Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan | Tak perlu travel ke Vietnam, kerinduan pada kota Saigon, pada makanan sedap di sana saya boleh dapat di Kuala Lumpur, di Rasa Viet, The Sphere!
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan pix kredit Google |
Sesampai ke depan Restoran Rasa Viet ni memang cukup teruja bahagian luar restoran yang seakan suasana di Saigon dengan warna biru terang dengan tingkap serta pintu masuk ala Peranchis, memang cukup mengimbau kenangan persekitaran di Saigon. Dari luar sudah nampak ekslusifnya dan bila menolak pintu memang terus wow dalam hati dengan lampu tanglung yang bergantungan, cukup menaikkan semangat dan kalau dating dating memang tepat dengan mood
Perut pun dah lapar, jadi jom tengok apa yang kam makan, sila baca sampai habis dan kalau dah terliur tu sila dating ke sini sebab anda pasti tidak akan kecewa.
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Summer Roll atau sangat popular
di panggil Vietnamese Spring Roll dijual secara online ni memang sangat berbeza
dengan setiap ketul dibungkus dengan rice paper yang padat dan sendat isinya dengan
sayuran hijau, suhun dan diletakkan isi ayam yang masak dengan serai dan isi
udang serta hirisan daun selasih dan pudina dan bila digigit rangup serta ddipadankan
dengan sos mentega kacang.
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Smoked Duck Noodle – menurut empunya kedai, kalau nak makan mi sup ni kena hirup sup dulu dan perghhh memang sedap, terasa asli tanpa bahan MSG. Selalunya bila kita makan sup lepas tu tekak rasa perit tu sebab ada kandungan MSG dalam masakan tapi mi ni saya makan sampai habis, langsung tak sakit tekak atau terasa kering. Rasa daging itik tu pun cukup lembut tapi ada bau asap, pasti kalau bonda saya makan tidak bonda susah nak kunyah ditambah dengan rasa secukup rasa masinnya dan sup tu slurppp habis di hirup. Nak tambah lagi kesedapan kena makan dengan sos cili istimewa dengan 3 jenis untuk ditambah.
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Nak makan makan
Vietnam ni tak sah kalau tak pekena kopi Vietnam kan. Bagi penggemar kopi memang
saya syorkan anda mencuba kelazatan kopi yang disediakan depan mata ni dengan
serbuk kopi ditapis dalam penapis seperti di Vietnam dan kemudian air kopi yang
ditapis bercampur dengan susu pekat, dikacau dan dihidangkan dengan ais. Aroma
kopi yang agak kuat dan rasanya pun pekat tapi bila disedut memang
speechless..cukup sedap dan cukup seiring (balance) malahan KC Iman yang bukan
peminat kopi pun boleh habiskan hampir 2 gelas.
Nak tengok menu di Rasa Viet, boleh baca di SINI
Jangan risau di Rasa Viet ni juga ada minuman lain yang anda boleh minum selain minuman karbonat tapi kan dah makan makanan sajian autentik Vietnam HALAL ni rugi kalau tak cuba kopi Vietnam ni yang cukup lain dari yang lain.
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Memang sedap Fried Netted Roll yang isinya adalah keledek dan keladi dilenyek lembut dan bersalut tepung. Gabungan ubi yang cukup membuat puas hati dengan rasanya walaupun saya bukan peminat keledek kemudian di makan dengan sos pencicah. Memang sedap!
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Kesedapan Sajian Autentik Vietnam HALAL Di Rasa Viet Mengubat Kerinduan |
Jadi jangan tunggu lama, anda kena datang untuk nikmati sajian makanan autentik Vietnam tanpa perlu pergi ke Vietnam sebab kat Kuala Lumpur ni ada Rasa Viet yang mampu menyajikan sajian Vietnam sedap dan HALAL! Untuk mengetahui lebih lanjut tengah pengesahan HALAL boleh klik kat SINI
Sekiranya anda malas nak ke sini, sajian Rasa Viet ni jugak dapat di tempah secara online dari oddle.me atau foodpanda dan makanan akan sampai di depan pintu anda.
Rasa Viet (The
Sphere)
G-3A, Level Ground,
The Sphere
1 Avenue 1, Bangsar
South City, 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
Website | Facebook | Instagram | Google Map
6 Comments
Wah! semua nampak sedap heheh btw, kunjungan balas dari https://ingintahu31.blogspot.com/. terima kasih sudi singgah blog saya. BTW, jika sudi, boleh follow https://iburafa17.blogspot.com/ juga. 🥰
ReplyDeleteteringin betul nak makan dekat sini..tapi kat penang rasanya tak ada lagi
ReplyDeleteterliur tgk smoked duck noodle tu.. teringin nya nak pergi rasa..nnt kita dating sana ye
ReplyDeletetk pernh lg mkn kt restaurant vietman...tp yg fried vietnam roll biasa mkn
ReplyDeleteSaya tak pernah makan makanan Vietnam. Tapi dari gambar, nampak sedap, dan menarik restorannya. :)
ReplyDeletesuasana yang menarik. makanan pun nampak sedap. TERBAIK
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!