7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021

7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021 | Menurut fakta, terdapat sekitar 20 juta umat Islam yang tinggal di China, dan ia bukan dari kalangan pendatang, tetapi umat Islam yang telah berada di sana sejak berabad-abad lamanya. Maka tidak hairanlah kenapa ada makanan halal di China. Tidak menghairankan juga bagaimana makanan cina halal ini boleh tiba hingga ke Malaysia. 

Berada dalam masyarakat yang berbilang budaya, rakyat Malaysia dapat menikmati makanan dari seluruh penjuru, dari Timur hingga Barat. Sebagai Muslim Melayu, ada makanan tersendiri yang kaum lain sendiri turut suka untuk menikmatinya. Salah satu nasi lemak. Begitu juga dengan kaum India yang terkenal dengan menu roti canai. 

Kebiasaannya masakan cina ini sering dijual oleh penjaja jalanan. Kaum cina sendiri ada berpendapat yang makanan sebegini sedap. Tapi, untuk kaum melayu Muslim mana mungkin boleh menikmati makanan yang bersifat tidak halal. Disebabkan itu, kaum Cina sendiri sudah maklum akan perkara ini. 


7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021

Yang penting, pada waktu ini sudah ada banyak restoran menu masakan cina yang diusahakan oleh mualaf. Ini memudahkan kaum melayu dan india Muslim untuk mencari restoran yang menyajikan menu masakan cina halal untuk dinikmati tanpa rasa ragu. 

Di bawah ini akan di senaraikan beberapa restoran menu masakan cina terbaik yang halal untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Walaupun negara ini berada dalam keadaan berkurung kerana keadaan Covid-19, beberapa restoran ini masih menawarkan servis masakan cina terbaik dengan tambahan servis penghantaran makanan ke lokasi yang ditetapkan pelanggan.

1. Restoran Mohd Chan

7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021


Rangkaian restoran Cina halal ini menyajikan hidangan gaya Kantonis yang lazat dengan campuran rasa Asia Tenggara. Setiap hidangan yang mereka sajikan penuh dengan rasa dan warna, membuat pelanggan berasa puas. Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2007 dan mempunyai sejumlah 15 cawangan restoran.

Restoran ini turut terkenal kerana menggunakan bahan-bahan segar untuk menu ladu yang enak. Pelanggan juga memiliki pilihan hidangan ikan kukus dan bermacam menu yang lain lagi. 


2. Amber Chinese Muslim Restaurant

7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021


Amber Chinese Muslim Restaurant merupakan salah satu restoran Cina halal di KL yang menyajikan hidangan Cina asli, dengan resipi yang tepat dari China. Makanan yang ada  di sini kebanyakannya terdiri daripada hidangan dari bahagian utara China atau wilayah "Jalan Sutera", jadi mereka akan menggunakan rempah yang berbeza dari masakan Kantonis dan kebanyakan makanannya digoreng.


3. Restoran Haji Sharin Low

7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021


Restoran Haji Sharin Low sangat sesuai untuk makan malam bersama keluarga dan rakan. Dengan hidangan istimewa seperti udang mentega, sotong telur masin, ikan laut kukus, semuanya diberikan dalam jumlah yang banyak. Nasi ayam juga ada. 

Secara keseluruhan restoran ini menawarkan pelbagai jenis menu makanan cina muslim yang sesuai untuk masyarakat Malaysia yang berbilang budaya. 


4. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021


Mahu cuba menu mee tarik cina yang kenyal dan sedap? Tak tahu mana nak cari menu mee tarik halal? Restoran Mee Tarik Warisan Asli tempatnya! Mee tarik ini adalah mi buatan tangan yang dibuat secara segar. 

Di restoran ini juga pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana chef menyediakan mee secara terus. Seronok melihat bagaimana makanan dibuat sambil menunggu untuk nikmati hidangan yang dipesan.


5. Muhibbah Seafood Restaurant 

7 Restoran Cina Halal Terbaik di KL & Klang Valley 2021

Makanan laut segar suatu menu yang amat menggembirakan dan restoran halal cina yang menyediakan menu makanan laut di KL ini adalah Muhibbah Seafood Restaurant. 

Muhibbah Seafood Restaurant menyajikan makanan dan hidangan yang lazat sejak tahun 1986, dan masih kekal dengan pelanggan setianya yang ramai hingga ke hari ini. Restoran ini mempunyai tempat yang lengkap dengan banyak ruang untuk pelanggan nikmati makan malam bersama rakan dan keluarga dengan lebih selesa dan privacy. 

Itulah beberapa restoran Cina halal terbaik di KL dan Lembah Klang yang boleh dicadangkan kepada kalian di luar sana. Bahaya Covid-19 masih ada, jadi sila fahami keadaan yang sedang berlaku. Jika nak makan menu chinese food , boleh buat pesanan secara atas talian. 

Jika nak duduk di rumah tunggu makanan sampai juga boleh. Salah satu pihak yang boleh digunakan untuk servis pesanan dan penghantaran makanan secara terus ke lokasi pilihan pelanggan adalah Foodpanda

Dengan Foodpanda pelanggan tak perlu keluar dari rumah, kekalkan jaga diri dengan berada di rumah sambil berkerja, berehat dan bersenang dengan menikmati menu yang sedap best bersama ahli keluarga yang tersayang. 

Post a Comment

5 Comments

  1. haji shahrin low tu dulu ada buka cawangan kat uda..tak tau ada lagi ke tak sekarang

    ReplyDelete
  2. Restoran Mohd Chan tu dah dapat pangkat Datuk dah. Memang sedap tapi tak semua branch ada itik roasted :(

    ReplyDelete
  3. wahhh nampak menarik.. kalau berkunjung kesana ni nanti bole la cuba

    ReplyDelete
  4. hi umi fuzy kita.. kita nak tanya.. nnt belanja makan kat kedai2 ni boleh...hahahah... love umi's writings

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!