvanya di situ. Inilah punca kewujudan ulat kecil tersebut.

Kesan memakan makanan eksotik yang menggelikan ini adalah sakit perut, mual-mual, muntah-muntah serta kematian jika gagal dirawat segera.

7. Sosej

7 Makanan Eksotik Yang Boleh Membunuh Dan Ada Yang Dimakan Di Malaysia!

Sosej bukan makanan eksotik yang bahaya namun boleh membunuh ahli keluarga anda terutama kepada kanak-kanak yang masih kecil!

Menurut kajian yang dijalankan oleh John Hopkins Medicine, sosej adalah penyebab utama dalam kes kecederaan akibat tercekik makanan bagi kanak-kanak berusia bawah 3 tahun! Jadi sebaiknya jangan lepas tangan sewaktu memberi anak-anak makan sosej tanpa pengawasan atau dapatkan berikan anak-anak makanan yang lebih selamat.

Ada tak makanan kesukaan anda dalam entri ni? Fikirkannya semula sebelum mengambil makanan eksotik yang bahaya dan boleh membunuh ini.

sumber  Hellodoktor

Post a Comment

5 Comments

  1. Baru tahu sosej tu salah satu makanan eksotik.

    ReplyDelete
  2. bahaya juga ye ada yg biasa jumpa kat malaysia ni

    ReplyDelete
  3. makanan di atas boleh di makan tapi dengan cara masak yang betul bukan sembarang je kan...
    cuma ikan buntal tu kira makanan eksotik di sabah, berani betul mereka ya

    ReplyDelete
  4. semua saya tak makan kecuali sosej dan cendawan, tu pun kalau dah terdesak sangat tak da apa nak masak. selalu ada simpanan sebungkus sosej di dalam peti sejuk untuk emergency.

    ReplyDelete
  5. salah tajuk ni hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!