Peluang Rentas Negeri Ke Johor Dan Raikan Aidil Adha 2020 Di Johor | Dah lama terperam kisah sambutan Aidil Adha kami pertama kali di Johor yang serba serbi kali pertama antaranya kali pertama tidak beraya di Kedah, pertama kali beraya di Johor dan pertama kali bercuti jauh sejak PKP. Memang dalam sejarah! Kami ke Johor pun sebab anak abang ipar yang bongsu tu nak bertunang, memandangkan abang ipar tidak menjemput ahli keluarga yang lain yang jauh dan bagi saya dan the girls okay la kita bertukar angin kan. Seperti biasa 2 hero bujang tu jaga rumah dan boleh tengok-tengokkan Tok Mak diaorang kan.
Kami bertolak selepas solat subuh untuk letakkan kesesakan jalan dan singgah untuk breakfast kat R&R sebelum sambung perjalananan. Sepanjang jalan tu dok update dan tuan rumah suruh cepat untuk lunch kat rumah dia.
Pertama kali dalam sejarah sejak berkahwin dah masuk 28 tahun tak pernah kami beraya di tempat lain melainkan di Kedah dan Kuala Lumpur tapi kali ni kami beraya di selatan tanahair nun jauh di Skudai sebab menghadiri pertunangan anak bongsu abang ipar.
Jadinya beberapa hari sebelum bertolak ke Johor, bahan untuk ketupat palas pun dah siap dan sempat juga hantar pada bonda termasuk rendang daging juga untuk ditinggalkan buat kedua hero yang akan beraya di KL saja.
Petang raya tiada aktiviti khusus sebab tugas memasak ni diambil oleh menantu sulung abang ipar yang cukup cekap dan cepat yang menyediakan lauk pauk untuk makan tengahhari dan malam. Saya hanya mengambil tugasan membuat gulai daging utara untuk dimakan bersama ketupat palas dengan dibantu oleh D dan the girls membantu menghias dan men'touch up' barangan hantaran yang cukup simple.
Baca kisah cuti kami di Johor serta ke Forest City kat SINI
Untungnya rumah besar ni bila bersolat raya tak risau muat atau tidak ahli keluarga dan ni kali kedua kami bersolat raya tanpa ke masjid atau surau. Memang cukup indah dan tak renyah terutama buat kaum wanita, tak perlu tergesa-gesa bersiap untuk ke Masjid dan balik pun nak laju saja untuk kembali ke dapur.
Seperti perancangan pihak lelaki datang selepas Maghrib rasanya ada dalam 50 orang kot maklumlah ada yang pertama kali ke Johor dan mereka dari keluarga yang cukup besar. Cukup simple dengan acara sarung cincin dan terus letak belanja..ehh pihak lelaki terus bagi jumlah untuk belanja. Ok, nanti bila selesai majlis pernikahan boleh la saya kongsikan kalau ada kesempatan.
Esoknya saya tanya en suami bila nak balik dan ajak dia balik awal kalau tiada apa-apa yang diperlukan sebab boleh rehat panjang sikit dan memang ikut perancangan kami akan stay untuk 3 malam tapi dipendekkan penginapan sebab nak mengajak D jalan-jalan sebelum terus balik KL. Dalam fikiran, nak singgah Tanjung Piai walau dah 3 kali ke sana tapi tetap rasa nak pergi lagi lebih-lebih lagi ternampak ada blogger up story pasal Tg Piai dan lagi pulak gambar-gambar kat situ entah mana perginya. Hasrat nak ke Tanjung Piai tak kesampaian sebab D cakap we have to choose either Puteri Harbor atau Tanjung Piai tapi misi Kak Yang nak ke JPO so memang a BIG NO la ke Tanjung Piai. Ok next time dan mungkin sebelum hujung tahun ni boleh la kot singgah kan.
Next saya sambung cerita jalan-jalan kami sebelum sampai KL, InsyaAllah dan video raya dan majlis pertunangan pun tak tahu bila boleh siap.
Baca pengalaman saya ke Johor atas urusan kerja blogger kat SINI
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!