14 Hari Program Kawal Kencing Manis PERCUMA, Cegah Bukan Warisi | Bila disebut tentang kencing manis atau diabetes memang ramai antara kita yang berasa gerun kerana penyakit ini juga dikenali sebagai pembunuh senyap antara penyebab kematian utama dalam Malaysia selain penyakit kronik yang lain. Ada dikalangan penderita penyakit ini hanya menyedari akan kehadiran penyakit ini kepada diri mereka pada peringkat yang sudah kronik.
Pada awal Januari lalu, sebuah platform sehenti yang diterajui kumpulan ahli professional kesihatan telah dilancarkan bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis.
Jangan Warisi Penyakit Kencing Manis, Ikuti Program Kawal Kencing Manis |
Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.
Jangan Warisi Penyakit Kencing Manis, Ikuti Program Kawal Kencing Manis |
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9 juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.
Purata 100 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap hari akibat Diabetes dan hampir 35,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat Kencing manis (Nov 2016)
Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas.
Jangan Warisi Penyakit Kencing Manis, Ikuti Program Kawal Kencing Manis
Jangan Warisi Penyakit Kencing Manis, Ikuti Program Kawal Kencing Manis |
Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.
Jangan Warisi Penyakit Kencing Manis, Ikuti Program Kawal Kencing Manis |
Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020).
KAWALKENCINGMANIS.COM, Program Percuma 100% Yang Mengembalikan Senyuman Kepada Penghidap Kencing Manis
Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program 14 hari kawal kencing manis PERCUMA ini antaranya adalah :
- Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah,
- Akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah,
- Latihan pengawalan stress,
- Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam serta
- Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.
“Dah ikhtiar dengan macam macam tapi masih tak berjaya. Nak ke masjid pun susah sebab sering rasa penat. Alhamdulillah, hari ini, tangan yang kebas selama 4 tahun akhirnya hilang. Bacaan gula saya turun daripada 21 ke 11.”
Mazilan, Pesara Kerajaan, 69
Semestinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.
Tiada sesiapa antara kita yang menginginkan sebarang penyakit kronik apatah lagi mengidap penyakit kencing manis yang amat diketahui akibatnya jika tidak dikawal atau dicegah. Jadi masyarakat harus peka dalam penjagaan kesihatan dengan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian. Oleh itu sebaiknya anda ambil peluang yang terbaik ini dengan mengikuti program sokongan dan pemantuan dari mereka yang pakar dalam mencegah dan mengawal kencing manis dengan mendaftar ke program ini.
Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini, sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di www.kawalkencingmanis.com
Laman Web : https://kawalkencingmanis.com
Facebook : https://www.facebook.com/Program-Kawal-Kencing-Manis
Instagram : https://www.instagram.com/programkawalkencingmanis
5 Comments
Bagus kan ada program macam ni. Dapatlah bantu mereka yang memerlukan ☺️
ReplyDeleteAlhamdulillah..bagus program mcm nih
ReplyDeleteBest nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.
ReplyDeleteprogram yang bgos ni, sbb kita tau covid mostly attack yg ada kencing manis kan
ReplyDeleteQiss dah daftar. Risau juga bila makan manis banyak-banyak ni. Cepat je penuh orang daftar kan
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!