Resepi Kerabu Timun Lemak Bersantan Sedap Dan Mudah

Resepi Kerabu Timun Lemak Bersantan Sedap Dan Mudah | Dah lama tak buat kerabu timun walau di kepala ni berputar pelbagai kerabu menggunakan timun, sesekali nak buat jelatah, sesekali nak buat acar timun dengan ikan tapi timun tak ada dalam stok jadinya hilang impian tu.

Seperti kebiasaan hari Sabtu memang hari ke pasar basah jadi dah siap semat di kepala yang saya perlu beli timun tapi sampai kat rumah dok fikir nak buat kerabu apa, bila teringat ada santan terus terfikir nak buat kerabu timun bersantan dengan versi yang berbeza sikit. Kalau orang utara, kerabu seperti ni memang satu kebiasaan dan bagi saya dan adik beradik kerabu ni satu kegilaan sebab kami suka gila hehe

Resepi Kerabu Timun Lemak Bersantan Sedap Dan Mudah

Resepi Kerabu timun bersantan ni saya ambil dari resepi bonda tapi bonda saya menggunakan udang kering tapi kali ini saya tukar menggunakan ikan kembung goreng atau boleh letak ikan kembung rebus pun sedap juga.


Bahan-bahan:-
3 batang timun, diparut memanjang
1 biji limau nipis, diambil jusnya
1 labu bawang besar, dihiris nipis
sedikit garam
1 mangkuk santan


Bahan tumbuk:-
1 atau 2 ekor ikan kembung goreng, dibuang tulang
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
½ sudu lada hitam



Cara penyediaan:-
  • Tumbuk cili kering hingga lumat, masukkan lada hitam, bawang merah, bawang putih dan ikan goreng yang telah dibuang tulang dan ditumbuk
  • Timun dibersihkan, dibuang kulit dan diparut memanjang dan kemudian dicampurkan dengan bahan yang ditumbuk, digaul hingga rata.
  • Masukkan santan, garam dan sedikit gula dan digaul hingga sebati. Siap!


Nak cuba kerabu bersantan yang lain,

Resepi Kerabu Timun Bersantan

Resepi Kerabu Pegaga Bersantan Dengan Udang

Post a Comment

4 Comments

  1. sedap ni Fuzy tukar2 selera kan :)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba kerabu timun. Nampak sedap. Boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jumpa pulak kerabu santan ni kak. Baru ni bagi sha. Boleh pass kat mak mintak mak buatkan hihi

    ReplyDelete
  4. makan kerabuuuu dengan nasi panas ada ikan masin sikit pergh.. !!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!