Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa
“Kasih Maisara!!!”
Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.
Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!
“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”
Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!
“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”
Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.
Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!
“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”
Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.
“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.
Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!
“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.
Komen Novel Rindu Awak Separuh Nyawa
Seperti biasa novel SR ni memang tebal dan permulaan cerita agak membosankan dan bergerak terlalu slow dengan kisah romantik antara Nazril dan Kasih Maisarah. Tak nak komen pasal penulisan SR yang meleret dan mendayu. Bila part pertengahan novel, jalan cerita kembali menarik perhatian.
Cerita mengisahkan seorang student kolej, Kasih Maisarah berkahwin dengan seorang student lelaki kolej yang sama, Nazril Nazim atas dasar nak balas dendam dan nak menang betting. Awalanya Nazril ni memang tak suka dengan Kasih Maisarah kerana dia anak orang kaya yang bongkak, sombong, rasa sangat bagus dan bermacam perangai buruknya. Ada satu insiden dimana Kasih Maisarah menyelamatkan dia dari dilanggar kereta dan Kasih Maisarah sendiri mengalami kecelakaan dalam kemalangan itu yang menyebabkan dia sukar untuk hamil, Nazril telah jatuh sayang dekat si minah kekwat tu.. Dan bersetuju untuk mengambilnya sebagai isteri. Kasih sayang dan cinta Nazril adalah tulus ikhlas tapi sebaliknya bagi Kasih Maisarah yang hanya berpura-pura semata-mata untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu dan untuk menang betting..
Seperti cerita novel lain, akhirnya mereka jatuh cinta sesama sendiri.. Masing-masing berjanji setia.. Biasalah dalam sesebuah hubungan tu ada pasang surutnyakan.. Ada cemburu, benci, sakit hati dan bagai-bagailah dilalui mereka.. Sampai satu tahap, bila Nazril dapat tahu Kasih Maisarah tak ikhlas menyayanyinya, dia pergi dari hidup maisarah.. Padahal masa tu Maisarah dah ikhlas sayang dan cintakan dia.. Cuma terdapat salah faham dan mulut-mulut jahat yang menyampaikan cerita sehingga retak rumah tangga mereka..
Nazril ke kampung halaman membawa diri, bakal ditunangkan dengan Huda pilihan uminya. Umi Nazril tak tahu menahupun dia dah kahwin sebab dia kahwin tanpa pengetahuan uminya. Huda ni sebenarnya musuh si Maisarah. Bila Maisarah dapat tahu, dia pergi serang masa majlis tunang tersebut dan mengatakan dia mengandung.
Apa akan jadi ek? nanti la saya sambung review kat blog novel saya tu nanti. Sementara tu kita tonton drama kat Astro ya
Kalau sesiapa nak beli buku online beli saja kat e-sentral, supaya jimat ruang penyimpanan atau jengah kat kedai buku kalau masih ada
Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.
Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.
Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.
Barisan Pelakon Dan Watak
Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim | Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara | Marsha Milan sebagai Nurul Huda | Fizo Omar sebagai Aidil | Norreen Iman sebagai Qistina | Aida Khalida sebagai Puan Norida | Ikhlas Jalil sebagai Izzudin | Rahim Jailani sebagai Dato Halim | Khaty Azean sebagai Datin Khadijah | Khairil Anwar Aman sebagai Dato Raqib | Noorkhiriah sebagai Kak Munah | Aleza Shadan sebagai Kak Esah | Fauzi Nawawi sebagai Kasim | Farouk Hussain sebagai Kader Salimm | Farah Nadia sebagai Fatin | Farez Ridzwan sebagai Agil | Fareez Fauzi sebagai Malik | Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip | Fiza Thomas sebagai Sally | Munira Iwan sebagai Azminda | Mak Wan Latah sebagai Mak Cik Bibah | Silfeny Osman sebagai Anis | Puteri Rafasya sebagai Mah
Lagu Tema (OST)
Penyanyi : Naqiu, Vanessa Reynauld
Komposer : Naqiu, Wit & Mohsen
Lirik : Siti Rosmizah
Nak Tonton Online Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1 - https://t.me/dramaslotsamarinda/58
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 2 - https://t.me/dramaslotsamarinda/60
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 3
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 4
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 5
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 6
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7
1 Comments
sedap la suara naqiu skrg ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!