Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian | Sepertimana diwar-warkan dalam media massa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), permohonan i-Sinar dalam talian telah pun dibuka bermula hari ini.
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian |
Terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar iaitu kategori 1 dan kategori 2.
Nak tahu siapa yang layak? baca SINI
Permohonan Bagi Kategori 1
Bagi kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan, kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian
- Log masuk ke https://isinar.kwsp.gov.my/
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian |
- Isikan butiran diri atau butiran ibu bapa (sekiranya anda memohon untuk ahli keluarga). Sebaikanya buat sendiri permohonan tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini kelak.
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian |
- No OTP akan diperlukan, jadi pastikan no telefon bimbit tersebut telah didaftar dengan pihak KWSP sepertimana terdapat di dalam i-Akaun. Isikan dengan betul.
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian |
- Sekiranya betul no telefon bimbit tersebut, akan terus terpampang jumlah keseluruhan yang anda boleh keluarkan mengikut data dari KWSP.
- Seperti dipaparkan, anda boleh memilih berapa jumlah yang ingin anda perolehi pada bulan pertama dan seterusnya ke bulan kedua dan bulan terakhir (bulan keenam), sistem dalam i-Sinar akan tentukan berdasarkan apa yang telah anda masukkan pada bulan pertama.
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian |
- Selesai memilih jumlah, seterusnya pembayaran akan dibuat ke akaun persendirian anda dan pastikan anda meletakkan no akaun dan maklumat sepertimana yang telah didaftarkan.
Pastikan akaun bank anda adalah AKTIF
Akaun Bank yang dimasukkan adalah MILIK PEMOHON/DIRI SENDIRI BUKAN MILIK ORANG LAIN ATAU AKAUN BERSAMA
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian |
Panduan Lengkap Memohon Pembayaran i-Sinar KWSP Secara Atas Talian |
Permohonan Bagi Kategori 2
Kategori 2 pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan dan ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Tambah KWSP, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Nota peringatan:
Walau berapa pun jumlah yang anda keluarkan pastikan anda berbelanja dengan jimat dan cermat. Suka saya ingatkan supaya jangan terpedaya dengan skim cepat kaya atau program pelaburan yang tidak sah dan menjadi mangsa scammer.
5 Comments
Tersalah letak amaun nk ubah
ReplyDeleteAmaun boleh
Bagus untuk mereka yg terjejas dgn pendapatan.
ReplyDeletedrag sampai hujung naa :) hehe
ReplyDeletejom la mohom smua mana tau tiba2 lulus kan
ReplyDeleteSy macam x layak ja mohon huhu
ReplyDeletebtw thank u for sharing kak fuzy ❤️
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!