Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 1 Hingga Ep 15 | Lama tak tonton si manis Zara Zya berlakon begitu juga Aqasha dan kini drama lakonan Zara Zya sebelum dia bertudung bertajuk Beri Sedikit Waktu digandingkan dengan Aqasha di slot Samarinda TV3 menggantikan drama Hati Yang Tersakiti yang buat ramai sakit hati kan. Drama Beri Sedikit Waktu ini telah bersiaran sejak 16 November 2020,setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam jadi kalau sesiapa yang tak sempat tengok tu boleh tonton di pautan di bawah ya yang akan dikemaskini dari episod 1 hingga episod 15. Selamat menonton.
Barisan Pelakon / Watak :
Aqasha (Imran), Zara Zya (Hananiah/Niya), Shahz Jaszle (Farhan), Farisha Irwayu (Sofia), Atikah Suhaime (Haryani), Shyrim, Laila Nasir (Faridah), Zetty Ludinsys (Nora), Puteri Lofea (Myra), Rayyan Nur Iman (Lukman), Man Raja Lawak (Nasir), Ain Sufia (Elley), Ummar Dzariff (Imran), Aryana Amani (Sofea )
Idea Asal : Insheera Nordin | Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin | Pengarah : Zamri Zakaria |
LAGU TEMA / OST
Azmi Saat - Tulus
Neeta - Hanya Mimpi
Zara Zya - Tiada Dendam
Adira Suhaimi - Lara Lagi
Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu
Mengisahkan Farhan telah menceraikan Hananiah dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.
Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang telah berusia 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).
Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.
Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia, kakak kepada Imran. Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.
Imran, pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.
Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.
Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut.
Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 1 Hingga Ep 15
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 1
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 2
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 3
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 4
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 5
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 6
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 7
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 8
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 9
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 10
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 11
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 12
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 13
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 14
Drama Beri Sedikit Waktu Tonton Ep 15
Pemberitahuan:
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuka link video untuk tonton online Drama Beri sedikit Waktu, boleh terus ke youtube channel dan beberapa link yang anda boleh dapati secara online atau jugak dalam grup Telegram.
2 Comments
thank you sharing links :)
ReplyDeleteBelum sempat nak tgk drama ni, nanti marathon terus
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!