Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk DiPelajari Dan Ambil Peduli

Lelah, memang cukup lelah dan mengah dengan tahun 2020 yang cukup menduga dan mencabar bagi setiap kita bukan hanya di Malaysia malahan di seluruh negara. Tahun yang cukup menarik angkanya dinanti semua orang lebih-lebh lagi kita rakyat Malaysia yang ternanti-nanti apabila PM Tun Mahathir mengumumkan Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya, namun pandemik yang melanda meranapkan impian ramai dan membuat ramai yang terduduk, kehilangan pekerjaan tapi masih ada yang tidak mengalah dengan mencari rezeki luar dari bidang yang dipelajari dengan mencuba kepakaran di bidang lain. Syabas buat mereka!


Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk DiPelajari Dan Ambil Peduli

Tahun 2020 dinanti dengan penuh keterujaan namun apabila ia tiba dengan awalan yang nampak baik namun pandemik yang melanda  menjejaskan seluruh dunia - manusia, ekonomi, semua terkena tempiasnya.

Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk DiPelajari Dan Ambil Peduli



Masing-masing tak sabar menanti kemunculan tahun 2021 yang akhirnya tiba dengan harapan akan ada sinar yang lebih baik buat kita selepas kecew dengan tahun 2020. Banyak pengajaran yang perlu kita ambil dari tahun 2020 dengan perbaiki diri sendiri dan melihat persekitaran dengan lebih positif dan memahami serta berusaha lebih gigih dan fokus.

Tahun 2020 bukan sekadar memberi kesan kepada ekonomi negara termasuk dunia, kesan kepada pembelajaran anak-anak, pekerjaan dalam pelbagai sektor akibat dari pandemik malah ianya juga memberi kesan kepada perhubungan antaranya perhubungan antara keluarga, perhubungan suami isteri, persahabatan, kehadiran serta kehilangan.

Perpisahan dengan orang yang tersayang yang  pergi menemui PenciptaNya akibat Covid-19, sakitnya kehilangan bila waktu berpisah tiada dakapan, tiada ciuman terakhir dapat diberi malahan perjalanan ke destinasi terakhir juga tidak dapat diiringi ahh..terasa sakit dan terbuku di dada.

Ada perpisahan berjangka sementara akibat sekatan perjalanan dan sesetengahnya sampai berbulan-bulan tidak dapat bertemu. Rindunya bukan kepalang dengan hanya mampu berhubungan melalui suara dan video call pun sudah cukup membahagiakan. Indahnya bila mampu berkongsi cerita setiap hari, melepaskan rindu dan yang pasti mereka kembali menanti berita bilakah mampu untuk kembali ke pangkuan si suami dan si isteri kembali berada disisi.

Namun ada perpisahan terjadi akibat terlalu dekat hingga melihat setiap tingkah laku pasangan tanpa melihat pada diri sendiri. Berbulan bersama-sama terkurung! Kalau dulu melihat rakan sekerja yang rajin dan kurang inisiatif tapi bila terkurung kita melihat pasangan hingga tahap mengkritik tanpa membantu, menghentam tanpa menghargai usaha pasangan menyebabkan hilang kesefahaman, pudar toleransi walau mereka semakin dekat atau mungkin sebab mereka terlalu dekat hingga kenampakkan akan kekurangan pasangan yang selama ni terlindung. Mana taknya kalau dulu bangun awal pagi bersiap untuk ke tempat kerja dan petang atau mungkin malam baru bertemu dan keesokkan harinya rutin yang sama berulang kali hingga tiba hujung minggu. Masa yang terlalu lama di rumah bersama menjadi tiket untuk mereka terus melihat pasangan tanpa melihat pada diri sendiri. Kekoknya bila ada yang memerhati umpama diperhati oleh penyelia di tempat kerja, kekoknya bila terpaksa menyediakan sajian 4 kali sehari yang dulunya hanya mungkin 2 atau  sekali di setiap hari. Si suami mula menelaah si isteri, si isteri mula menelaah si suami. Maka terjadi pertelingkahan bila apa yang pasangan lakukan tampak salah di mata, malahan tidak pula sudi memberi sokongan dan dorongan, membetulkan dengan tutur kata yang lebih menenangkan. Ahh bosan katanya kerana setiap hari hanya mampu baring, makan, menonton, bergurau di whatsapp dan social media dengan sahabat di merata negeri. Bosannya dia bila tidak cuba mencari apa yang boleh diperbuat dengan pelbagai alasan tanpa ingin mencuba. Sensitifnya pada dirinya namun tidak mampu menghargai dan merasai sensitifnya pasangan sendiri. Bibir selalu mengatakan tiada siapa yang cukup sempurna namun tidak pernah pulak menerima hakikat pasangan yang telah kita pilih, yang telah kita nikahi adalah untuk melengkapi ketidaksempurnaan diri.


Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk DiPelajari Dan Ambil Peduli

Banyak perkara yang berlaku pada 2020 yang pasti kita semua ingati antaranya adalah

1. Covid19 memasuki Malaysia dengan 3 kes (2 di Sabah dan 1 di Selangor) pada bulan Januari

2. Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7 pada 24 Februari dengan isu lompat parti, tikam belakang dan sebagainya

3. WHO istiharkan Covid19 sebagai Pandemik pada 12 Mac hingga kami berkejar ke Sabak Bernam untuk menjemput anak sebelum sekatan perjalana dilaksanakan pada 15 Mac dan mujur anak yang belajar di UMP Pekan sempat pulang ke Kuala Lumpur. Memang agak kelam kabut.

4. Roti Gardenia menjadi makanan paling popular hingga sering habis stok malahan orang ramai membuat panik buying kerana takut kehabisan bahan makanan

5. Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac yang mengakibatkan orang ramai tidak boleh lagi ke kedai makan jadinya memasak sudah menjadi rutin dengan hanya seorang ketua keluarga dibolehkan keluar untuk membeli keperluan dan kemudian beransur kepada 2 orang dan seterusnya.

6. Akibat PKP yang besambung-sambung menyebabkan ramai terkandas terutama pelajar di IPT dan IPTS hingga menyebabkan kemarahan orang ramai bila KPT seakan tidak mengambil berat terhadap kebajikan para pelajar yang terkandas.

5. Resepi masakan menjadi carian tertinggi dan resepi yang menjadi viral seperti Dalgona Coffee, Biscoff Cheesecake, Kek Tornado, Kek Marble Jelita, Burnt Cheesecake

6. Home gardening menjadi tabiat dan hobi malah ada yang tidak perlu ke pasar membeli sayuran kerana tanaman yang ditanam cukup untuk dimakan bagi keluarga

7.  Pertama kali dalam sejarah bila orang ramai tidak dapat pulang ke kampung berhari raya dan mereka yang pulang bersempena cuti di kampung terus terkandas selama 3 bulan dan ada yang lebih

8. Pavitra seorang surirumah yang menjadi viral dengan membuat youtube masakan bersama suaminya Sugu dan kemudiannya kontroversi melanda bila suaminya ditangkap kerana mencederakannya dan dia dikatakan menyalahkan media

9. Banyak majlis perkahwinan terpaksa ditunda, masjid serta semua rumah ibadat ditutup malahan hingga ke hari ini jemaah di masjid masih dikenakan penjarakan

10. Rakyat Malaysia tidak dibenarkan bercuti ke luar negara dan sekatan kemasukan pelancong asing ke Malaysia yang menyebabkan banyak agensi pelancongan gulung tikar

11. Paling menyedihkan di saat akhir penutup 2020 umat Islam dikejutkan dengan isu daging halal yang tidak halal sejak 40 tahun.  Moga mereka yang terlibat dalam penjagaan dan dikaburi mata dengan wang sempat bertaubat. 

Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk DiPelajari Dan Ambil Peduli


Kalau mengikut jadual sepatutnya kami beraya di Kedah tapi akibat pandemik Covid 19 ni kita cuma beraya di Kuala Lumpur namun peluang berjumpa kakak dan abang agak terhad kerana dibolehkan dengan had bilangan keluarga namun 2020 kami memecah tradisi dengan menyambut Aidil Adha di Johor namun tanpa kedua anak lelaki yang menyambutnya bersama bonda saya.

Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk DiPelajari Dan Ambil Peduli

Memang banyak sangat tapi kalau nak catat disini memang jenuh nak dibaca tapi itu semua kita sama-sama rasainya

Apabila sekatan demi sekatan dikurangkan orang ramai sudah boleh keluar dengan dimestikan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa. Dalam menjalani norma baru ini perkara paling menarik ialah masa yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin menikah dengan lebih jimat dan tidak membebankan serta memenatkan. Part ni memang saya setuju tapi mungkin tidak pada orang lain.

Banyak yang kita pelajari pada tahun 2020 ni dan antara yang paling besar pastinya kita mengenal rahsia Allah dalam mengatur kehidupan setiap manusia dengan mengubah rutin setiap dari kita dari biasa ke luar biasa dan sebaliknya.  Pandemik juga mendekatkan kita dengan Allah, mendekatkan kita dengan keluarga dan mendekatkan kita dengan orang lain dengan meneruskan hidup dengan norma baru.

Selamat Tahun Baru 2021 dan semoga kita masih diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan diakhirat.

Buat mereka yang kehilangan pekerjaan atau ambil keputusan untuk berhenti kerja, jangan risau sebab banyak yang boleh anda lakukan dari rumah selain meniaga dari rumah, kalau anda suka menulis, teruskan usaha dengan menulis untuk memberi informasi yang baik dan anda boleh menjana pendapatan dari blog seperti saya dan blogger-blogger yang lain yang lagi hebat.


P/s fuhh akhirnya dapat disiapkan juga post untuk mengucapkan selamat tinggal 2020 dan selamat datang 2021!

Post a Comment

10 Comments

  1. Betul tu. Saya setuju. Banyak ceritanya 2020..moga 2021 lebih baik

    ReplyDelete
  2. hope yang baik2 saja untuk tahun 2021 ni kan Umi.

    ReplyDelete
  3. 2021 pun kes makin meningkat kan, tiada penghujubg :( but happy new year :)

    ReplyDelete
  4. masa pkp husband sy bekerja mcm biasa... so dia pun ckp dia x dpt rasa mcm mana perasaan dok terkurung dlm umah tu... tp 2020 mmg tahun yg rare... lain yg diharap lain pulak yg terjadi

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru. semua lebih baik di tahun baru

    ReplyDelete
  6. Tahun 2020 yang mengajar kita banyak perkara... Semoga di tahun 2021 ini segalanya menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  7. setuju sangat dengan coretan akak.. banyak sangat kenangan 2020 yang tak dapat dilupakan..

    ReplyDelete
  8. 2020 memang tahun yang rare. Banyak perancangan yang terpaksa dibatalkan. Paling kesian mereka yang dijangkiti Covid19 atau ada ahli keluarga yang dijangkiti. Ekonomi pun terjejas teruk. Semoga situasi 2021 lebih baik dan banyak isu seperti banjir dapat diatasi

    ReplyDelete
  9. Tahun paling rare. Banyak perancangan terpaksa ditunda. Simpati kepada mereka yang diuji dengan hilang pekerjaan dan dijangkiti Covid19. Selamat tahun baru ye
    P/s: sory kalau terkomen banyak kali, pc ni ting tong

    ReplyDelete
  10. kan... 2020 ni satu thn yg paling menduga. yg paling byk story.
    aida suka citer dgn anak-anak apa sebenarnya expectation aida dari kecik tentang 2020. rupanya.... hu hu hu hu
    moga 2021 ni lebih elok dari 2020. first month je dah PKP. hmmmm what more to expect, kan?

    #biters

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!