Sajian Dee Nasi Ayam Pandan Indah Dengan Variasi Cukup Menepati Selera

Sajian Dee Nasi Ayam Pandan Indah Dengan Variasi Cukup Menepati Selera  | Lebih tiga bulan semua rakyat Malaysia terperap di rumah akibat Covid19 dan akhirnya buat pertama kali kami sekeluarga keluar untuk makan di luar dan seperti permintaan cik applepie, kami ke Dee Nasi Ayam di Pandan Indah.  Ya memang jauh dari rumah dan memang kena tempuh kesesakan jalan tapi di sinilah nasi ayam yang menambat selera en hubby dan anak-anak.

Di Dee Nasi Ayam ni bukan setakat nasi ayam Hainan dengan sos cili nasi ayam yang cukup sedap tapi pengunjung boleh juga mencuba keenakan Nasi Ayam Kambing Bakar, Nasi Ayam Daging Bakar, Nasi Ayam Sambal Hijau, Nasi Ayam Crispy Lemon, Nasi Ayam Chicken Chop, Nasi Ayam Ayam Percik dan  banyak lagi sajian yang mungkin menepati selera sendiri. Kalau makan nasi ayam ni paling penting sambalnya dan sememangnya sambal nasi ayam di Dee Nasi Ayam ni cukup menepati selera kami sekeluarga.  

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah
Kali ni saya memesan Nasi Ayam Dengan Ayam berempah yang cukup sedap terasa rempahnya dan saya memang penggemar ayam berempah jadi tanpa sos nasi ayam pun rasa ayam ni sudah cukup sedap.  Sebelum nasi ayam sampai, anda boleh ambil sup kaki ayam yang sangat berbeza dari kedai biasa secara percuma, bukan semangkuk tapi bermangkuk-mangkuk anda boleh makan dengan cukup rasa, pedas sedikit masam dan sangat sesuai kalau tengah selesema tu anda nikmati sup kaki ayam ni.

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah
Nasi ayam roasted pilihan anak-anak ni bila dah ada depan mata memang tak angkat kepala tengok kiri kanan dah. Rasa ayam tu cukup juicy dan sambal nasi ayam ni memang sedap tak seperti sambal nasi ayam yang menggunakan cili kering.

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah
Nasi Ayam Hainan menjadi pilihan Ayong dan Cik Meya dan en hubby pulak bertukar selera dengan memesan nasi ayam percik kalau tak silap.

Kalau makan nasi ayam ni harus ada sajian sampingan iaitu taugeh goreng ni dan banyak lagi menu sampingan antaranya kerabu mangga yang cukup sesuai digandingkan dengan nasi ayam

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah

Sajian Dee Nasi Ayam Pandan Indah Dengan Variasi Cukup Menepati Selera 

Sup Kaki Ayam yang cukup istimewa yang tak harus dilepaskan kalau menjamu selera kat sini. Memang unik selain berwarna merah (bercili) dan kaki ayam yang dimasak tu memang serius lembut, masuk mulut dan boleh terlucut segala tulang tanpa guna tangan pun dengan rasa yang serba cukup buat kami bungkus untuk makan kat rumah! Cuma mungkin ada yang kurang suka sebab hanya bahagian kuku ayam yang dibuang dan selebihnya kekal.

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah
Memang tak sah kalau lepas makan Pok Nik pasti merakam gambar kami sekeluarga tapi kali ni korum tak cukup sebab KY dah awal lagi keluar dan Angah Ammar pulak kena gerak awal sebab nak ke bengkel motor

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah
Nik Ramzi atau mesra dipanggil Pok Nik ni dulunya seorang penerbit di TV3 memang tak perlu diperkenalkan lagi dan di Dee Nasi Ayam ni dia adalah rakan kongsi dan merupakan share holder Dee Nasi Ayam.  Taukeh nasi ayam Dee yang mengambil peluang meniaga durian dan en hubby pun tak lepas peluang la beli durian D24 tu dan sempat lagi bergambar dengan pelakon tersohor Sabri Yunus yang merupakan shareholder Dee Nasi Ayam.

Kalau ada yang berminat untuk menjadi share holder, boleh email kepada fuzy.werk@gmail.com. 

Dan tak lama lagi Frozen Mart akan dibuka didalam kawasan yang sama dengan kedai Dee Nasi Ayam ni
Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah

Di pintu masuk kedai ni pengunjung boleh membaca sejarah pendek Dee Nasi Ayam yang bermula di Taman Nirwana Ampang dan kini beroperasi di Jalan Pandan Indah 3/3a, 55100 Kuala Lumpur.

Nasi Ayam Sedap Pilihan Keluarga di Dee Nasi Ayam Pandan Indah

Kalau malas nak ke kedai Dee Nasi Ayam ni boleh pesan atas talian melalui GrabFood atau Food Panda tanpa perlu melalui kesesakan jalan dan kesukaran mencari tempat meletak kereta.


Post a Comment

11 Comments

  1. Fuhh sedapnye tengok menu..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa tengok nasi ayam tuu. terliur rase.huhu

    ReplyDelete
  3. menariknya kak... teringin la mencuba kot lah jln-jalan ke sana... geram nengok air hijau tu kak... sedap nya dapat minum waktu panas gini

    ReplyDelete
  4. kami kalau ada kedai nasi ayam favourite memang duk ulang kedai tu je la.. teringat2 kesedapan dia

    ReplyDelete
  5. Sup kaki ayam pun menarik sungguh la kak.

    ReplyDelete
  6. selera tgk nasi ayam tu.. teringat nasi ayam yang dekat sri rampai tu dah tutup pula... nak pergi ni jauh ni..

    ReplyDelete
  7. Kalau cover sampai selayang, lama dah ana cuba kak. Menu2 dia semua mengiurkan.

    ReplyDelete
  8. kalau jadi pilihan sekeluarga tu mm maksudnya sedap la tu..
    hehehe.. sup kaki ayam lama x makan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!