Bila sebut apam, pasti kita ingat kuih yang gebu di bakar atau di kukus dengan adunan samada menggunakan tepung gandum atau tepung beras. Kuih apam boleh dimakan egitu saja atau diletakkan kelapa parut, apam balik atau dibuat apam berkuah dengan pelbagai bentuk, rupa dan rasa. Selain apam yang sering kita masak atau dibeli di gerai kuih, terdapat beerapa jenis apam yang boleh kita dapati di sesetengah kedai-kedai ataupun di negeri lain dalam Malaysia
Jenis-Jenis Apam
Apam manis
Di Malaysia, apam jenis ini banyak didapati di restoran India ataupun India Muslim. Dimasak didalam kuali kecil, agar mempunyai bentuk yang bulat dan ia dibuat dari tepung beras yang ditapaikan. Bahan-bahan lain yang dimasukkan ialah garam dan gula. Setelah disimpan lama (dalam beberapa jam), ia boleh digoreng dengan sedikit minyak. Di selatan-tengah Kerala, ia dihidang dengan kari kambing kacang kuda atau sayur renih atau sambal telur rebus.
Apam balik
Apam balik kecil berkulit nipis dan garing atau apam balik berkulit tebal dikenali sebagai apam balik atau apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Di Indonesia, apam balik lebih dikenali sebagai kuih Terang bulan atau Murtabak manis.
Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.
Apam berkuah
Apam berkuah merupakan sejenis kuih tradisi Melayu Nusantara, yang dimakan dinegeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, yang sesuai dimakan pada waktu petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam. Apam berkuah biasanya dimakan dengan mencicahnya kedalam kuah khas yang berempah. Antara bahan untuk membuat kuah dari pelbagai ikan jenis seperti selayang, kembung, sardin atau tuna; dicampur dengan santan, gula, rempah dan lada hitam.
10 Resepi Apam Sedap Dibuat Di Rumah
1. Apam Kukus Puteri Ayu
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil ovelatte
1 sudu teh kecil baking powder
200ml (1 cawan) santan
1 sudu kecil esen pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
kelapa parut putih
garam
Cara membuatnya:
- Kelapa parut (putih) dicampurkan sedikit garam, sedikit tepung gandum, digaul sebati dan dikukus dalam 5 minit. Jangan menggunakan tangan sewaktu menggaul kelapa.. Buka penutup dan biarkan ia sejuk.
- Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan diayak
- Pukul telur, gula, ovalate dan esen pandan sehingga jadi kembang dan bertukar putih.
- Masukkan santan berselang seli dengan tepung hingga habis dan masukkan pewarna hijau. Kacau sehingga sebati.
- Oleskan minyak pada acuan dan masukkan kelapa sedikit ke dalam acuan, tekan hingga mampat hingga ke dasar acuan. Dalam waktu yang sama panaskan pengukus.
- Tuangkan adunan tepung kedalam acuan hingga paras acuan dan dikukus dalam pengkukus dalam 10 - 15 minit. Ulang hingga habis bahan adunan.
- Tunggu acuan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan kuih apam puteri ayu anda yang gebu tu
2. Apam Kampung
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 cawan air panas
3 cawan tepung gandum
1 peket mauripan (yis)
1/2 biji kelapa parut putih
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Tepung gandum diayak dan masukkan yis. Kacau buat sebati dan biar ketepikan.
2. Campurkan gula merah dengan air panas. Kacau hingga larut. Tapiskan.
3. Masukkan air gulabyang masih suam ke dalam campuran tepung gandum dan yis tadi. Kacau hingga sebati dan rata.
4. Tutup dan biarkan adunan naik kembang dengan saiz 2 kali ganda dari asal. Sementara itu didihkan pengukus.
5. Guna loyang saiz 8”x 8”, di sapu dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan
3. Apam Johol
Apam Johol diambil kerana ianya berasal dari Johol, istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai, menyelerakan dan aromanya kekal harum. Kalau di Negeri Sembilan, ia dimakan atau dicicah dengan rendang atau sambal tumis.
Bahan-bahan
300gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin
100gm gula merah
1 1/2 cawan air
2 sudu besar gula pasir
1/2 bungkus mauripan
Daun rambai secukupnya
Cara membuatnya :
- Satukan marjerin dengan tepung, gaul hingga sebati. Masukkan mauripan dan gula pasir ke dalam tepung.
- Larutkan gula melaka dengan 1 1/2 cawan air, tapiskan dan di tuangkan kedalam adunan sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan adunan tidak terlalu cair.
- Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda / perap atau sehingga 3 jam
- Bersihkan dan lap daun rambai, dipotong serta daun rambai dioles minyak sedikit sebelum diletakkan adunan.
- Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.
- Kukus kuih selama 15 minit atau sehingga masak.
Baca : Resepi donut mudah dan gebu
4. Apom Lenggang
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
Bahan untuk kisar halus:
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Cara membuatnya:
- Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
- Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
- Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
- Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
- Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.
Tip:
Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalama, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.
kredit : chenom
5. Apam Kampung Bersarang
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir, tambah gula suka manis
Secubit garam
2 helai daun pandan
Sepeket yis Mauripan 11 gram
2 cawan air.
Kelapa parut
Cara membuatnya
- Masak gula merah dengan gula pasir dan garam dengan 2 cawan air, kacau hingga larut.
- Masukkan 2 helai daun pandan. Sejukkan.
- Masukkan tepung bersama yis, gaul rata kemudian masukkan air gula yang telah sejuk, gaul hingga sebati. Perap I jam (kalau inginkan lebih bersarang, perap lebih lama dalam 2-3 jam) di dalam loyang atau bekas plastik yang dileser minyak.
- Panaskan pengukus 15 minit sebelum mengukus. Apabila apam dah mengembang, kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
- Potong bila dah sejuk, dan digaul dgn kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Nota :
Sekiranya adunan tidak naik berkemungkinan yis rosak atau kurang air. Yis tidak boleh mengembang sea kurang air. Cuba tambahkan air sedikit demi sedikit. Insyaallah kalau yis tidak rosak, adunan akan mula mengembang.
Kredit : NiezaRosez #mahn
6. Apam Beras Eno
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
11/4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
1 paket kecil eno
Cara-caranya:
- Blend nasi dan air hingga hancur. Tambahkan gula, tepung beras dan yis. Blend sekali lagi hingga sebati.
- Perapkan adunan tadi 4-5 jam.
- Tambahkan pewarna jika suka, kacau perlahan.
- Tambahkan eno dan gaul sebati secara perlahan-lahan.
- Masukkan dalam acuan kuih lompang yg telah di sapu sedikit minyak dan kukus selama lebih kurang 15 minit dengan api kuat.
kredit : yatiememories
7. Apam Gula Hangus Sukatan Cawan
kredit gambar Google |
Bahan-bahan
1½ cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar mentega/majerin
2 biji telur saiz sederhana
1 sudu kecil esen vanila
2 ½ sudu besar susu pekat
Cara membuatnya:
- Leserkan sedikit minyak pada acuan dan letakkan tepi.
- Ayak tepung gandum bersama baking soda dalam bekas dan letak tepi
- Masukkan gula pasir dalam kuali, panaskan gula hingga keperangan dan di kacau hingga gula larut dan masukkan air panas perlahan-lahan. Biarkan gula larut dan sejuk.
- Satukan minyak jagung, majerin, telur, esen vanila, dan susu pekat ke dalam pengisar. Kisar sehingga kembang dan nampak putih (dalam kurang 1 minit). Masukkan sedikit garam (jika menggunakan mentega tanpa garam).
- Masukkan bahan yang telah di ayak dan sirap gula hangus yang telah sejuk (pastikan gula hangus ini betul-betul sejuk). Gaul sehingga sebati
- Biarkan adunan rehat selama 30 minit - 1 jam. Tutup penapis supaya tidak dimasuki habuk dsbnya
- Tuangkan adunan ke dalam acuan.
- Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit
Tips
- Gunakan kuali yang tebal atau guna api sederhana untuk mengelakkan gula daripada hangus.
- Kacau gula dengan hujung senduk atau guna chopstick untuk mengelakkan gula daripada melekat dan menjadi keras.
- Pastikan adunan tidak dituang penuh ke dalam acuan agar tidak kembang keluar semasa di kukus.
- Guna kain penutup tudung pengukus bagi mengelakkan wap air menitis ke dalam adunan sekiranyanya menggunakan periuk pengukus.
8. Resepi Apam Nasi
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu yis - mauripan
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara membuatnya:
- Blend nasi dengan air hingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.
- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
- Masukkan nasi yang diblend tadi ke dalam bekas tepung. Kacau hingga sebati. Perap selama 3 jam atau dah naik.
- Didihkan air dalam pengukus.
- Sapukan minyak pada acuan dan masukkan adunan. Kukus selama 15 minit.
- Angkat dan hidang bersama kelapa parut
Kredit:. Nurzahidah abd Razak
9. Apam Mekar
gambar kredit Google |
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu makan ovalet
1 cawan ice cream soda
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(ayak dua bahan ini)
Cara membuatnya:
- Putar telur, gula dan ovalet hingga betul-betul kembang dan kental. Masuk air ice cream soda. Putar perlahan bagi sebati. Kemudian, baru masukkan tepung yang telah diayak tadi sikit-sikit sambil diputar perlahan. Bila dah sebati, matikan mixer, adunan siap.
- Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang dikehendaki. Seterusnya, sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan kuih lompang atau apa-apa acuan yang sama saiz dengan papercup yang digunakan.
- Isikan adunan ke dalam papercup. Boleh masukkan adunan yang berwarna putih dahulu, kemudian baru letakkan adunan warna merah dan adunan hijau. Pastikan adunan memenuhi papercup.
- Panaskan kukusan. Kukus 5 minit sahaja dengan api besar. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih untuk dapatkan apam jadi mekar.
kredit resepi Ci Yuk Muaayat
10. Apam Pisang Gebu
Bahan-bahan :
1 biji telur A
4 - 5 biji pisang awak/berangan/emas, dilenyek
½ cawan gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen pisang (optional)
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu soda bikabonat
½ minyak jagung/minyak masak
Cara membuatnya:
- Satukan telur, gula, esen pisang dan garam, pukul dengan whisk sehingga adunan jadi sebati.
- Lenyek pisang dan kemudian masukan dalam adunan dan pukul hingga sebati.
- Ayak tepung dengan soda, kacau hingga sebati dan masukkan minyak. Kacau hingga sehingga semuanya sebati.
- Sendukkan adunan ke dalam acuan lompang dan hiaskan dengan hirisan pisang (jika suka)
- Kukus dengan api yang sederhana kuat selama 15 minit.
- Angat pengukus, biarkan ia sejuk sebelum diangkat dan dihidangkan.
2 Comments
sodapnya apam,,,tapi tu lah kalo rajin buat, x berapa rajin beli :D
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!