8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap

Bila sebut masak lemak cili api atau cili padi ni pasti ramai yang terbayang lauk tradisi orang Negeri Sembilan (NS) tapi kini bukan hanya dimasak dan terdapat di Negeri Sembilan tapi kat Kuala Lumpur ni masakan masak lemak cili api ni juga merupakan menu wajib ada di gerai mahupun di kedai.

8 Resepi Masak Lemak Cili Api Makanan Laut


Tak susah pun nak memasak masak lemak cili padi ni tapi bagi orang NS mereka tidak memasukkan bawang merah dan ada yang tidak langsung memasukkan bawang putih tapi bagi saya memang jarang memasukkan bawang merah tapi bawang putih tu satu kemestian. Lain orang lain cita rasanya kan. Tapi di dalam koleksi 8 resepei pelbagai masak lemak cili padi makanan laut ni ada yang saya letak dan tidak, jadi terpulang pada tukang masaknya. Jom cuba!

1. Resepi Telur Ikan Mayong Masak Lemak Cili Api

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap


Bahan-bahan:-
Telur ikan mayong
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 atau 2 batang serai diketuk
5 biji belimbing buluh - dibelah dua
Sehelai daun kunyit dipotong ikut kesukaan
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 cawan air

Cara penyediaan:-
Telur mayong dibersihkan dengan direndam dengan tepung dan limau kasturi dalam lebih kurang 1 jam kemudian dibuat usus yang melekat dengan berhati kalau tidak kampuh telur akan koyak dan telur akan pecah.

Cara memasaknya:-
  1. Masukkan bahan yang dikisar tu kedalam periuk dan direnih hingga agak kering supaya bahan tu masak
  2. Masukkan asam keping dan serai yang diketuk
  3. Masukkan 1/2 cawan air dan bila nampak menggelegak, masukkan telur dan daun kunyit.
  4. Bila telur tu nampak dah separa masak, terbalikkan dengan cermat ya kalau tidak telur tu akan pecah dan kalau perlu tambah air
  5. Masukkan santan cair dan belimbing buluh dan dikacau perlahan
  6. Bila kuah dah menggelegak, masukkan santan pekat dan perlahan kan api.
  7. Dikacau biar santan sebati dan tutup api, letakkan garam secukup rasa


2. Resepi Mentarang Masak Lemak Cili Api

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap

Bahan-bahan:-
1 kilo mentarang
15 tangkai cili api*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit atau daun cekur
2 cawan santan cair
1½ cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Nota : Bahan bertanda * dikisar ataupun ditumbuk

Cara membersih mentarang
  • Rendam mentarang di dalam besen/bekas berisi air dan masukkan garam selama lebih kurang 2 jam.  Kadang-kadang tu mentarang yang dibeli tu penuh selut, kena la basuh buang selut dan rendam.  Kena buat pelahan-lahan sebab cengkerang mentarang ni agak rapuh dan di dalam isi mentarang tu kena ada benda tajam yang dikatakan gigi mentarang.
Cara memasak:-
  1. Masukkan bahan yang di kisar, serai yang diketuk didalam periuk berisi air dan renih sehingga masak dan agak kering.
  2. Masukkan santan cair dan dikacau hingga sebati dan mendidih kemudian masukkan daun kunyit hingga mengelegak
  3. Masukkan mentarang dan asam keping, dikacau hingga sebati dengan api perlahan
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat, dikacau dan dalam 5 hingga 7 minit, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.

3. Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Ikan Masin

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap


Bahan-bahan:-
6 ketul isi ikan kurau, dibersihkan
½ biji nenas, dipotong nipis
6 biji cili padi, ditumbuk
3 biji bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 batang serai, diketuk
1 kotak santan atau santan kelapa
1 helai daun kunyit dihiris kasar
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:-
  1. Masukkan bahan yang ditumbuk dan serai yang dititik ke dalam periuk. Kemudian, masukkan nanas dan sedikit air. Biarkan seketika sehingga nenas nampak layu sedikit.
  2. Masukkan isi ikan kurau dan daun kunyit, bila kuah mulai mengering, masukkan santan dan kacau hingga sebati.
  3. Tatkala kuah menggelegak kali pertama terus tutup api. Supaya mengelakkan santan pecah.

4. Resepi Masak Lemak Cili Api Ketam Dengan Mangga

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap

Bahan-bahan:-
3 ekor ketam segar
2 biji mangga muda, dikupas
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:-
10 biji cili api
½ biji bawang besar
1½ inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih

Cara memasak:-
  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Nota : Cengkerang ketam  yang keras dibuang dan dibersihkan tapi ada ada juga yang tidak membuat kulit keras ketam betina yang mempunyai telur.  Sebaiknya ketam dibelah dua supaya kuah akan menyerap ke isi ketam.


Nak resepi itik salai masak lemak cili api, klik SINI atau  resepi ikan, klik SINI

5. Resepi Sotong Makan Lemak Lemak Api

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap
pix sumber Google

Bahan-bahan:-
1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat:-
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 inci halia *

Cara memasaknya:-

  1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik wangi.
  3. Masukkan santan, serai dan asam keping  dan daun kunyit dan di masak hingga mendidih 
  4. Masukkan sotong, kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
  5. Bila nampak sotong sudah masak, padamkan api dan perasakan dengan garam secukup rasa.


6. Resepi Udang Masak Lemak Cili Api  Tempoyak

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap
Pix sumber Google

Bahan-bahan:-
Udang, dibuang kulit dan dibersihkan
4 sudu tempoyak
1 helai daun kunyit, di hiris
1 helai daun cekur, dihiris (kalau suka)
2 batang serai, dititik
1 kg santan
2 cawan air
100 gm bawang merah, dikisar
50 gm bawang putih, dikisar
40 gm kunyit hidup, dikisar atau serbuk kunyit
30 tangkai cili padi, dikisar
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:-
  • Bahan yang dikisar dimasukkan kedalam periuk bersama 1 cawan air direnih sehingga pekat dan agak kering.
  • Masukkan separuh santan, serai yang dititik dan daun kunyit, kacau supaya santan tidak pecah minyak
  • Masukkan tempoyak, kacau hingga sebati dan biarkan mendidih dan masukkan udang dan daun cekur dan biarkan direnih. Bila kuah mula mendidih masukkan separuh lagi santan, dikacau dan  biar seketika. Tutup api dan dimasukkan garam secukup rasa.

7. Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap\
pix sumber Google

Bahan-bahan:-
1 kg kerang
15 biji cili api, ikut suka kepedaan
4 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
2 batang serai, dititik
sedikit asam keping
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 cawan air

Cara penyediaan:-
  • Kerang direndam dalam air bersama garam kasar sekurang-kurangnya selama 1 jam supaya kotoran dalam kerang akan keluar. Kemudian dibasuh hingga bersih

Cara memasak:-
  1. Masukkan cili api, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan serai yang dititik ke dalam periuk bersama ½ cawan air, daun kunyit dan  kerang, dikacau hingga sebati dan kerang, biarkan direnih.
  2. Kemudian masukkan santan cair, dikacau supaya sebati dan kelihatan kulit kerang terbuka. Bila kuah mendidih masukkan santan pekat, dimasak dalam 5 minit sebelum ditutup api dan diperasakan dengan garam..


8. Resepi Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Dengan Keladi

8 Resepi Pelbagai Masak Lemak Cili Api Makanan Laut Terlajak Sedap
pix sumbe  Google

Bahan-bahan:-
1 bungkus siput sedut
4 batang keladi
15 - 20 biji lada cili api
1½ inci kunyit hidup
5 biji bawang merah kecil
sedikit ikan bilis
2 helai daun kunyit, dihiris
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Cara penyediaan:-
  • Siput sedut dipotong belakangnya, direndam dengan garam dalam 1 jam dan dibasuh bersih, toskan
  • Batang keladi, dibuang kulit luar, dipotong dalam 3 inci, dibasuh dan dicelur hingga lembut, toskan
  • Tumbuk cili api, kunyit, ikan bilis sampai lumat kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, di tumbuk hingga lumat.

Cara memasak:-
  1. Masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama siput, daun kunyit dengan secawan air ke dalam periuk dan direnih, dikacau dan biarkan ianya masak.
  2. Masukkan santan cair dan bila hampir mendidih masukkan sayur keladi dan asam keping, kacau biar semuanya sebati dan bila nampak kuah mendidih, masukkan santan pekat. Biarkan dalam  5 minit dan tutup api.  Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap.

Post a Comment

5 Comments

  1. Hahaha... ni semua buat dok teringat jer ni... sedapnya masak lemak cili padi ketam tu ... terbau jer kuah dia...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, wah... masak lemak cili api ni memang makanan favourite saya. Gerenti menambah.

    ReplyDelete
  3. wah sedap2 seafood ni dimasak lemak terutama sotong dan kerang 😋😋

    ReplyDelete
  4. masak lemak..dapnya..my favourite ni. kerang masak lemak tak pernah cuba pulak..sedap yeak...so kerang tu kena rebus dulu ke camne?

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!