Anzo Memperolehi Kontrak RM1.3 Bilion Pembekalan Tembaga Ke Korea Selatan | Anzo Holdings Bhd berjaya memperolehi kontrak bernilai RM1.3 bilion bagi membekalkan tembaga millberry kepada sebuah kumpulan pembuatan besi di Korea Selatan untuk jangkamasa 40 bulan bermula 1 Julai.
Datuk Eddie Chai Woon Chet, Pengarah Urusan Dan Pemegang Saham utama Anzo Holdings Bhd yang berusaha keras mencari peluang perniagaan baru untuk syarikat |
Syarikat tersebut telah pun menandatangani perjanjian dengan CSTME Resources Sdn Bhd, pembekal tempatan di dalam majlis yang tertutup disini. CSTME merupakan pengimport utama dan pengeksport bahan bukan keluli di Malaysia yang mempunyai kepakaran terutamanya produk tembaga. Bahan yang diperolehi akan diurai, dicincang, diasingkan serta digred di sebuah kilang di Selangor sebelum bahan tersebut dikumpul dan dihantar kepada pembeli.
Dalam satu kenyataan, Anzo memberitahu, CSTME akan membekal produk tembaga sebanyak 1,420 ton metrik bernilai RM23,000 ke syarikat berasaskan keluli Korea Selatan pada setiap bulan. Syarikat besit tersebut akan membeli tembaga dan kemudian mencairkan tembaga tersebut menjadi kepingan tembaga dan produk tembaga yang lain bagi kegunaan perindustrian dan pembinaan elektrik.
Urusniaga sekuriti Anzo digantung pada jam 4.22 petang semalam atas permintaan dari pihak syarikat namun tiada sebarang pengumuman telah dibuat dan urusniaga perdagangang berakhir meningkat kepada 15 sen dan sehingga hari ni tiada urusniaga diperdagangkan.
Dengan adanya kontrak berjumlah RM 1.3 bilion tersebut, Anzo di jangka dapat mengembalikan keuntungan pada tahun ini dan kembali diperdagangkan di Bursa Malaysia.
Anzo yang aktif mencari peluang perniagaan baru sejak dua tahun lalu bagi mempelbagaikan aliran kewangan selepas dilaporkan mengalami kerugian berikutan keadaan ekonomi dan sewaktu pemfailan dengan Bursa Malaysia, Anzo menyatakan pihaknya sedang menyemak semula pelan perniagaan bagi mengurangkan sebarang potensi yang negatif timbul dari Covid-19.
Syarikat tersebut memperolehi keuntungan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020 yang mana jumlah tersebut melebihi enam kali ganda berbanding jangka waktu yang sama bagi tahun sebelumnya. Sejajar dengan keadaan operasi yang bertambah baik, kumpulan ini hanya mengalami kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada tahun sebelumnya.
Bagi tahun terkini, hasil dan keuntungan kasar meningkat masing-masing kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta dan kerugian sebelum cukai syarikat berkurangan hampir separuh dari RM2.7 juta pada tahun 2019 kepada RM1.39 juta pada tahun 2020 dan Anzo dijangka memperolehi pendapatan yang lebih baik pada suku keempat yang akan berakhir pada 31 July 2020.
1 Comments
Tahniah Azno. Semoga dpt kembali ke Bursa Saham dan terus berjaya.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!