30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah  | Lazimnya apa saja masakan berasakan ayam pasti menjadi kesukaan anak-anak dan paling anak kecil suka kalau dapat ayam goreng berkuahkan kicap pun sudah memadai bagi kebanyakan anak-anak kecil.

30 Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah 


Bagi ibu-ibu pulak pasti merasa bosan dengan asyik-asyik menu yang sama, jadi semoga 30 himpunan resepi masakan ayam sedap dan mudah ni dapat membantu melegakan fikiran dari jenuh payah memikir nak masak apa.  Sajian seperti ayam goreng kunyit, ayam bakar, rendang ayam, tomyam ayam, ayam sambal, ayam halia di sini, harapnya dapat membantu supaya kurang pening apatah lagi bila balik kerja tu memang terkejar-kejar nak sediakan makan untuk anak kecil sampai lupa apa nak disajikan.

resepi ayam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah 

Saya pernah berada di situasi begitu bila balik kerja nak fikir apa nak masak dan sampai lupa apa yang patut dimasukan dalam sajian sampai tunggang terbalik. Stok ayam tu suatu kemestian dirumah jadi pelbagai resepi ayam telah dicuba dan ada yang yang olah sendiri tapi terkadang tu gambar hilang entah kemana. Diharap 30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah ini dapat memudahkan para surirumah mahupun ibu yang bekerjaya dalam menyediakan sajian sedap untuk anak-anak dan keluarga.  


1. Resepi Ayam Masak Bali


30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:-
½ ekor ayam - dipotong ikut kesukaan, digoreng
6 batang serai dititik
4 tangkai daun kari ceraikan dari tangkai
1 sudu besar kicap lemak manis
gula melaka (saya guna guna kabung sebab rasa lebih sedap
10 - 15 tangkai cili kering - dikisar
5 biji bawang besar *
8 ulas bawang putih *
1 inci halia *
sebesar ibu jari belacan * kisar bersama bahan bertanda*
minyak masak utk menggoreng.


Caranya memasaknya :-
  • Ayam digaul dengan garam kunyit dan digoreng tapi jangan garing. Ketepikan.
  • Guna minyak goreng ayam tadi, kurangkan sedikit, sesuai utk menumis.
  • Goreng serai hingga kekuningan dan masukkan daun kari dan goreng hingga agak garing dan naik bau wangi..
  • Masukkan bahan kisar dan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.
  • Kemudian gula gerek, digaul kemudian masukkan masukan kicap dan gaul lagi
  • Apabila sambal dah sebati masukan ayam goreng tadi dan digaul hingga supaya sambal meliputi ayam. Biarkan dimasak dalam 5 minit sebelum diangkat untuk dihidangkan



2. Resepi Ayam Percik

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
1 ekor ayam (dipotong 4 bahagian) 
3 cawan santarn pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halba
garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sentimeter halia
5 batang serai

Cara membuatnya:
  • Bersihkan ayam dan toskan.  Gaulkan dengan garam dan masukkan aam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa hingga sederhana masak (sehingga kuah menjadi sedikit). Balik-balikkan ayam agar rempah sebati dengan ayam
  • Angkat ayam dan letakkan di atas pemanggang dan bakar di atas dapur hingga nampak garing. Siap
Tips : Halba boleh menambahkan air susu bagi ibu yang menyusukan, melancarkan haid, mengurangkan senggugut dan merangsangkan rahim serta dapat mengurangkan berat badan


3. Resepi Kari Ayam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan 
4 biji kentang, dipotong 4
2 biji tomato, dibelah 4
1/2 cawan jus asam jawa
garam secukup rasa.
3 tangkai daun kari

Bahan B
6 uls bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
3 sm halia
3 sm kulit kayu manis
5 kuntuk bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi dan masukkan daun kari.
  • Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama cili kisar dan air asam jawa.  Kacau hingga sebati dan biarkan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, kentang dan santan, masak hingga mendidih dan masukkan kerisik.
  • Bila nampak kentang sudah agak empuk, boleh masukkan tomato. Tutup api dan masukkan garam secukupnya.
Tips : Kerisik digunakan untuk memekatkan kuah serta memberi rasa lemak pada kuah.

4. Resepi Ayam Bakar

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
5 bahgian kepak ayam
1 sudu besar madu
1 sudu besar sos tiram

Bahan B (ditumbuk)
1 sentimeter halia
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
  • Bersihkan kepak dan basuh kemudian ditos. Gaulak ayam dengan semua bahan yang ditumbuk dan perap selama lebih kurang 1 jam.
  • Letakkan diatas pemanggang dan bakar hingga nampak garing. Sapukan sedikit minyak dan bakar untuk 3 - 5 minit lagi. Siap


5. Resepi Ayam Masak Merah

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
1 ekor ayam. dipotong kecil
1 labu bawang besar, dipotong bulat
2 sudu besar sos tomato
2 sudu gula
garam secukup rasa
kunyit

Bahan B
15 tangkai cili kering
3 sm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji tomato

Cara membuatnya
  • Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian digoreng hingga masak 
  • Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan gula dan masak seketika.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng bersama bawang besar dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan biar dimasak seketika hingga kuah sebati dengan ayam dan menjadi agak kering sebelum ditutup api.
Tips : Bagi mengelakkan pedih mata ketika mengupas bawang, rendam bawang di dalam air dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong

6. Resepi Kerutuk Ayam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
500 gm isi ayam
4 sudu bear rempah kerutuk
1 mangkuk santan
1 sudu bear gula merah
1sudu besar kerisik
minyak masak 

Bahan B
Bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 sm halia
2 sm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya
  • Tumis bahan yang dikisar hingga garing
  • Masukkan rempah dan kacau hingga sebati
  • Masukkan ayam, kerisik, garam, gula dan santan.  Masak hingga mendidih dan pekat serta ayam menjadi lembut
  • Kacau sekali sekala supaya masakan tidak hangit di bahagian bawah. 

Tips : sekiranya tiada rempah kerutub, boleh adunkan 2 sudu remaph kari dengan 2 sudu besar rempah kurma dan digaul hingga sebati.


7. Resepi Kurma Ayam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah



Bahan A
500 gm ayam
4 sudu besar rempah kurma
3 biji kentang, dipotong 4
1 labu bawang besar, dipotong baji
1 biji tomato
2 biji lada hijau, dibelah tidak putus
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur

Bahan B, ditumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bwang putih
3 sm halia
2 kuntung bunga lawang
3 kuntung bunga cengkih
2 sm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

Cara membuatnya:
  • Tumis bahan B hingga naik wangi, masukkan remaph kurma yang telah dicampur dengan air.  Masak hingga naik minyak.
  • Bila rempah nampak dah masak, masukkan ayam, kacau biar sebati dan masukkan santan. Masak hingga mendidih
  • Masukkan kentang, asam gelugur, masak hingga kentang menjadi lembut
  • Bila kuah agak mendidih, masukkan cili hijau, bawang bear dan tomato, masak hingga nampak lembut dan kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap




8. Resepi Rendang Ayam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
1 ekor ayam (dipotong ikut saiz kesukaan)
2 mangkuk santan 
2 helai daun kunyit, diricik halus
3 sudu kerisik
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Bahan B
3 labu bawang bear
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hiudp
15 tangkai cili kering
15 biji cili api

Cara membuatnya:
  • Masukkan kesemua bahan yang dikisar, ayam serta santan dan dalam kunyit ke dalam kuali.  Masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan mesra dengan kuah. Kacau sesekali supaya kuah tidak melekat dan hangit. 
  • Masukkan kerisik (jika tak masuk pun boleh, ikut kesukaan kita)

Tips : daun kunyit berfungsi sebagai pewangi dan penyedap kepada masakan selain kita boleh menggunakan daun limau purut, daun maman, daun puding dan banyak lagi. Penggunaan kerisik adalah sebagai pemanis dan menambah lemak serta memberi aroma harum pada rendang.

9. Resepi Ayam Percik Lada Hitam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
1 ekor ayam, dibelah 4
1 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Bahan B, dikisar
2 sudu bear lada hitam
5 biji cili api
5 ulas bawang merah
2 ulasa bwang putih
5 sm halia
2 sm lengkuas
2 sm kunyit
3 batang serai

Cara membuatnya:
  • Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam kuali bersama ayam dan dimasak hingga mendidih
  • Keluarkan ayam dan letakkan di dalam pembakar atau panggang di atas dapur hingga masak
  • Kuah yang didalam kuali, dimasak hingga pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Bila menghidang, tuangkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.


10. Resepi Ayam Masak Sambal Kicap

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
1/2 ekor ayam, dipotong saiz sederhana
3 sudu cili kisar
2 inci kulit kayu manis
4 biji pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 sudu sos tomato
5 sudu kicap pekat ABC
1 sudu sos tiram
1 batang serai, diketuk
1 labu bawang besar
1/2 cawan jus asam jawa


Bahan B, dihiris
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara membuatnya:
  • Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu dan masukkan cili kisar, dimasak dalam 3 - 5 minit dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air supaya daging ayam lembut dan sebati dengan cili 
  • Bila nampak dah sebati, masukkan sos tomato, kicap pekat, sos tiram dan jus asam jawa
  • Kacau dan biarkan mendidih agak lama sikit supaya kuah kicap dapat meresap kedalam isi ayam goreng dan masukkan hirisan cili merah, daun sup dan daun bawang dan tutup api.  Perasakan dengan garam. Siap
Tips : Masukkan asam gelugur ke dalam kuali yang berisi minyak gorengan bagi membersihkan minyak gorengan

11. Ayam Masak Lemak Cili Api

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
1/2 ekor ayam
2 biji kentang, dipotong 4
1 helai daun kunyit, dipotong 2 inci
2 mangkuk santan pekat
2 keping asam gelugur
1 batang serai, dititik atau diketuk

Bahan B, dikisar
20 biji cili api
3 sm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 cawan air

Cara membuatnya:
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk, ayam, serai, daun kunyit dan tambah sedikit air dan renih hingga mendidih, kemudian masukkan ubi kentang.
  • Masukkan santan pekat dan asam gelugur, kacau hingga mendidih semula tapi jangan sampai pecah minyak.
  • Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya

Tips : kentang dapat mengurangkan rasa masin berlebihan, jadi masukkan kentang apabila kuah terasa masin.

12. Resepi Stew Ayam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
500 gm ayam, dipotong saiz kecil
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 batang lobak merah
1 biji tomato, dipotong 4
1 batang lobak merah, dipotong memanjang
2 sudu besar minyak masak

Bahan B, dibancuh
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
garam secukup rasa

Bahan C (dihiris)
5 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bau kemudian masukkan ayam dan kacau rata.  Biarkan hingga lembut
  • Masukan sayuran kecuali tomato, daun sup dan daun bawang. Bila sayuran sudah nampak lembut dan layu, masukkan tomato dan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih
  • Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang

Tips : kalau masakan terlebih masin, ambil sedikit daun pisang, cuci hingga bersih dan masukkan ke dalam masakan.

13. Resepi Ayam Masak Tomyam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
500 gm ayam, dipotong kecil
2 batang serai, diketuk
8 bii cili api, diketuk
2 sm lengkuas, diketuk
1 ulas bawang putih, diketuk
1 sudu besar pes tomyam
1 batang daun saderi, dipotong kecil
3 helai daun limau purut, dikoyak
Air dan garam secukupnya

Bahan B
1 batang lobak merah
1 biji bawah holland
100 gm bunga kobis (cauliflower)
2 bii tomato, potong 4
2 biji limau nipis, perah ambil jusnya
1 pokok daun ketumbar, dicincang

Cara membuatnya:
  • Renih ayam dalam periuk berisi air bersama bahan A, masak hingga nampak lembut.
  • Masukkan Bahan B kecuali tomato dan daun ketumbar.  Bila kesemua bahan nampak sudah lembut, masukkan tomato dan daun ketumbar serta perahan air limau nipis. Perasakan dengan garam. Siap

Tips : Tomyam sedap dimakan bila berasa tidak sihat badan macam nak demam. Tomyam kaya dengan antioksidan dan antikanser selain dapat memecahkan lemak dan kolestrol

14. Resepi Ayam Masam Manis

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
500 gm isi ayam
5 sudu bear sos tomato
3 sudu bear sos cili
1 sudu kecil gula
1/2 cawan gula
2 biji tomato, dipotong 4
minyak


Bahan B, dikisar
3 ulas bwang merah
3 ulas bwang putih
2 sm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau

Bahan C, dihiris
daun sup, daun bawang sebagai hiasan

Cara membuatnya:
  • Goreng ayam hingga masak tapi jangan garing supaya ayam tidak menjadi keras
  • Tumis bahan yang telah dikisar hingga wangi dan masukkan sos tomato, sos cili dan air serta gula.  Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ayam dan tomato, cili capsicum dan dimasak seketika dan akhir taburkan daun sup dan daun bawang. Perasakan dengan garam. Siap!

Tips : Sekiranya hidangan akan dihidang pada warga tua, ayam ditumis sekali dengan bahan kisar dan dimasukkan bahan-bahan yang lain supaya isi ayam kekal lembut dan mudah untuk dikunyah oleh ibu atau bapa malahan untuk anak kecil juga

15. Resepi Ayam Masak Kicap

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
500 gm ayam, dipotong kecil, gaul dengan garam dan kunyit.
2 sudu cili kisar
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
2 biji tomato, dipotong 4
1 pokok daun bawang, dipotong kecil

Bahan B, dihiris
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama 2 sudu cili kisar hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak  hingga garing.  
  • Masukkan air, kicap dan sos tomato, masak hingga mendidih.  Kemudian masukkan tomato dan daun bawang. Masak hingga tomato nampak lembut dan tutup api. 

Tips : Sebaiknya buang kulit ayam bagi mengurangkan kolestrol. Ayam tidak digoreng terlebih dahulu bagi menjadikan isi ayam lebih lembut dan tidak keras.

16. Resepi Ayam Masak Kung Pao / Ayam Masak Gajus

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan-bahan:
2 keping daging dada ayam, dipotong dadu 
3 sudu besar gajus atau kacang, disangai dan ditumbuk kasar
8 tangkai cili kering - dipotong dua 
5 hiris halia
3 ulas bawang putih, dihiris halus.
1 pokok daun bawang/ leek dihiris halus.
1 sudu besar tepung jagung.

Bahan-bahan (perapan)
1 sudu besar tepung jagung.
1 sudu kecil tepung beras
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil sos ikan 
sedikit minyak
1/2 jus limau nipis / lemon

Bahan-bahan sos:
11/2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat mee
1/2 sudu kecil jus lemon
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 kiub stok ayam segera
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar air

Cara membuatnya
  • Perapkan ayam dalam 15 min dan goreng tapi jangan terlalu garing. Keluarkan dan pastikan tiada minyak berlebihan
  • Panaskan minyak dan goreng masukkan cili kering yang dipotong, garingkan tapi jangan sampai hangit dan letak tepi
  • Tumis bawang putih dan masukkan bahan sos tanpa bancuhan tepung jagung. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kemudian masukkan kacang gajus atau kacang yang telah disangai 
  • Masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan air dan kacau supaya tepung tak bergumpal. Akhiri sekali taburkan hirisan bawang di atas hidangan.

17. Ayam Goreng Berempah

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
5 ketul ayam bahagian peha
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa

Bahan B, dikisar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai

Cara memasaknya:
  • Gaulkan kesemuba bahan dengan ayam dan perap selama 1/2 jam dan tutup supaya ayam mesra dengan bahan perapan.
  • Panaskan minyak yang banyak dana goreng ayam hingga kekuningan. Masukkan daun kari sewaktu menggoreng yang akan memberi aroma lebih wangi dan sedap pada gorengan.


18. Resepi Ayam Golek

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
1 ekor ayam, dibersihkan dan ditoskan 
5 helai daun limau purut, dikoyak
2 mangkuk santan pekat
3 batang serai, diketuk
garam secukup rasa

Bahan B
4 biji buah keras
6 ulas bawang emrah
4ulas bawang putih
2 sm kunyit
2 sm halia
1 sentimeter lengkuas
15 tangkai cili kering
5 biji api untuk rasa lebih pedas

Cara membuattnya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi kemudian masukkan ayam dan santan, masak hingga menjadi pekat dan masukkan garam secukupnya.
  • Angkat ayam dan letakkan di dalam ketuhar dan bakar pada 200°C selama 30 minit
  • Keluarkan ayam dari ketuhar dan siram kuahnya ke atas ayam sebelum dihidang

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan:
500gm ayam dipotong ikut kesukaan
3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato 
3 sudu pes tomyam
1 batang serai dititik
3 helai daun limau purut
1 biji tomato dipotong baji
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang holland
1 tangkai daun ketumbar dengan akar
7 biji cili api, diketuk (kalau suka pedas)
Serbuk kunyit
gula (optional)
Garam


Cara memasaknya:
  • Ayam diletakkan garam dan kunyit dan digoreng hingga masak, tak perlu terlalu garing.  
  • Tumis bawang putih yang diketuk hingga kekuninggan.  
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, pes tomyam dan dimasak hingga sebati
  • Masukkan bawang holland, daun ketumbar, daun limau purut dan ayam, dimasak dengan api sederhana supaya segala bahan sebati pada isi ayam
  • Akhir sekali masukkan tomato, dikacau hingga tomato lembut atau ikut kesukaan kita dan jangan lupa letak sedikit garam kalau suka.

20. Resepi Ayam Sambal

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah


Bahan A
1/2 ekor ayam, gaul dengan garam dan kunyit
1/2 mangkuk air asam jawa 
1 biji bawang besar, dipotong bulat
2 batang serai, dititik
2 sudu gula
garam


Bahan B, dikisar
20 batang cili kering
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara memasaknya:
  • Panaskan minya dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan letak tepi.
  • Dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kalau terlalu banyak), tumis serai dan bahan yang dikisar hingga naik wangi dan pecah minyak. Masukkan gula supaya tidak terlalu pedas (ikut kesukaan)
  • Masukkan ayam dan air asam jawa, masak dengan api sederhana dan biar sambal mesra dengan ayam
  • Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau dan dimasak hingga nampak layu.

21.  Resepi Ayam Masak Halia

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
500 gm ayam
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air dan 1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
1 biji buah tomato, dipotong 4
garam secukup rasa

Bahan B, dihiris
3 sm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu
  • Masukkan ayam dan kacau rate kemudian masukkan sedikit air
  • Masakkan ayam hingga lembut dan kemudian masukkan bancuhan tepung dan sos tiram. Kacau supaya tepung tak bergumpal
  • Akhirnya sekali tomato dan daun bawang, masak seketika dan letak garam secukup rasa.
Tips : halia menjadikan rasa ayam lebih enak dan menghilangkan bau hanyir ayam


22. Resepi Kalio Ayam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
1/2 ekor ayam
2 sudu besar cili kering kisar
 mangkuk santan

Bahan B, dikisar
10 ulas bawang kecil merah
4 ulas bawang putih
1/3 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 keping asam gelugur
Daun kunyit
Daun limau purut
2 batang serai

Cara memasaknya:
  • Panaskan minya dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama serai sehingga pecah minyak.
  • Masukkan cili kisar, digoreng hingga garing dan masukkan ayam dan gaul sebati dan masukkan santan dan kacau.
  • Setelah mendidih masukkan garam kasar, daun limau purut serta daun kunyit. Masak sehingga kuahnya menjadi agak pekat. Siap

23. Resepi Ayam Padprik

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
500 gm isi ayam bahagian dada
100 gm lobak merah
100 gram cauliflower
50 gm capsicum hijau
2 batang kacang panjang
3 batang putik jagung
1 labu bawang besar

Bahan B, untuk sos
2 sudu bear kicap pekat
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai, diketuk
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
5 biji cili api, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 cawan air

Cara membuatnya:
  • Tumiskan bawang putih dan serai hingga kuning dan wangi kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata
  • Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram.  Kacau supaya sebati dan biarkan mendidih
  • Masukkan daun limau purut, jus limau dan kacau hingga rata dan perasakan dengan garam secukupnya.


24. Resepi Ayam Madu

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
500 gm ayam
4 sudu bear sos tomato
1 cawan kacangpis
1 labu bawang besar, dimayang kasar
3 sudu besar madu
serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan B, dikisar
30 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sentimeter halia

Bahan C, tumisan
1 inci kulit kayu manis
1 kuntuk bunga lawang
1 kuntuk buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara memasaknya:
  • Goreng ayam yang telah digaul dengan garam dan kunyit hingga masak
  • Dengan minyak yang sama, tumis bahan tumisan hingga wangi dan kemudian masukkan bahan yang dikisar and kacau hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, sos tomato, kacang pis, bawang besar dan madu.  Kacau hingga rata. Masak hingga pekat dan sedia untuk dihidangkan

25. Resepi Ayam Sambal Hijau

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
7 ketul ayam, digaul garam dan kunyit
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil sos tiram
1 biji bawang besar, dipotong dadu

Bahan B, ditumbuk kasar/kisar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai lada hijau

Cara memasaknya:
  • Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap bersama garam dan kunyit. Angkat ayam dan  toskan minyak.
  • Dalam kuali yang sama (kurangkan minyak), tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan pula asam gelugor, sos tiram, sedikit gula dan gaul rata. Masukkan ayam dan tambah sedikit ayam supaya mesra 
Nota : atau sambal hijau yang dimasak nanti disiram di atas ayam sebelum dimakan.

26. Resepi Asam Pedas Ayam

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan
1/2 ekor ayam
1 bunga kantan, dibelah dua
1/2 ikat daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
1 batang serai, dititik
2 biji tomato, dipotong 4
1 mangkuk air

Bahan B, dikisar
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sm halia
3 biji buah keras
1 sudu lada hitam
1 inci belacan (jika suka)

Cara memasaknya:
  • Tumis serai dan bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing kemudian masaukkan ayam dan biar mesra dan di masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa, kacau dan biar hingga ayam empuk kemudian masukkan daun kesum dan akhir sekali tomato. Perasakan dengan garam secukupny.


27. Resepi Ayam Masak Tempoyak

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


1/2 ekor ayam kampung muda, dipotong 
3 batang serai - ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
1 mangkuk air

Bahan B, ditumbuk/dikisar
15 biji cili padi, ditumbuk
2 biji bawang merah
2 1/2 cm kunyit hidup


Cara memasaknya:
  • Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak, serai dan ayam. Tambah air supaya menutupi isi ayam dan direnih hingga kuah mendidih dengan api sederhana
  • Masukkan daun kesum, bila nampak layu dan kuah mendidih dan menjadi pekat, tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.

28. Resepi Ayam Masak Kuzi

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong 18
1/2 sudu saffron
1 sudu besar pes halia bawang putih
10 ulas bawang merah kecil, dihiris halus dan digoreng garing
1 tin susu sejat
1/4 cawan buah badam,  direbus dan dibuang kulit
50gm biji  biji gajus, digoreng dengan minyak sapi
60 gm kismis hitam
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Penyediaan Rempah Kuzi:
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil biji lada putih
1/2 sudu halia kering
1/4 sudu kecil kayu manis
1/2 sudu serbuk kunyit

Cara-cara penyediaan rempah kuzi:
  • Sagai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering dan tumbuk kayu manis. Kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.

Cara-cara penyediaannya:
  • Rendam saffron dalam mangkuk berisi air dan lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan dengan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.
  • Campurkan rempah yang dikisar bersama bawang goreng
  • Panaskan minyak sapi dengan sedikit minyak masak, kemudian gorengkan ketulan ayam sehingga kelihatan garing, angkat dan letak tepi.
  • Goreng bawang dalam minyak gorengan ayam hingga bawang bertukar kekuningan dan masukkan susu yang telah adunkan bawang dan rempah. Kemudian masukan pes buah badam yang telah dikisar, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  • Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masak dengan api sederhana sehingga kuah menajdi pekat. Tambah air sekiranya ingin cairkan kuah dan akhir sekali tabur gajus yang digoreng tadi

29. Resepi Ayam Goreng Kunyit

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan-Bahan:
300g ayam, bahagian dada
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Penyediaan:
Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.
Tips:
Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.

30. Resepi Ayam Bakar

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google


Bahan A
5 bahagian ayam
1 sudu besar madu
1 sudu besar sos tiram

Bahan B, ditumbuk
3 sm halia
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih

Cara memasaknya:
  • Gaulkan ayam dengan kesemua bahan  A dan bahan B, perap selama 1 jam biar mesra kemudian masukkan ke atas pemangang, sapu sedikit minyak dan bakar hingga masak. Nak lebih mudah masukkan kedalam airfryer.

Selamat memasak dan tak perlu pening nak cari resepi dah kan dan semoga 30 Himpunan Resepi Masakan Ayam membantu para surirumah supaya tak buntu. Selamat mencuba!

Tips :

  • Papan pemotong yang kerap digunakan akan berbau hanyir ikan, ayam ataupun lauk pauk yang lain. Jadi untuk menghilangkan bau hanyir ambil sebiji limau nipis, dipotong dua dan sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong.
  • Bagi mengelakkan kentang berubah warna selepas dikupas, rendam kentang di dalam air sebelum digunakan.

Selamat mencuba

Post a Comment

9 Comments

  1. kalau suka makan ayam pelbagaikan resepi sangat penting supaya tak jemu.

    ReplyDelete
  2. wahh byknye resepi ayam utk berbuka dan sahut nih makcik., ;p

    ReplyDelete
  3. Play The Real Money Slot Machines - Trick-Taking Game - Trick-Taking
    How 메리트 카지노 먹튀 to Play. Play The Real authentic air jordan 5 shoes Online Money Slot Machine. w88 If you are searching jordan 17 retro on sale for a fun, exciting game to play online, 토토사이트 we have you covered.

    ReplyDelete
  4. Resepi" is the Malay word for "recipe." In culinary contexts, it refers to a set of instructions detailing the ingredients, quantities, and steps to prepare a specific dish. Resepi plays a vital role in sharing and preserving cooking traditions and techniques.
    estate planning lawyer near me
    motorcycle accident
    <a href="https://srislawyer.com/bankruptcy-lawyers-near-me-va-bankruptcy-lawyer-near-me-va-beach/”>bankruptcy lawyer va</a>




    ReplyDelete
  5. Resepi" is the Malay word for "recipe." In culinary contexts, it refers to a set of instructions detailing the ingredients, quantities, and steps to prepare a specific dish. Resepi plays a vital role in sharing and preserving cooking traditions and techniques.
    estate planning lawyer near me
    motorcycle accident




    ReplyDelete
  6. Resepi" is the Malay word for "recipe." In culinary contexts, it refers to a set of instructions detailing the ingredients, quantities, and steps to prepare a specific dish. Resepi plays a vital role in sharing and preserving cooking traditions and techniques.
    motorcycle accident




    ReplyDelete
  7. Resepi" is the Malay word for "recipe." In culinary contexts, it refers to a set of instructions detailing the ingredients, quantities, and steps to prepare a specific dish. Resepi plays a vital role in sharing and preserving cooking traditions and techniques.
    motorcycle accident




    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!