Sebutan Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Roojiuun Bukan Hanya Untuk Kematian

Sebutan Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Roojiuun Bukan Hanya Untuk Kematian | Masih ramai rasa yang tidak faham dan malahan cukup menyedihkan bila ada yang tidak tahu tak kurang juga ada yang seakan mengherdik bila ada seseorang/sahabat menuturkan atau mengucap Innalillahi wa inna illahi rojiun kepada sahabat yang lain yang ditimpa musibah antaranya kemalangan, kecurian, banjir dan yang seumpamanya. Ini berlaku bila kita masih berpendapat sebutan tersebut hanya dituturkan bagi menyampaikan takziah kematian.

Sebutan Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Roojiuun Bukan Hanya Untuk Kematian

Betapa kurangnya ilmu pengetahuan kita terhadap agama kita sendiri bila kita sendiri tidak memahami malah membidas sebegitu. Jadi saya berkongsi di sini untuk kita sama-sama fahami supaya tidak terkeliru dan lebih memahami sebelum menidakkannya.

Ucapan Innalillah digalakkan diucapkan ketika ditimpa musibah atau mendengar musibah yang menimpa orang lain. Kalau dulu kita jahil dan tidak tahu, tidak semestinya kita ingin terus jahil dan tidak ambil tahu, jadi gunalah kerana ayat itu lebih afdal dari daripada mengucapkan kesiannya awak atau kasihan kepada mereka yang ditimpa musibah.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali“.

Ada sesetengah kita menyebut  innalillahiwainnalillahiroojiuun (terdapat 2 kali sebutan lillah) tapi yang sebetulnya kita harus menyebut  innalillahiwainnnailaihiroojiuun.


Firman Allah mengenai ucapan ini :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 “Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ 

Surah al-Baqarah , ayat 155


Dengan itu apa yang saudara lakukan (membaca INNA LILLAH) apabila mendapat berita kematian seseorang yang bukan Islam TIDAKLAH SALAH dan TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI DOA KEPADANYA serta TIDAKLAH PULA DIANGGAP MENDOAKAN RAHMAT KE ATAS ROH SI DIA (Yang Bukan Islam itu).

Apa yang diucapkan itu hanyalah sebagai TAZKIRAH (Peringatan) kepada diri sendiri dan kepada orang yang memahami perkataan itu bahawa ucapan itu membawa erti: “ Betapa hebat, sombong , megah, takbur, besar diri dan gagahnya kita, kita tidak akan “ menongkat langit “ , dan sebagai mana kita berasal daripada Allah Ta’ala (lahir dengan taqdir-Nya ) maka begitulah juga kita akan pergi menemui-Nya kelak (yang juga merupakan taqdir-Nya ) " .

Dan benar kata saudara : “ Orang bukan Islam yang mati itu pun adalah salah-satu makhluk Allah Ta’ala , dan tidak syak lagi dia juga mati dan “ kembali “ ke Allah Ta’ala “ 


diambil dari http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/ucapan-innalillah-terhadap-kematian.html

Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian berguna ini :)

    ReplyDelete
  2. Betul. Biasa kalau orang meninggal je sebut macam tu. Kalau selain dari kematian sebut macam tu siap ada yang marah lagi..sebab PC pernah kena marah. Aduhai, terkedu juga masa tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!