Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti ep 1 hingga ep 15 | Pertama kali menonton Remy Ishak berlakon dengan waktu suami yang curang ni buat rasa sakit hati apatah lagi teringat kisah seorang kawan yang suaminya beralih ke sahabat karibnya sendiri. Bukan cerita tapi kisah benar sebab kata kawan yang seorang lagi, si kawan ni terlalu percaya kawannya dan si perampas ni kerap bertandang ke rumah. Ok tak nak ulas pasal cerita kawan tu yang kini dah bahagia dengan suami baru. Alhamdulillah.
Lama tak tengok Nad Zainal berlakon dan makin cantik walau dah punya anak seorang.
Drama ini adalah idea asal daripada penulis skrip Azril Hamzah bersama-sama dengan pengarah Feroz Kadir memang mendapat sambutan yang hebat walau ada yang kata macam cerita Korea malahan poster tu katanya seakan drama Korea. Apa nak di hairankan sebab entah-entah kat sana pun ada yang tiru dari Hollywood atau Malaysia sendiri.
Waktu Tayangan
Drama Hati Yang Tersakiti bersiaran di slot Samarinda TV3 sebanyak 15 episod pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama ini boelh di tonton secara online secara percuma di www.viu.com atau lebih mudah muat turun aplikasi VIU di telefon pintara
Pelakon : Remy Ishak (Haris), Nad Zainal (Mona), Mimi Lana (Farah) dan Riz Amin (Adrian), Husna Mustaffa, Fad Anuar, Ainina Ahmad dan ramai lagi
Nak tonton drama lain, boleh klik kat SINI
Sinopsis
Mengisahkan Haris seorang penghantar surat berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT) manakala isterinya Mona seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.
Selepas masing-masing berkahwin Mona dan Farah membawa haluan masing-masing dan tidak berhubungan dan Farah engahwini Adrian.
Perkahwinan Haris dan Mona memasuki 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Manakala Farah pula dalam proses perceraian, tiada anak dan seorang model terkenal.
Pertemuan Mona dan Farah membuat perhubungan mereka kembali akrab dan Mona yang mengetahui Farah tiada tempat tinggal mempelawa sahabat baiknya untuk tinggal bersama buat sementara waktu namun Haris tidak bersetuju tapi akhirnya akur.
Farah yang mencemburui kehidupan dan perhubungan Haris dan Mona mula mencari ruang untuk mendapatkannya hingga sanggup membuat apa saja dan saling memburukkan Mona kepada Haris dan memburukkan Haris kepada Mona. Peluang terbuka dan Farah menggoda Haris hingga terlanjur dan berusaha untuk memastikan Haris menjadi miliknya.
Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti ep 1 hingga ep 15 (klik pada tajuk untuk menonton)
Drama Hati Yang Tersakiti ep 1
Drama Hati Yang Tersakiti ep 2
Drama Hati Yang Tersakiti ep 3
Drama Hati Yang Tersakiti ep 4
Drama Hati Yang Tersakiti ep 5
Drama Hati Yang Tersakiti ep 6
Drama Hati Yang Tersakiti ep 7
Drama Hati Yang Tersakiti ep 8
Drama Hati Yang Tersakiti ep 9
Drama Hati Yang Tersakiti ep 10
Drama Hati Yang Tersakiti ep 11
Drama Hati Yang Tersakiti ep 12
Drama Hati Yang Tersakiti ep 13
Drama Hati Yang Tersakiti ep 14
Drama Hati Yang Tersakiti ep 15
kredit video : Drama Sangat Official / viu
Pemberitahuan:
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuka link video untuk tonton online Drama Hati Yang Tersakiti, boleh terus daftar dan menonton di viu.com. Terima kasih.
4 Comments
selalunya drama macamni dana tak suka layan, sebab mesti banyak adegan sakit hati dan air mata heheheh
ReplyDeleteMemang geram tgk watak remy dalam drama ni. Rasa nk tonyoh je muka dia. Haha. Sis is emo.
ReplyDeleteKakmim pn tgk kt youtube jugak x penah lg tgk kt tv.. hehehe... tu pun tgk ep 1 pastu terus pegi ke episod mgu terakhir.. tp last 2 episod x tgk lg
ReplyDeleteassalamualaikum akak cam mane tonton drama nie di viu dah bnyk x dicoba msh tak bise
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!