17 Khasiat Pokok Pandan Terselit 1 Bahaya Daun Pandan Yang Merungsingkan

17 Khasiat Pokok Pandan Terselit 1 Bahaya Daun Pandan Yang Merungsingkan | Pagi tadi masuk kebun..ehh jangan fikir orang duduk rumah pangsa tak boleh berkebun dengan ruang yang terhad penghuni rumah pangsa masih boleh bercucuk tanam tanpa perlu menggunakan cangkul membuat batas. Ruang yang kecil di balkoni mampu dimanfaatkan dengan menanam pokok cili, pokok serai, pokok pandan dan paling trendy sekarang ni orang ramai menanam pokok bayam brazil yang cukup mudah hidup.  Sepanjang PKP kita semua tak boleh keluar rumah dan ramai yang ambil kesempatan berkurung dengan bercucuk tanam hingga membuahkan hasil untuk sajian ahli keluarga dan mereka ini bukanlah mereka yang tinggal di rumah kampung tapi menginap di rumah teres dan yang mendiami rumah pangsa! Jadi ada kebaikan dan pengajaran di sebalik Covid-19 yang melanda bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.

17 Khasiat Pokok Pandan Terselit 1 Bahayanya Daun Pandan Yang Merungsingkan


Haa...kan dah panjang lebar bercerita pasal bercucuk tanam ni walhal nak cerita pasal tanaman kat belakang rumah kecil saya ni.  Alhamdulillahh walau menginap di rumah pangsa, saya masih mampu bercucuk tanam dan punya kawasan yang luas berkebun sebenarnya tapi saya dan suami bukan sejenis 'green hand' atau tangan sejuk.  Sebenarnya kalau apa yang penting adalah usaha, kerajinan dan kena tau tips untuk bercucuk tanam dan jenis tanaman dan cara penjagaan bukan menanam secara semborono saja.  Entah bila nak ada ilmu sebegitu tak tau la pulak..ermm.

Kalau di kampung en hubby, sekitar laman rumah penuh dengan pokok bunga antaranya pokok bunga orked di bahagiaan depan rumah dan pokok untuk kegunaan masakan di bahagian belakang antaranya pokok kari, pokok cili, serai dan macam-macam lagi.  Bila berkunjung ke rumah kami sewaktu menjaga saya dalam pantang, Allahyarhamah MiL turut membuang kebosanan dengan menanam pokok antaranya pokok pandan yang kini subur membiak.
Rata-rata rumah wajib ada pokok pandan kerana pokok pandan juga sejenis tanaman herba ni selain buat kegunaan luaran, ianya elok untuk diamalkan untuk kesihatan badan malah di e-bay harga yang ditawarkan tidak masuk akal langsung hingga anak saya pernah sarankan untuk berniaga daun pandan di e-bay.

17 Khasiat Pokok Pandan Terselit 1 Bahayanya Daun Pandan Yang Merungsingkan


Kenapa nenek moyang kita dulu wajib tanam pokok pandan di laman? Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya, rupanya pandan ini banyak khasiat kepada kesihatan selain ianya cukup cantik dijadikan pokok hiasan kalau dijaga dengan betul. Rupanya ada banyak jenis pokok pandan ni selain pokok pandan hiasan ada pokok pandan bukit, pokok pandan kuning, pokok pandan serani, pokok pandan cina dan banyak lagi tapi apa yang penting pokok pandan ni punya banyak khasiat dan manfaat kepada kesihatan kita antaranya:-

17 Khasiat Pokok Pandan Terselit 1 Bahayanya Daun Pandan Yang Merisaukan

Nak tahu apa yang merisaukan tu sila baca sampai habis atau lihat di no 12.

1. Kegunaan dalam masakan sebagai pewarna asli dengan mengisar daunnya untuk mendapatkan air pandan bagi membuat kuih seri muka, kuih bakar pandan, kuih ketayap. kuih talam dan daun pandan disimpul untuk digunakan dalam bubur lambuk, semua jenis bubur manis malah sedap untuk dijadikan minuman antaranya air pandan selasih yang menyegarkan.


2. Memberi kesegaran pada nasi agar tidak mudah basi - ambil sehelai daun pandan, disimpul dan dimasukkan ke dalam nasi yang ditanak, selain memberi aroma yang membuat kita lapar, penggunaan daun pandan dalam nasi dapat mengelakkan nasi dari cepat basi.


3. Melembutkan daging - masukkan daun pandan semasa memasak atau merebus daging dapat membantu melembutkan daging


4. Melicinkan kulit - kisar dan perah bagi mendapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.


5. Matikan kuman dalam darah - Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


6. Mengecutkan rahim - Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.


7.  Menurunkan tekanan darah tinggi - Rebus 3 gram daun pandan dengan menggunakan dua hingga tiga gelas air. Tunggu sampai air berkurang setengahnya dan diminum teh pandan setiap pagi dan setengah lagi di waktu malam. Pengambilan  teh pandan secara teratur dapat mencegah penyakit jantung seperti penyakit koronari jantung.


8. Mengatasi Diabetes - redakan paras diabetes dengan pengambilan daun pandan sebagai pemanis atau gula. Daun pandan akan membuat rasanya semakin segar dan sedap.


9. Mencegah dan Menghilangkan kelemumur - menurut Vegeta Fruit, daun pandan baik untuk kulit kepala dan rambut dengan menjadikan daun pandan sebagai pengganti syampu dengan cara menghaluskannya 10 helai daun pandan kering dengan air hingga berbentuk seperti pes. Setelah jadi, gunakan daun pandan yang sudah halus tadi ke bagian kepala dengan cara mengurut-urut di kulit kepala dan basuh hingga bersih. Ini juga mampu memberi nutrisi untuk rambut untuk sihat dan berbau harum


10. Meredakan Sakit Kepala - Daun pandan dapat bertindak sebagai penghilang rasa sakit kepala, sakit dada, dan radang sendi. Maka dari itu, kamu dapat merasakan manfaat daun pandan untuk kesehatan sebagai penghilang rasa nyeri.  Untuk menggunakan daun pandan untuk meredakan sakit, gunakan daun pandan sebagai teh dengan pengambilan teh pandan dua kali dalam sehari secara teratur.  Ianya juga dapat mengurangi kekejangan perut yang berhubungan dengan radang dan infeksi. Sedangkan untuk ibu melahirkan, teh pandan baik untuk membantu pemulihan setelah kelahiran.


11. Anti Kanser - menurut kajian, ekstrak daun pandan memiliki efek sitotoksik, antimiotik, antiproliferatif, dan apoptosis. Kandungan yang terdapat dalam daun pandan ini memiliki potensi untuk digunakan dalam terapi kanser.  Anda boleh mendapat manafaat dari daun pandan untuk kesihatan dengan menikmatinya sebagai minuman teh. Minum teh pandan secara teratur dua kali dalam sehari untuk menangkal efek racun dan menyah perkembangan kanser.

17 Khasiat Pokok Pandan Terselit 1 Bahayanya Daun Pandan Yang Merungsingkan

12. Meningkatkan Selera Makan - Menurunnya nafsu makan boleh mengakibatkan masalah kesihatan tubuh dan penyebab nafsu makan menurun salah satunya diakibatkan oleh deria bau yang bermasalah. Bagi meningkatkan nafsu makan, anda boleh cuba minum teh pandan. Bahan semulajadi ini diminum dua kali sehari untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh dan seterusnya meningkatkan nafsu makan.

Inilah 1 bahaya yang merungsingkan, mana taknya bila anda yang tiada masalah dengan selera makan akan bertambah nafsu makan maka akan bertambahlah kadar timbangan nanti kan...haha


13. Mengatasi Insomnia - Daun pandan mengandung senyawa alkaloid yang dapat memberikan efek menenangkan untuk tubuh. Kebaikan daun pandan baik untuk kesihatan yang mampu memberi efek tenang dan membuat anda lebih mudah tidur. Untuk mendapatkan manfaat daun pandan, rendam daun pandan dengan air panas, campurkan dengan satu sendok teh madu. Minum ketika ianya masih panas.


14. Meredakan Demam - Demam merupakan salah satu gejala yang menandakan tubuh sedang melawan infeksi. Seseorang yang sedang demam akan mengalami peningkatan suhu tubuh, yang membuat penderitanya menjadi tidak selesa. Untuk mengurangi demam, anda boleh menggunakan daun pandan. Cara penggunaannya dengan merebus daun pandan dan meminum air rebusannya. Setelah itu, kepanasan tubuh akan turun secara perlahan.

15. Meningkatkan kecergasan - Daun pandan juga bermanfaat untuk menjaga tubuh agar selalu cergas dan bertenaga sepanjang hari. Untuk merasakan manafaat daun pandan, anda boleh amalkan minum air rebusan daun pandan.

Cara membuatnya, cukup rebus hingga mendidih lima helai daun pandan ke dalam tiga gelas air. Setelah mendidih, angkat dan tunggu hingga sejuk/suam.Tambahkan air lemon dan diminum setiap dua hari sekali.


16. Menghilangkan Lenguh-lenguh badan - Badan akan terasa lenguh selepas seharian melakukan aktiviti kerja rumah mahupun aktiviti bersukan, jadi bagi meredakan rasa lenguh, anda boleh  manfaat daun pandan untuk kesihatan.

Ambil 5 helai daun pandan dan 20 batang daun serai. Kemudian cuci bersih kedua bahan tersebut dan kisar keduanya. Setelah halus, tambahkan 1 senduk minyak kayu putih dan gaul hingga rata dan sebati. Sapukan minyak dan racikan halus tu bahagian tubuh yang terasa lenguh dengan cara menggosokkannya.


17. Pewangi semulajadi - simpul atau hiris daun pandan, masukkan ke dalam uncang kecil atau letkakn di dalam bekas kecil, letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk memberikan wangian atau  sebagai penghalau lipas semulajadi.


Daun pandan memilik aroma yang cukup istimewa dan juga mengandungi kandungan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Daun pandan mengandungi berbagai jenis senyawa seperti polifenol, flavonoid, glikosida, saponin, hingga alkaloid. Jadi, tidak hairan apa yang terdapat dalam daun pandan dapat kita manafaatkan untuk kesihatan kita malah harganya cukup murah dan mudah didapati atau tanam sendiri.

Post a Comment

14 Comments

  1. Ek baca tak jumpa apa yang bahaya daun pandan.
    Apabila PKP, orang jadi kreatif. Rupanya boleh tanam pokok pandan di rumah pangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no 12 tu bahaya bagi org mcm sya yg sentiasa berselera makan hehee

      Delete
  2. Betul tu, lebih2 lagi kalau buat ayam goreng pandan, baru bau dah lapar hehe

    ReplyDelete
  3. hahahah bila dah masak nasi lemak tu kan boh daun pandan kak, konon tak nak makan tapi bau lemak harum dia tu macam memanggil2 untuk kita makan dan tambah lagi....

    ReplyDelete
  4. Baru tahu daun pandan salah satu cara boleh melembutkan daging dengan cepat ya kak.Terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  5. kalau rumah kampung meesti wajib ada daun pandan ni, saya pun tak pernah beli, nak guna petik je kat belakang rumah..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  6. yang ni dipanggil pokok pandan wangi
    memang banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wangi wak...sebab tu saya suka kerat dan letak dalam bilik..

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!