5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL | Malaysia, walaupun sebuah negara asia tapi punya banyak pilihan menu makanan barat yang sedap. Restoran menu western di dalam Malaysia terutamanya Kuala Lumpur, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sana sini ada pelbagai restoran dengan tarikan mereka tersendiri. Sebagai pelanggan, kita bebas untuk nikmati makanan di restoran yang mana.
Antara banyak-banyak restoran makanan barat yang sedap itu, terdapat beberapa restoran yang paling dikunjungi. Pelanggan suka berkunjung ke sini disebabkan oleh rasa makanannya yang agak bagus di tambah dengan suasana premis yang selesa.
Antara restoran yang mendapat tempat di hati ramai peminat makanan barat ini adalah sepertIi yang berikut.
1. Killer Gourmet Burger - KGB
5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL |
Kepada peminat-peminat tegar burger boleh singgah ke restoran KGB ini kerana ia sememangnya terkenal dengan kualiti burger yang sememangnya dijamin terbaik. Burger yang dihidangkan di sini sememangnya berbeza daripada burger yang dihidangkan di tempat lain.
Terdapat pelbagai jenis burger yang terdapat di sini seperti Bobcat Club, The Shack, Bella Bomb dan Tornado. Harga untuk hidangan di restoran Killer Gourmet Burger ini sememangnya berpatutan.
Alamat: 3, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (12 – 10.30 pm) manakala Jumaat – Ahad (12 – 11 pm)
2. Eye’s Steak
5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL |
Kepada anda semua yang bekerja semestinya sementara menunggu gaji akan ada istilah poket ‘kering’. Tetapi itu tidak akan bermaksud yang anda tidak mampu untuk merasa makanan barat yang sedap di Kuala Lumpur.
Sebenarnya masih terdapat restoran yang berbaloi seperti Eye’s Steak yang menyajikan makanan-makanan barat dengan harga yang sangat berpatutan.
Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: Setiap hari kecuali Isnin (12 pm – 12 am) manakala Jumaat (3pm – 12 am)
3. Table 9
5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL |
Terletak di daerah Telawi Bangsar, restoran Table 9 menyajikan banyak pasta, pizza, dan sandwich semuanya dengan harga yang berpatutan. Manfaatkan set makan tengah hari mereka yang berharga pada hari bekerja dari 12:00 hingga 15:00, masing-masing berharga hanya RM22 bersih, dan anda berhak memilih makanan tambahan anda sama ada daging lembu, kaki ayam panggang dengan nasi, atau risotto krim cendawan! Setiap set juga dilengkapi dengan salad segar dan pilihan teh yang pelbagai.
4. Copper
5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL |
Restoran ini menghidangkan masakan dari Eropah dan juga Mediterranean. Restoran yang terletak di Menara Shell ini juga mempunyai gaya mewah yang seiring dengan persembahan hidangannya yang mengagumkan.
Hampir semua hidangannya mendapat pujian daripada pelanggan dan kebanyakan menunya boleh dikatakan ringkas namun cantik. Antara yang boleh anda cuba ialah Shakshuka, Roast Beef, Suquet de Prix dan Seabass Spaghettini.
Arrabiata. Copper menjadi pilihan pasangan kekasih dan keluarga atau kumpulan. Ini kerana suasananya ceria dengan cahaya semulajadi pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam.
Alamat : Level 5, Menara Shell, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
5. Western Express
5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL |
Kebanyakan orang semestinya sudah mengenali restoran ini dengan murtabaknya yang dikatakan agak tebal dan juga sedap. Akan tetapi makanan barat juga merupakan hidangan yang istimewa yang utama di restoran Western Ekspress ini.
Antara menu barat yang menjadi pilihan orang ramai di sini ialah Chicken Chop dan juga Fish & Chip yang dibakar dan juga menjadi menu yang harus di cuba apabila anda berada di restoran ini. Sos lada hitam yang membanjiri Chicken Chop diakui sedap oleh ramai pelanggan yang telah mencubanya.
Antara menu barat lain yang dihidangkan di sini ialah The Slopper dan bahan yang yang digunakan untuk membuatnya ialah sosej, coleslaw (sayuran cincang berkuah likat), fries dan telur bersama sos cendawan dan mayonis.
Dan bagi sesiapa yang ingin mencuba murtabak yang dihidangkan restoran Western Ekpress ini anda disarankan mencuba Murta Burger. Ianya merupakan burger versi murtabak. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan layanannya juga sangatlah bagus.
Alamat: 52-G, Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan Off Jalan Tasik Permaisuri 1, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 3 am
5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL
Yang lebih baiknya lagi, bukan setakat boleh tahu di mana lokasi restoran makanan terdekat di dalam Malaysia ini, ada juga servis penghantaran makanan mengikut lokasi yang ditetapkan. Tidak kira mahu makan di rumah, di pejabat, di rumah saudara atau sebagainya. Foodpanda boleh hantarkan makanan yang dinikmati tanpa perlu kita bersusah payah macam dulu lagi.
5 Comments
Masuk senarai dulu, nanti boleh rentas negeri husniey pi serang KL ~ hihi
ReplyDeleteKGB tu bikin terliur la kak.
ReplyDeletethank you sharing
ReplyDeletehuaa salah time tgk gmbr makanan ni
ReplyDeleteNampak menarik semua makanan tu lagi2 tengah puasa ni, mencabar iman betul
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!