Siapa Layak Dan Bagaimana Memohon i-Sinar Dari Akaun 1 KWSP | Pastikan anda yang ingin memohon berusia 55 tahun ke bawah sebelum bermula untuk memohon. Pasti ramai para pencarum KWSP tidak sabar membuat pengeluaran bagi menampung perbelanjaan akibat pendapatan yang terjejas angkara pandemik Covid-19 ni dan pengumuman kerajaan yang membenarkan pengeluaran bukan sahaja dari akaun 2 dengan program i-Lestari tapi kini progam i-Sinar dengan pengeluaran dari akaun 1
Terdapat 2 kategori yang cukup mudah untuk kita fahami tentang berapa jumlah yang boleh kita keluarkan namun suka saya ingatkan bila berjaya mengeluarkan wang simpanan ini, berbelanjalah dengan cermat dan berhemat serta bijak.
Kategori 1
Kategori 2
3 TIPS untuk kelancaran urusan permohonan i-SINAR
✔️ Pastikan anda telah mendaftar i-Akaun
✔️ Pastikan nombor telefon bimbit anda DIKEMASKINI di kios atau cawangan KWSP
✔️ Pastikan akaun bank milik anda AKTIF, milik anda sendiri dan bukan milikan bersama
Permohonan i-Sinar hanya secara online!
Mungkin penjelasan mengenai i-Sinar dan had pengeluaran bagi kategori 1 dan kategori 2 yang dapat membantu anda dengan lebih memahami dengan soalan-soalan lazim yang pastinya antara pertanyaan yang berlegar difikiran. Semoga soalan-soalan lazim ini dapat membantu anda dengan jelas.
1. Apa itu i-Sinar?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
2. Apakah kriteria untuk saya memohon i-Sinar?
Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:
3. Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?
- Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
- Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
4. Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran: Masih aktif, Milik anda dan Bukan akaun bersama
Nota:
Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
5. Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
6. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
7. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
8. Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?
Anda tidak perlu membayar semula.
9. Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
sumber : KWSP
5 Comments
semoga dipermudahkan semua urusan mereka yang nak memohon i-sinar ni ...
ReplyDeletealhamdulillah, syarat2 permohonan dah dilonggarkan.
Ok ni mesti Kak Fuzy nak mohon kan.. Hehehe.. Maklumlah bekerja sendiri katanya..
ReplyDeletesemoga i sinar ni dapat digunakan dan dimanfaat dengan betul, jangala keluarkan untuk berseronok sebab tak tahu dikemudian hari nanti
ReplyDeleteramai yang benar-benar terkesan dan menanti pengumuman u Sinar ni. moga dipermudahkan urusan pengeluaran mereka.
ReplyDeletethank you sharing this info
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!