Kawal Paras Glukosa Dalam Darah Dengan Program Be In Control In 4 Weeks With Glucerna

Kawal Paras Glukosa Dalam Darah Dengan Program Be In Control In 4 Weeks With GlucernaUmum mengetahui penyakit diabetes merupakan antara penyakit yang dihidapi oleh sebilangan rakyat Malaysia tapi yang kita tidak tahu epidemik diabetes telah semakin parah dan telah menjejaskan 3.9 juta dewasa di Malaysia. Trend penyakit ini telah meningkat, dengan mereka yang didiagnos menghadapi kesukaran dalam menguruskan dan mengawal paras glukosa dalam darah.

Bagi mendalami cabaran yang dihadapi pesakit diabetes, pihak Abbott telah membuat satu tinjauan bagi mencari penyelesaian untuk memperkasakan pesakit dan didapati 96% dari 158 responden mengalami Kelesuan Diabetes, di mana keadaan mereka berasa lesu dari segi emosi atau fizikal disebabkan perasaan kecewa dan tidak berupaya akibat beban pengurusan diabetes yang dihidapi. 

Kelesuan Diabetes di kalangan penghidap diabetes didapati menyumbang kepada kadar kepatuhan yang rendah, penjagaan kesihatan diri yang berkurangan dan kawalan paras glukosa yang lemah. Lebih daripada tiga suku responden menyatakan bahawa mengekalkan berat badan sihat dan mengikuti diet sihat adalah dua punca tekanan yang utama. Dua aspek teratas dari segi pengurusan diet yang menyebabkan tekanan adalah mengikuti diet yang sesuai untuk penghidap diabetes (72%) dan perlu mengira kalori atau karbohidrat setiap hari (73%).

iamfuzy.com
 Kawal Paras Glukosa Dalam Darah Dengan Program Be In Control In 4 Weeks With Glucerna 


Bonda Sertai Program Be In Control In 4 Weeks With Glucerna®

Bonda saya merupakan pesakit Diabetes jenis 2, jadi bila seorang sahabat mengesyorkan tentang adanya program Be In Control With Glucerna ni, saya terus masukkan bonda untuk turut serta.

Menariknya program Be In Control With Glucerna ni terdapat pelbagai cara yang disyorkan di dalam diet makanan harian bonda setiap hari dan bukan hanya setakat dibuat minuman tapi ada pelbagai resepi yang disertakan untuk dipelbagaikan supaya bonda tidak muak.

Pada pendapat Profesor Madya Dr Norlaila Mustafa, Doktor Perunding & Pakar Endokrinologi, dan Ketua Jabatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia “Kawalan glukosa yang kurang baik adalah masalah utama di kalangan pesakit diabetes di Malaysia, kerana ramai daripada mereka kurang pengetahuan tentang tabiat pemakanan dan perubahan kecil dalam pelan pemakanan yang boleh memberi impak negatif terhadap pengurusan diabetes.”

Oleh itu, pada awalnya tu memang tak berapa cantik bacaan glukosa bonda, maklumlah bonda sudah berusia 84 tahun dan dari segi pemakanan bonda sudah terbiasa dengan makanan ruji rakyat Malaysia. Mujur bila masuk akhir minggu pertama bacaan glukosa bonda makin berkurangan dari hari ke sehari.  Berita baik ni saya kongsikan kepada kakak dan abang di dalam grup whatsapp keluarga, semua sama teruja mana taknya bacaan 5.5 (minggu 1), 6.3 (minggu 2), 6.1 (minggu 3) dan 6.0 (minggu 4).

Maklumlah dah selera orang Malaysia ni makan makanan manis dan ditambah dengan gula dalam nasi yang sememangnya makanan ruji dan sekiranya kita ingin terus kekal sihat, kita perlu berubah cara pemakanan dan kawal kadar glukosa dalam tubuh.


iamfuzy.com
 Kawal Paras Glukosa Dalam Darah Dengan Program Be In Control In 4 Weeks With Glucerna 


Pilihan Diet Yang Mudah Dengan Program Be In Control In 4 Weeks With Glucerna® 

Di dalam kit program ni disertakan dengan buku resepi untuk panduan sekaligus menarik selera peserta dan di antaranya resepinya adalah Chocolate Orange, Red Bean Popsicle, Chococlate Pudding, Mixed Berries Yogurt, Matcha Latte, Breezy Bandung, Black Sesame Drink, Caffe Latte or Caffe Mocha, Oats Porridge, Steamed Egg, Cream Corn Fish, Butter Cream Prawn, Easy Masala Chai dan banyak lagi yang dihasilkan oleh Georgen Thye (Pakar Perunding Pemakanan & Pengasas Georgen Cooking)

iamfuzy.com
 Kawal Paras Glukosa Dalam Darah Dengan Program Be In Control In 4 Weeks With Glucerna 

Resepi paling mudah seperti Oats Porridge, Steamed Egg, Caffe Latte, Chocolate Pudding serta Yogurt adalah antara menu yang pernah saya buatkan buat bonda yang sememangnya agak berbeza dari kebiasaan tapi masih sedap kata bonda dan paling penting ianya mengenyangkan dan tanpa gula.

Suka untuk saya nyatakan bahawa Glucerna® bukanlah ubat buat pesakit diabetes malahan bukan bertujuan mengubati diabetes tapi ianya disarankan untuk membantu pesakit diabetes mengurus diet di samping ianya membantu mengurangkan kadar glukosa dalam tubuh dengan mengikut diet yang disarankan. 

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Glucerna®, anda boleh ke laman sesawang Glucerna® dan dapatkan sampel percuma. Untuk sebarang pembelian, boleh dapatkan Glucerna® di platform Lazada atau Shopee. Glucerna® 850g yang baru dijual pada harga runcit disarankan sebanyak RM115.90 di rangkaian farmasi, pasar raya dan dewan perubatan yang terkemuka. 

Laman Sesawang Glucerna: https://abbottnutrition.com.my/products/glucerna

Glucerna® Shopee: https://shopee.com.my/ensure.os

Glucerna® Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/ensure-official-store


Fakta berkenaan Glucerna®

  • Glucerna® baru diformulasi dan diperbaiki sesuai untuk individu dengan pra-diabetes, diabetes dan diabetes sewaktu hamil. Ia adalah satu-satunya formula khusus diabetes di Malaysia dengan perisa gandum. Glucerna® yang baru menawarkan Sistem Karbohidrat Rendah Glisemik yang baru dan diperbaiki dengan 4 kali lebih banyak nutrien myo-inositol untuk membantu menguruskan paras gula dalam darah; dwiserat dan campuran lipid unik untuk membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat; dan penambahan kandungan vitamin D, kalsium, zink dan zat besi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan penghidap diabetes.


  • Glucerna® baru mempunyai 4X Myo-inositol. Kajian saintifik menunjukkan bahawa myo-inositol membantu meningkatkan kepekaan insulin, yang membawa kepada kawalan glukosa yang lebih baik.


  • Glucerna® juga mempunyai 28 vitamin dan mineral, termasuk peningkatan vitamin D, kalsium, zink dan zat besi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan orang yang menghidap diabetes. Ia mengandungi asid folik 35% lebih tinggi dan zat besi 56% lebih tinggi (Glucerna® Vanila baru berbanding versi sebelumnya dari Glucerna® Vanila) untuk membantu memenuhi keperluan wanita yang meningkat semasa kehamilan, menjadikannya sesuai untuk wanita dengan diabetes kehamilan.


  • Terdapat 3 perisa yang dikeluarkan Glucerna® iaitu  Coklat, Vanila dan yang terbaru perisa Gandum. Setiap hidangan Glucerna Vanila dan Gandum memberikan tenaga sebanyak 228 kkal, manakala Glucerna Coklat memberikan 226 kkal tenaga. 


  • Glucerna adalah disarankan sebagai pengganti makanan yang dapat membantu mengurangkan pengambilan kalori, dan seterusnya menyokong pengurusan berat badan. 


  • Glucerna® juga telah mendapat pengesahan Halal JAKIM.


#GlucernaMyJourney

#BeInControlWithGlucerna

#GlucernaMy

Post a Comment

3 Comments

  1. mknn malaysia x leh nk tolak tu ramai diabetes tuu..haha...sedap yg amat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ,apa jua ..jnji ada JAKIM chop halal kan.. baru la tak bimbang

    ReplyDelete
  3. bagusnyaaaa!banyak manfatnya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!