Berbelanja Lebih Jimat Dengan Promosi Super Savers Di LuLu Hypermarket

Berbelanja Lebih Jimat Dengan Promosi Super Savers Di LuLu Hypermarket | Awal bulan April hari tu saya dah berkunjung ke cawangan ke 3 LuLu Hypermarket & Departmental Store di Setia City Mall sempena pembukaannya, boleh baca SINI dan semalam sekali lagi saya ke sana untuk bershopping sempena Promosi Super Savers yang cukup berbaloi. 

Dengan keluasan 150,000 kps dan produk jualan di sini diasingkan dengan 3 tingkat sememangnya cukup luas untuk orang ramai berkunjung dan membeli-belah dengan selesa apatah lagi LuLu Hypermarket kerap mengadakan pelbagai promosi jualan menarik dengan harga yang berbaloi terutama apabila tiba musim perayaan seperti Ramadan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi.


Hari ini telah bermula Promosi Super Saver yang akan berlangsung dari  28 April hingga 5 Mei 2021 di LuLu Setia City Mall, LuLu Kuala Lumpur dan LuLu 1 Shamelin, jadi jom la ke LuLu dan berbelanja lebih jimat dengan Promosi Super Savers di LuLu Hypermarket memandangkan Aidil Adha pun tak lama lagi.

Berbelanja Lebih Jimat Dengan Promosi Super Savers Di LuLu Hypermarket

Kalau bulan Ramadan, stok kurma wajib ada di rumah dan kurma favorite saya dan keluarga pastilah Kurma Ajwa. Terdapat pelbagai jenis kurma yang dijual kat LuLu ni dengan harga yang cukup berpatutan.


Kalau sesiapa tidak meminati kurma Ajwa boleh dapatakan Kurma Sagal Jumbo berharga RM43.90/kilo (harga asal RM99.90/kilo dan Kurma Khudri Jumbo pada harga RM21.90 (harga asal RM4990/kilo dan banyak pilihan lain lagi

Berbelanja Lebih Jimat Dengan Promosi Super Savers Di LuLu Hypermarket

LuLu Hypermarket turut menawarkan hamper Ramadan pada harga RM79.50 sempena promosi Ramadan Kareem (nilai sebenar hamper RM122.95) untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga atau rakan sebagai tanda ingatan 


Semasa Promosi Super Savers ni pastikan anda berkunjung ke bahagian Fresh Fruits Fair, Meat Feast, Sweet Treats sebab tawaran yang diberikan tu memang sangat berbaloi.


Fresh Fruits Fair


LuLu Hypermarket menawarkan 30 jenis buah-buahan eksotik dalam 30 hari kepada pelanggan sempena Promosi Super Savers yang memberi penjimatan yang berbaloi buat peminat buah-buahan dan saya tak lepaskan peluang membeli buah mangga yang menjadi kegemaran seisi keluarga. 

Antara buahan yang dijual dengan harga berbaloi adalah seperti Red Globe Grape RMMurcot Mandrain (Spain) RM6.99/kg (harga asal RM9.99/kilo), Tembikai merah RM1.79/kilo (harga asal RM2.59/kilo) dan Honey Pineapple RM1.69/keping (harga asal RM2.99/keping)


Meat Feast

Meat Fair juga antara yang termasuk dalam Promosi Super Savers ni jadi anda boleh membeli ayam dan barangan daging dengan potongan harga yang cukup berbaloi, jadi memang wajar untuk menambah stok barangan basah di rumah


Buat peminat nasi briyani, bolehlah membuat tempahan secara online #LuLuBucketBiryaniShopOnline bagi masakan panas 'in-house production' seperti nasi briyani ayam, nasi briyani daging dan nasi briyani kambing dengan pakej kombo #LuLuBucketBiryani yang disediakan termasuk minuman dan pilihlah briyani mengikut bajet anda dan pPenghantaran akan dibuat pada jarak 10km dari LuLu

 


Sweet Treats

Peminat makanan Timur Tengah pasti tak akan melepasakan peluang untuk memborong pelbagai manisan yang ditawarkan seperti baklava, basbousa, kunafeh yang ditaburi kacang pistachio, halwa dan banyak lagi yang disediakan dan dibakar di in house production LuLu Hypermarket


Gerai Kasi Bungkus


Selain dari itu, LuLu juga membuka gerai jualan makanan Kasi Bungkus (Hot Take Aways) dengan menu makanan Melayu pada harga RM5.30 bagi setiap 250g. Pelanggan boleh membelinya bermula jam 2 petang ke atas. Jadi dah penat membeli belah  tu boleh la singgah tapau sajian Melayu kat sini.


Jom Beli Baju Raya

Mood beraya dah datang kan sebab kita dah berada di 17 Ramadan, jadi kalau ke LuLu Hypermarket Setia City Mall ni wajib singgah ke tingkat 2 ke Ethnic Wear, boleh dapatkan pelbagai koleksi baju Melayu, baju kurung, tudung berserta dengan  kelengkapan pakaian  seperti songkok, sampin buat seisi keluarga dengan harga yang berpatutan dengan rekaan terkini



Sempena Jualan Ramadan Kareem bermula 28 April hingga 16 Mei 2021,  ni LuLu memberikan potongan sehingga 70% untuk barangan terpilih seperti kasut, beg tangan. 


Buat peminat kain sari, churidar atau suit Punjabi memang wajib ke bahagian LuLu Celebrate, memang akan buat anda rambang mata tengok pakaian dari kain sari yang cukup cantik design dan berkualiti.


KelengkapanElektrik Dan Elektronik


Kalau mak-mak pasti akan rambang mata kalau singgah di bahagian Elektrik dan Elektronik di tingkat 3 yang mempamerkan barangan eletrik berjenama dengan harga yang cukup murah berbanding dengan tempat yang lain.


Antara barangan dengan harga menarik yang pasti buat anda tak tenang pastilah Samsung 50" Ultra HD Smart LED TV berharga RM1899 (harga asal RM2299) atau Toshiba Microwave Oven Grill 24L RM339 (harga asal RM499)


Di LuLu Hypermarket Setia City Mall ni anda pasti tak akan pening kalau perlu bantuan sebab Customer Happiness Center atau kaunter khidmat pelanggan berada di setiap tingkat untuk membantu


LuLu Hypermarket turut menawarkan pembelian atas talian (online) melalui aplikasi LuLu Shopping apps yang boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apps Store serta pembelian boleh dilakukan menerusi www.luluhypermarket.com. Mudah kan.. Tak perlu bersesak hanya dengan hujung jari sahaja kita boleh dapatkan barangan yang kita perlukan dan mengelakkan diri dari ancaman pandemik yang masih belum reda ni.


Promosi Super Savers dan Ramadan Kareem ni berlangsung di kesemua cawangan LuLu Hypermarket Malaysia jadi boleh saja singgah ke cawangan di Kuala Lumpur, 1 Shamelin atau Setia City Mall bila-bila masa sebelum promosi berakhir pada 5 Mei 2021 nanti.


Bagi mendapatakan info terkini boleh layari facebook @LuLuHypermarketKL/ atau layari www.luluhypermarket.com

Post a Comment

1 Comments

  1. dana tak pernah ke lulu , bestnya kak... paling geram ada tempat jual makanan yang best

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!