7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala

7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala | Setiap tahun azam kebanyakan orang perempuan ni semua sama terutama yang cepat sungguh naik berat badan almaklumlah kerja memasak dan tambahan dengan perintah berkurung ni memang kerja lain tak berapa nak boleh buat melainkan masak dan makan dan kalau tak masak pun kita boleh order makanan sampai ke depan pintu rumah..tak gitu?

Menu diet simple yang saya sarankan dan sedang dicuba ni sememangnya menu diet simple dan menu diet eat clean tanpa peningkan kepala tak ada itu dan ini dan saya pasti kita boleh dan saya boleh!

7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala

7 contoh menu diet seminggu ni cukup mudah untuk disediakan dan tak rumit pun dan bagi saya cukup menarik untuk dikongsi dan untuk saya cuba sebab menu diet 7 hari diberikan berdasarkan empat waktu makan setiap hari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.


Berikut disertakan beberapa cadangan hidangan menu diet untuk anda selama tujuh hari.


Contoh menu diet seminggu - hari pertama

  • Sarapan pagi: Campuran oat bersama pisang atau buah-buahan potong yang lain
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama potongan dada ayam yang diperap bersama bawang putih dan lemon
  • Minum petang: Mentega kacang dan juga potongan buah
  • Makan malam: Bihun goreng dan telur rebus


Contoh menu diet seminggu - hari kedua

  • Sarapan pagi: 2 keping roti bersama telur hancur
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi bersama tempe dan tauhu goreng. Boleh juga ditambah sup sayur
  • Minum petang: Potongan buah epal
  • Makan malam: Segenggam nasi bersama potongan dada ayam yang dipanggang

7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala

Contoh menu diet seminggu hari ketiga

  • Sarapan pagi: Lempeng yang dimakan bersama potongan buah pisang
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi dengan hidangan ikan stim bersama limau
  • Minum petang: Badam dan juga coklat gelap
  • Makan malam: Segenggam nasi bersama sup sawi dan tauhu

7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala

7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala


Contoh menu diet seminggu hari keempat

  • Sarapan pagi: Overnight oat
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ayam
  • Minum petang: Kacang campuran
  • Makan malam: Segenggam nasi bersama ayam stim

Contoh menu diet seminggu hari kelima

  • Sarapan pagi: Smoothies pisang bersama mentega kacang
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ikan
  • Minum petang: Yogurt bersama potongan buah-buahan
  • Makan malam: Segenggam nasi bersama lauk singgang ikan


Contoh menu diet seminggu hari keenam

  • Sarapan pagi: Roti bakar bersama potongan epal dan sedikit madu
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ikan bakar dan air asam
  • Minum petang: Telur rebus yang dilenyek dan dimakan bersama roti
  • Makan malam: Segenggam nasi dengan lauk tomyam ayam

7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala


Contoh menu diet seminggu hari ketujuh

  • Sarapan pagi: Wrap dengan inti ayam panggang dan sayur bayam
  • Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ayam panggang lada hitam
  • Minum petang: Popia berinti sayur
  • Makan malam: Spageti aglio olio dengan potongan ayam


7 Contoh Menu Diet Seminggu Mudah Dan Tak Peningkan Kepala

Menu yang ditunjukkan itu semua adalah contoh untuk memberi idea kepada sahabat semua tapi perlu diingatkan kita perlu juga gaya hidup sihat. Makanan bukan hanya membuat kita sihat tapi gaya hidup secara keseluruhan juga adalah penting.

Jadi selain mengikuti contoh menu diet 7 hari seperti yang disarankan, anda juga perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  • Amalkan minum air kosong atau air bersama perahan limau bagi menggantikan air bergula
  • Jangan skip sarapan pagi anda kerana sarapan pagi adalah waktu makan paling penting setiap hari
  • Banyakkan makan sayuran dan juga buah-buahan
  • Amalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan kerap berjalan kaki
  • Kawal jumlah makanan anda. Makanan yang sihat tanpa pengawalan jumlah yang diambil juga adalah sia-sia
  • Elak snek yang tidak sihat seperti kerepek, minuman berkarbonat dan kek yang manis dan bergula
  • Banyakkan pengambilan sumber protein dan kurangkan pengambilan sumber karbohidrat
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu

Kesimpulan dari contoh diet tu ialah anda boleh merancang menu makanan anda untuk tempoh seminggu dan berulang atau ditukar ikut selera masing-masing. Mudah kan!


kredit : Hello Doktor

Post a Comment

5 Comments

  1. waaaa finally org boleh ada idea bila baca ni

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sis bagi idea menu diet. Boleh saya tiruvasi hehehehe

    ReplyDelete
  3. Info untuk PC pelbagaikan menu diet mudah.

    ReplyDelete
  4. bila lah nk rajin buat overnight oat tu... beli nya udah

    ReplyDelete
  5. Dina dah lama nak cuba overnight oat. Tapi risau tk kena dgn tekak pula

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!