6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar | 6 Lokasi Rumah Inap di Negeri Selangor yang disyorkan sebagai destinasi percutian untuk merasai pengalaman cara hidup luar bandar yang cukup dekat bagi warga Kuala Lumpur sekiranya aktiviti percutian dibenarkan semula. 

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar


Pengalaman yang merangkumi aktiviti bermalam di sesebuah rumah inap sebagai tetamu dan tinggal bersama keluarga angkat tempatan. Tuan rumah akan meraikan kedatangan pelancong dan menyediakan aktiviti-aktiviti kampung yang menarik. Rumah inap merupakan satu aktiviti pelancongan terbaik bagi memahami budaya, suasana kampung, kesenian dan cara hidup sesebuah masyarakat tersebut. Oleh itu, senarai berikut merupakan saranan dari pihak Tourism Selangor yang mengetengahkan 6 rumah inap yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) di Negeri Selangor:

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

1) Rumah Inap Banghuris, Sepang

Ramai tidak tahu tentang rumah inap Banghuris yang terkenal oleh pengunjung luar negara kerana kawasannya yang cantik dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di sana. Rumah inap Banghuris yang terletak di Daerah Sepang ini mempunyai 80 buah rumah penginapan serta 100 buah bilik penginapan kesemuanya malah pernah mendapat pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004 dalam kategori 'Best Homestay in Malaysia' oleh Tourism Malaysia. Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya seperti permainan gasing, menyumpit, membuat dan bermain wau, menu masakan rebung, lawatan ke kilang kerepek dan snek tradisional (cakar ayam), lawatan ke ladang buah naga, kopi, kelapa sawit, ladang getah, demonstrasi menoreh getah dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM70 hingga RM300 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari lcct.com.my atau hubungi (+6019-3919547)

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

2) Rumah Inap Sungai Haji Durani, Sabak Bernam

Rumah inap Sungai Haji Durani merupakan tempat yang sangat sesuai untuk membawa keluarga anda bercuti dalam suasana kampung yang dikelilingi dengan sawah padi yang cantik. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan sepanjang anda berada di rumah inap ini antaranya adalah aktiviti permainan congkak, tarik upih pinang, bergelumang dalam lumpur, mewarna batik, melerai padi daripada tangkai, memancing dan menangkap ikan menggunakan tangan dalam sawah, bermandi manda di sungai, lawatan ke bengkel kuih tradisional dan kilang nata de coco dan banyak lagi. Dengan dikelilingi oleh lapangan sawah padi yang hijau, ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk bergambar sebagai kenangan keluarga. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM65-RM300 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari doranihomestay.com atau hubungi (+60136077025)

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

3) Rumah Inap Kampung Sungai Sireh, Kuala Selangor

Rumah inap yang dikelilingi hutan yang hijau ini amat tenang dan damai untuk dikunjungi ditambah pula dengan lapangan tanaman sawah padi. Jika menginap di sini, anda akan disambut dengan mesra oleh tuan rumah dan masyarakat setempat malah anda akan dibawa untuk melakukan aktiviti kampung yang terdapat di sini. Antaranya ialah aktiviti mewarna batik, menaiki traktor ke sekitar kawasan kampung, serta belajar tentang penanaman padi tradisional, cara penebangan kayu dan tanaman herba. Bukan itu sahaja, terdapat juga aktiviti menangkap ikan keli di dalam lumpur menggunakan tangan, berkayak, memancing di sungai-sungai kecil, terusan dan laut, jungle trekking dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM200 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari agrotourismhomestaysgsireh.blogspot.com atau hubungi (+6019-346 7372)

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

4) Rumah Inap Papitusulem, Sabak Bernam

Rumah inap Papitusulem terletak di Sekinchan yang mana tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Suasana kampung ini sangat cantik kerana dikelilingi lapangan sawah padi yang hijau. Rumah inap Papitusulem ini membolehkan anda merasai kehidupan kampung dengan tinggal bersama keluarga angkat yang bekerja sebagai petani dengan dihidangkan dengan menu makanan kampung yang lazat. Seterusnya, anda akan dibawa ke kawasan pertanian sawah padi, melawat kebun sayur-sayuran, tempat pemprosesan santan kelapa dan lain-lain lagi. Anda juga akan dipersembahkan dengan tarian kebudayaan kompang, seni silat, kuda kepang dan cempuling.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tempat rekreasi di mana anda boleh berkayak, menaiki bot serta memancing di laut. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM20-RM120 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari papitusulemhomestay.yolasite.com atau hubungi (+60172712260)

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

5) Rumah Inap Anjung Damai Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala Langat

Terletak di Kuala Langat, rumah inap Anjung Damai ini merupakan destinasi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara kerana suasananya yang nyaman dan aktiviti kampung yang ditawarkan cukup menyeronokkan. Rumah inap ini dilengkapi dengan fasiliti seperti penghawa dingin, tempat letak kenderaan yang luas, bilik air moden yang cantik malah lokasi yang berhampiran dengan pasar raya dan restoran. Pengalaman yang bakal diperoleh dalam melakukan aktiviti di sini adalah seperti menunggang ATV, lawatan ke ladang ternakan lembu, kambing dan biri-biri sambil memberi makan kepada haiwan tersebut, menyusuri hutan paya bakau, dan banyak lagi. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM60-RM250 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari @anjungdamaihomestay/facebook atau hubungi (+6013-233 3768)

6 Rumah Inap Di Selangor Bagi Merasai Pengalaman Cara Hidup Luar Bandar

6) Rumah Inap Bougainvillea Kampung Sungai Kertas, Gombak

Rumah inap Bougainvillea ini terletak di Gombak di mana tempat ini menawarkan kehidupan yang berbeza dari kawasan bandar. Menginap di sini sangat menarik kerana banyak aktiviti yang disedikan kepada pengunjung. Penduduk Kampung Sungai Kertas sentiasa mengamalkan aktiviti bergotong-royong dengan masyarakat setempat malah warisan tradisi sentiasa diraikan. Aktiviti yang ditawarkan di dalam pakej mereka adalah seperti pakej perkahwinan Melayu dengan menampilkan persembahan kebudayaan, ruang tempat pengantin, pakaian perkahwinan pengantin Melayu dan lain-lain lagi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk belajar memasak menu masakan tradisi seperti sambal tempe serta makanan masyarakat Mandailing iaitu Nasi Upa-Upa. Harga adalah mengikut pakej yang dipilih dalam lingkungan harga sebanyak RM98 hingga RM380 seorang.


Untuk maklumat lanjut, layari sungaikertas.blogspot.com atau hubungi (+60163920439)


Kesimpulannya, terdapat banyak rumah inap menarik yang dapat dikunjungi oleh pengunjung di Negeri Selangor dengan menawarkan pelbagai jenis aktiviti menarik. Walaupun sekarang mungkin bukan masa yang terbaik untuk bercuti di kawasan yang melibatkan ramai orang dan beramah mesra bersama masyarakat di rumah inap, tetapi pengunjung boleh mempertimbangkan percutian ke rumah inap pada masa yang sesuai kelak. Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain dan mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan.sepanjang percutian anda bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 daripada terus merebak.


Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Gambar : sumber Tourism Selangor dan Google

Post a Comment

5 Comments

  1. cantik cantik nya design rumah2 ni kan

    ReplyDelete
  2. OLÁ, BOA TARDE! ADOREI O SEU BLOG, MUITO INTERESSANTE. JÁ ESTOU SEGUINDO VOCÊ. ABRAÇOS. ELISABETE.

    ReplyDelete
  3. Olá! boa tarde. Passando para te desejar um bom domingo. Gostei do seu blog, já estou te seguindo.
    Bjs.

    ReplyDelete
  4. dah lama nak sangat pergi Banghuris tu.. sbb cantik je tepi sawah

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!