Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Sehingga 15 Februari 2021 | Kalau sesiapa yang mengikuti pembentangan Belanjawan 2021 tempoh hari pasti tertunggu berita bila agaknya Bantuan Prihatin Rakyat yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan akan dibuka.
Kemaskini :
Permohonana Bantuan Prihatin Rakyat dilanjutkan hingga 25 Februari 2021
Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR adalah bantuan berbentuk wang tunai yang akan dinikmati oleh rakyat yang layak dengan menyasarkan semua golongan B40 sehinggalah golongan M40. Namun kita harus tahu pemberian ini adalah berbez-beza bagi setiap kategori.
Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) akan menggantikan Program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan diperbaiki bagi membantu memberi manafaat kepada lebih kurang 8.1 rakyat yang memerlukan bantuan berbanding BSH terdahulu yang hanya seramai 4.3 juta orang sahaja yang layak berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.. Peruntukan 6.5 billion akan disalurkan bagi tujuan BPR berbanding dengan peruntukan 4.5 billion di bawah BSH.
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Syarat Kelayakan Memohon BPR 2021
- Pemohon haruslah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malasia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS)
- Bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan (MyPR/MyKAS)
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja, dan
- Warganegara (MyPR/MyKAS) sahaja, dan
- Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta
Permohonan Kategori Bujang
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlan pendapatan kasar bulanan (RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun)
Cara Membuat Permohonan Dan Mengemaskini Bagi Memohon BPR 2021
- Masuk ke laman MyBPR https://bpr.hasil.gov.my. Klik “Permohonan Baru”
- Di bahagian Permohonan masukkan no MyKad , kemudian tekan butang Semak untuk membuat semakan
- Tekan Ya
- Langkah seterusnya, kena ikut mesej yang anda dapat. Sistem akan meminta anda untuk mengikut langkah seterusnya untuk mengemaskini permohonan BPR
Anda boleh memohon melalui beberapa cara bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.
2. Permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan dan dihantar ke pejabat LHDN berdekatan.
Klik untuk muatturun Borang Permohonan BPR 2021
3. Hadir Ke Pejabat LHDN atau PEjabat Khidmata Hasil LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Pastikan anda hadir dengan borang permohonan yang telah sedia diisi dengan tetap beserta dokumen sokongan.
Untuk makluman : Pembayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri
5 Comments
Mohonlah. Moga ianya membantu. Dan manfaatkan sebaik-baiknya.
ReplyDeletesy pun baru mahu memohon nie haha
ReplyDeleteSemoga bermanfaat utk mereka yg memerlukan bantuan kewangan.
ReplyDeletesmoga dipmudahkan urusan semua.. dpt duit bpr moga dpt digunakan sbaiknya buat masyarakat semuanya.. Dari rakyat kepada rakyat. :D
ReplyDeletesemoga dapat membantu golongan yang memerlukan.. Sha selalu kena alert..sebab isi untuk mak...
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!