Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi | Baru-baru ni saya berkesempatan merasai sajian di Tiki Weekend Hi Tea di Restoran Kontiki yang terletak di Hotel Federal Kuala Lumpur yang telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2020. Umum cukup mengetahui banyak sektor perniagaan terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda bukan hanya di Malaysia tapi di seluruh dunia. Antara sektor perniagaan yang terjejas teruk adalah perhotelan dan hingga kini Hotel Federal Kuala Lumpur masih belum beroperasi untuk menerima tetamu menginap namun pelanggan tetap Restoran Kontiki tidak perlu gusar kerana ianya kini dibuka dengan mengikuti SOP yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi |
Adalah difahamkan menu untuk Hi Tea di Restoran Kontiki ini akan bertukar mengikut pusingan dengan 5 jenis sajian dan setiap sajian akan menghidangkan 100 jenis pilihan makanan untuk para pengunjung.
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi |
Lokasi Restoran Kontiki ini terletak bersebelahan kolam renang sememannya cukup menarik buat para pengunjung menikmati hidangan Hi-Tea dengan ahli keluarga atau sahabat dengan penuh rasa tenang dan santai.
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi |
Saya sangat mengesyorkan anda merasai hidangan kaki kambing panggang dengan sos Mustard Dijon atau Mustard Cream Sauce yang cukup lazat dengan rasa daging yang empuk. Selain dari tu jangan lupa untuk merasai satay yang cukup lengkap dengan bahan sampingan seperti timun, bawang merah dan nasi impit dengan kuah kacang yang sedap.
Bagi peminat makanan laut, Seafood on ice dengan Kupang NZ dan Udang Harimau beserta sos ni tak seharusnya dilepaskan. Sememangnya hidangan bufet di Restoran Kontiki ini cukup mewah dan lazat.
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi |
Buat mereka yang Vegetarian, terdapat sajian yang menyajikan pilihan vegan antaranya chick Peas with Potato, Vegetarian Dumpling with Capsicum dan Vegetable Ratatouille. Bagi peminat roti pula terdapat pelbagai roti disajikan antaranya roti buku. mini croissant, sandwich, soft roll dan sup krim sayuran.
Sebagai penutup, pastikan anda merasai pemanis mulut yang disajikan antaranya tat mini, pelbagai pastri French, Strawberry Terrine, Agar-agar berperisa, Mango Mouse, Puding Roti atau Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi
Restoran Kontiki ni terletak bersebelahan kolam renang sememangnya menjadi tarikan bila para pengunjung dapat menikmati makanan bersama kawan atau ahli keluarga dengan penuh santai dan selesa.
Tiki weekend Hi Tea
Sabtu & Ahad
12:30 tengahhari hingga 4 petang
RM86 nett / dewasa
RM43 nett / warga emas
RM33 net / kanak-kanak
Buat pengetahuan ramai, Tiki Yam Lay Sek A La Carte Buffet telah kembali dengan 38 jenis sajian dari appetizers, hidangan utama hingga ke pemanis mulut. Ianya boleh didapati pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali pada cuti am) bermula jam 12 tengahhari hingga 2:30 petang dan 6:30 petang hingga 9:30 malam dengan harga RM60 seorang.
Bagi yang berminat untuk menikmati Hi-Tea, boleh menghubungi +603-214 89166 ext 2239 atau Whatsapp ke 6012-3169279 atau 6012 377 5051untuk tempaham tempat duduk atau anda boleh mendapatkan sajian di Restoran Kontiki melalui tempah dan ambil, Pandu Lalu dan Penghantaran terus ke rumah.
KONTIKI Restaurant
The Federal Hotel Kuala Lumpur
No 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166
Email: fnb@federal.com.my
Website: www.fhihotels.com/federal
Facebook: www.facebook.com/kontiki.federalkl
Instagram: www.instagram.com/kontiki.federalkl
6 Comments
Wahh sedapnyaaa
ReplyDeleteAduh makanan dia menyelerakan. Boleh cuba ni kalau datang KL nanti
ReplyDeleteSudah lama rasanya tidak bersantap di Restoran Kontiki ini. Memang bahagia bilamana dapat menikmati juadah di sini.. Hee..
ReplyDeleteMakanan yang dihidangkan memang jarang dapat buat sendiri.
ReplyDeletesedapnya semua menu tu kak oi... rambang mata nk pilih
ReplyDeletemasa opening 15hb, saya & family makan malam kat sini sambut bday mak mertua. mmg x de orang lain..kitaorang je. benornya tak tahu pun tak ada org, masa sampai tengok kosong restoran..so feeling2 fully reserved gitu. haha..sedap2 menu ala carte buffet dia masa kitaorang makan kat sini haritu..paling suka butter prawn.2x order.hehe..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!