Pelantikan Hannah Delisha menandakan vida C sebagai minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia, yang menepati kehendak para pengguna dan usaha mereka untuk terus memperkenalkan inovasi minuman Jepun yang berevolusi ke pasaran Malaysia. Sesi pengenalan duta ini telah di adakan pada 16 Disember 2020 di Tokyo Street Level 6 Pavilion Kuala Lumpur.
Minuman Vida Vitamin C Perkenalkan Hannah Delisha Sebagai Duta Jenama Vida C |
Sebagai pengeluar minuman terkemuka dan inovatif di pasaran, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd mengambil langkah yang memberi kelebihan kepada mereka memandangkan terdapatnya minat yang mendalam oleh orang ramai terhadap kesihatan imun, dengan memperkenal minuman baharu - vida Vitamin C yang mengandungi 1000mg vitamin C; yang bakal memenuhi peningkatan permintaan di kalangan pengguna berikutan pandemik ini.
Minuman Vida Vitamin C Perkenalkan Hannah Delisha Sebagai Duta Jenama Vida C |
vida Vitamin C serba baharu ini adalah peluasan kepada jenama minuman sparkling vida yang diformulasikan menggunakan R&D dan kepakaran negara Jepun yang maju. Dengan kandungan 1000mg Vitamin C dalam setiap tin, vida Vitamin C adalah minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. Selain mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), minuman sparkling vida Vitamin C juga mendapat penganugerahan Healthier Choice Malaysia and Singapore kerana kandungan gula yang rendah dan untuk mengandungi dos Vitamin C harian yang disyorkan.
Sistem imun tubuh sangat penting untuk kelangsungan hidup kita dan tanpa sistem imun yang kuat, tubuh kita akan terbuka untuk mendapat serangan bakteria, virus, parasit, dan banyak lagi. Cara yang berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh adalah dengan pengambilan Vitamin C secara berkala kerana ia adalah komponen pemakanan penting yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan dan melindungi tubuh daripada jangkitan. Diktiraf di peringkat antarabangsa sebagai ‘Your Immunity Shield’, minuman sparkling vida Vitamin C diperkaya dengan 1000mg Vitamin C dan tawaran utamanya adalah untuk menjawab keperluan kepada minuman Vitamin C dalam format sedia untuk diminum yang penuh dengan nutrien dan manfaat kesihatan yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita semasa pandemik ini.
Minuman Vida Vitamin C Perkenalkan Hannah Delisha Sebagai Duta Jenama Vida C |
Minuman sparkling vida Vitamin C ini sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi golongan pengguna yang selalu sibuk dan menjalani gaya hidup yang aktif serta senantiasa mencari minuman kesihatan berasaskan Vitamin C yang tidak renyah. Diperkaya dengan 1000mg Vitamin C, minuman sparkling vida Vitamin C adalah pilihan yang tepat semasa pandemik ini kerana ia menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan kita serta mencerah dan menyerikan kulit kerana manfaat antioksidan. Dengan minuman sparkling vida Vitamin C pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan menjadi lebih mudah.
Minuman sparkling vida Vitamin C didatangkan dalam dua perisa menyegarkan iaitu vida Vitamin C Lemon Sparkling dan vida Vitamin C Orange Sparkling dengan khasiat dan vitamin dari 18 lemon dan 19 oren masing-masing. Setiap perisa memenuhi pengambilan Vitamin C yang disyorkan dalam saiz tin 325ml. Kedua-dua perisa ini boleh didapati oleh pengguna secara eksklusif di kedai serbaneka 7-11, petrolmart dan boleh dibeli melalui pembelian atas talian.
Minuman Vida Vitamin C Perkenalkan Hannah Delisha Sebagai Duta Jenama Vida C
Pelantikan Hannah Delisha sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C amat tepat kerana beliau melambangkan maksud sebenar vida C sebagai sebuah jenama - sparkling, cantik, berpewatakkan anggun dan sentiasa ceria. Hannah memulakan kariernya di Singapura sebagai ahli kumpulan Delisha, kemudian muncul di beberapa rancangan televisyen yang diterbitkan oleh MediaCorp Suria yang kemudian membawa kejayaan sulung dan komersialnya di Malaysia menerusi adaptasi drama novel Mencintaimu Mr. Photographer pada tahun 2017.
Minuman Vida Vitamin C Perkenalkan Hannah Delisha Sebagai Duta Jenama Vida C |
“Mengambil kira kriteria kerjaya yang progresif, gaya hidup dan penekanan kepada penjagaan kesihatan terutama semasa pandemik ini, kita tidak dapat mencari yang lebih baik daripada Hannah Delisha untuk untuk kami jadikan sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C iaitu minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. kerana Hannah mengamalkan gaya hidup moden yang sihat. Kedua, dia memiliki keperibadian seorang go-gether, di mana dia mengejar cintanya pada dunia lakonan tetapi pada masa yang sama, dia tidak alpa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat. Terakhir, kami melihat Hannah sebagai pencetus trend yang aktif berkongsi perihal kerjaya lakonan dan nyanyiannya dengan peminat yang merupakan kumpulan sasar yang sama seperti vida C - En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd
Kesempatan untuk bekerjasama dengan Hannah sebagai duta jenama kami adalah satu peluang keemasan. Kami berharap dapat meminjam pengaruh dan populariti Hannah untuk memberitahu kepada peminatnya dan rakyat Malaysia, untuk mencuba manfaat kesihatan minuman sparkling vida vitamin C kerana ianya dihasilkan menggunakan R&D dan kepakaran dari negara Jepun yang terkini untuk menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan serta mencerah dan menyerikan kulit.
Minuman Vida Vitamin C Perkenalkan Hannah Delisha Sebagai Duta Jenama Vida C |
Falsafah utama kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang bermanfaat kepada pengguna. Minuman sparkling vida vitamin C ini, kami menawarkan minuman Vitamin C 1000mg keluaran tempatan yang pertama dalam format siap untuk diminum. Melihatkan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari, ditambah pula dengan gaya hidup semasa yang penuh stres serta sibuk, wujudnya keperluan yang penting untuk meningkatkan imuniti dan kami mahukan minuman sparkling vida vitamin c menjadi jawapan kepada keperluan itu.
Dengan rasa segar dan manis buah lemon dan oren, minuman sparkling vida vitamin C adalah puncak pertahanan harian kita. Ia mudah dinikmati dan boleh dibawa kemana-mana kerana didatangkan dalam tin bersaiz 325ml. Sesuai dalam apa jua keadaan dan tidak renyah, dengan minuman sparkling vida vitamin c, untuk mendapatkan dos vitamin C harian yang disyorkan kini menjadi lebih mudah.
6 Comments
cantik sungguh hannah ni kan
ReplyDeleteYeay!! LeYa dah pun merasainya.. Memang sedap dan berkhasiat.. Rasa segar je lepas minum air ni
ReplyDeleteComel duta nya
ReplyDeletedah beli semalam tapi yg lama.. aduhhh kena cari jugak yag zero sugar tuuu
ReplyDeleteRasanya sini belum ada lagi.
ReplyDeleteNampak macam sedap ja
Suka tgk Hannah. cantik je
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!