Cara Mudah Semak Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 Bermula 4 Januari 2021

Cara Mudah Semak Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 Bermula 4 Januari 2021 | Bagi pemohon kategori 1 anda boleh mula menyemak status permohonan i-Sinar bermula hari ini


Log masuk ke https://isinar.kwsp.gov.my/

Cara Mudah Semak Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 Bermula 4 Januari 2021


Klik pada SEMAK STATUS PERMOHONAN

Cara Mudah Semak Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 Bermula 4 Januari 2021


Masukkan butiran seperti no kad pengenalan, no telefon.  Jangan lupa klik CAPTCA tu ya untuk mengesahkan anda bukan robot dan tekan SEMAK STATUS

Cara Mudah Semak Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 Bermula 4 Januari 2021


Nota : 

Mungkin setiap pemohon yang berjaya akan mendapat notifikasi pembayaran pada tarikh yang beberlainan.


Jangan lupa untuk kategori 2 anda boleh mula memohon pada 11 Januari 2021 dan boleh baca panduan lengkap untuk memohon i-Sinar kategori 2 di SINI dan permohonan baru akan tamat pada 30 Jun 2021.


Permohonan Bagi Kategori 2

Kategori 2 pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan dan ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Tambah KWSP, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.



Nota peringatan:

Walau berapa pun jumlah yang anda keluarkan pastikan anda berbelanja dengan jimat dan cermat.  Suka saya ingatkan supaya jangan terpedaya dengan skim cepat kaya atau program pelaburan yang tidak sah dan menjadi mangsa scammer.

Post a Comment

3 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!